Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 12 Januari 2015

Qhaliff ‘hilang’ sejenak di SEDENAK !

 

Gara-gara berkawan ! Memang dia macam ni la perangai.. Kalau dapat kawan , terus nak ikut kawan tu balik rumah dia sekali ! Paling menarik , tau pulak kawan tu naik kereta manaaaa !!

Di rumah Mat Gebu.. Qhaliff dan anak Hafiz Rahim , Khair.. Main dan bergaduh adalah biasa bagi budak budak ! Hahaha.. Nama pun budak budak.. Kalau orang tua , main dan bergaduh .. itu luar biasa ! Sebab tu dipanggil macam budak budak je perangai !

image

Selesai makan.. Masa untuk balik ! Masing masing dah mula keluar dari rumah Mat Gebu.. Dan Qhaliff hilang dari sisi aku ?  Kat mana dia ??

Tu diaaaa.. Dalam kereta Hafiz Rahim ! Dia dulu masuk ! Siap duduk depan lagi haaaa ! Puas aku ajak keluar.. Tamooooo !! Pujuk pun tak jalan.. Kena guna kekerasan ! Meraung la awabnyaaa .. Hahahaa..

image

Dalam kereta aku .. terus diam.. Dapat mainan baru dari Sis Lin. Sis Lin bagi buku dan pen.. suka la diaa !! Huhuhhu.. Dapat la memandu dengan tenang , seketika !

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki Buku Bekal ke Sekolah

 

cover2

Saya nak mula buat bekal untuk anak saya bila bukak sekolah nanti ”. Makanan kat kantin sekolah anak saya tu macam tak bersih, mahal pulak itu.

Itu adalah antara whatsapp yang banyak saya terima sekarang ini. Rasa berbunga-bunga dalam hati mendengar ramai mereka yang begitu prihatin dengan kesihatan anak-anak mereka.

Teringat pesan arwah mak saya dulu. Perkara pertama nak jaga tentang anak-anak ini adalah makan pakainya. Kena tengok elok-elok, jangan pandang remeh, besar kesannya bila anak besar nanti.

Tak ada idea nak masak untuk bekal anak anda? Dapatkan buku ini. Semoga buku-buku ini dapat membantu anda.

 

10 sebab kenapa anda perlu memiliki Buku Bekal ke Sekolah

  1. Buku ini adalah yang pertama berada di pasaran .
  2. Segala resepi didalam buku ini boleh diguna pakai untuk menu keluarga malahan boleh dijadikan menu untuk bekal bagi orang dewasa ataupun boleh dijadikan menu untuk berkelah.
  3. Kebanyakan resepi-resepinya adalah mudah dan menggunakan bahan-bahan yang senang didapati.
  4. Terdapat cara-cara penyediaan sos bagi memendekkan masa memasak.
  5. Buku ini memang mampu milik. Harganya hanya RM 15 sahaja
  6. Senang sangat nak beli buku ini. Boleh dibeli secara online ataupun terus dari saya. Klik sahaja di SINI. Anda juga boleh membeli buku-buku ini dari mana-mana kedai-kedai buku terkemuka.
  7. Setiap resepi didalam buku ini memaparkan gambar tentang cara penyediaan langkah demi langkah.
  8. Sarat dengan resepi dari negara-negara lain dan pelbagai tips tentang cara penyediaan menu. Anda tidak akan bosan mencuba resepi-resepi ini.
  9. Mengandungi idea tentang bagaimana untuk menghias bekal
  10. Terdapat resepi yang telah diolah sesuai untuk anak-anak yang tidak suka makan sayur.

 

Jangan lepaskan peluang. Dapatkan buku-buku untuk bekal ke sekolah di sini .

- http://azianhasan.com/buku-idea-bekal-ke-sekolah -

Qhaliff terlalu gembira di Legoland ?

 

Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan kami sekeluarga dan rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari ke Legoland untuk review Legoland lak.. hehehe ..

image

Cuaca.. cerah ! Bermakna Legoland akan meriah dengan kanak kanak dan juga bapak kanak kanak  ! Heheheh..

Di Legoland , Qhaliff tetap usung adik dia ! Takkan dia tinggal punya.. Sayang adik tuuu ..

image

Tapi bila dah nampak macam macam punya permainan , dia lupa daratan terus ! Hahahaha .. Adik pun dia tak ingat dahhh .. Berlari sana sini dia ..

image

image

image

image

image

image

Ke bapak dia yang happy sebab dapat main lego banyak banyak ! Hahahaha … Siap buat pistol koooo !

image

Alhamdulillah.. Panas hingga ke malam .. hehehe ..

image

Qhaliff banyak mengajar aku ..

 

Walaupun aku kekadang geram dengn perangai Qhaliff , tapi aku langsung tak boleh salahkan dia sama sekali ! Ini salah aku yang kurang sabar. Sepatutnya , aku kena lebih sabar lagi dengan dia ..

Di Legoland kelmarin , Qhaliff buktikan pada aku ( walaupun selama ni memang dia berperangai gitu ) , dia seorang yang periang , peramah dan mudah mesra dengan sesiapa saja ! Dia boleh berkawan dengan kanak kanak lain dalam tempoh beberapa saat jer !

Sewaktu makan pagi , dia gi lepak tengok tab dengan anak mat salleh bersama keluarga mereka ! Berkali aku gi amik dia kat table tu.. Ganggu diorang je tapi diorang ok .. takde masalah pon ! Best part , dia cakap ngan diorang macam dia reti cakap omputeh jer ! Hahaha ..

Begitu gak bila dalam lif.. Satu lif dengan keluarga Jepun. Dia yang biasa layan youtube jepun , gi belasah belasah cakap gak ngan anak diorang .. hahaha .. Malu jap aku..

Sebelum check out.. Dia gi main dengan anak anak cina yang kebetulan baru nak check in.. Selamba jer dia celah masuk.. Aku biar jer dia.. Tengok apa dia bermain ..

image

image

image

Sememangnya Legoland ni taman permainan buat semua orang tanpa kira lapisan umur dan bangsa !

Bila gadis bertudung dipeluk artis KPOP !

 

image

Kecoh ! Kat mana mana dalam media sosial , ada update pasal ni ! Pelbagai kata nista dilemparkan pada gadis bertudung ni ! Hanya kerana dia bertudung , maka maki hamunlah hadiah untuk dia.. Kalau tak bertudung , camana ???

Hurmm… aku tak hairan semua ni sebenarnya. Dah memang boleh dijangkakan.. Kegilaan anak gadis kita pada dunia hiburan memang tak boleh dinafikan. Mereka masih mentah. Bila minat mendahului akal , inilah jadinya.

Salah sapa ? Hurm.. Aku tak nak tuding jari tapi sebaiknya, salahkan diri kita sendiri yang mana terlalu mengagungkan hiburan tanpa batasan. Menyanjung hiburan ! Tengok drama , sampai fefiling nak dpt laki romantik gituuuu .. Tengok filem romantik sampai mengalir air mata ! Babak peluk ada dalam tu.. ok je ?? Babak cium dahi ada .. ok je ? Tak lak nak kecoh ??

Bila kita terima semua ini , kenapa kita nak persoalkan perbuatan anak gadis ni ?? Hurm… Boikot hiburan tanpa batasan ? Hehehehe.. Mampukah ? Sekejap je pun boleh buat punya .. kan ? Astro naik harga pon .. sewa gak .. Tak sewa pon amik alternatif lain.. Tetap nak tengok tv tuuu…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI