Selasa, 13 Januari 2015

Mesin ‘gegar’ bantu kuruskan badan ?

 

Selama ni aku cuma tengok je di premis premis kesihatan yang menjual alatan gegar ke kiri ke kanan ni .. Nak try , jauh sekali untuk elak dari aku tergoda membelinya !

Baru-baru ni , adik aku beli satu set. Kebetulan aku ada di rumah orang tua aku , aku berpeluang mencubanya.. Ternyata gegaran dari mesin tu memberi kesan pada perut aku , betis dan peha !

image

Aku tanya harga.. Mak aku kata sekarang tengah ada diskaun.. ( diskaun la sangat di Malaysia ni yer ? ) . Aku pun kirim air liur je la kat mak aku. Dia beria sangat nak tolong belikan satu untuk aku guna pakai. Maklumlah , aku dah payah nak gi gym sekarang .. Perut pon dah mula membesar bagai johan.

Akhirnya , ada satu dah di rumah aku. Dan tadi petang , buat pertama kalinya sebelum aku nak bersenam , aku layan dulu menda alah ni.. Bukan aku sorang je layan tapi Qhaliff pon turut sama.

Tunggu sebulan. Apakah mampu membantu aku mengurangkan lemak perut ?? Apakah aku akan tersembul 6 packs di perut aku atau berterusan 1 pack saja ??? Kita tunggu je nanti !

Er , apa brand ? Hurm… Tak nak bagitau.. free promosi woi ! Rugi aarrr…

Salahkah lelaki nak sado ??

 

image

Tu diaaa anak aku.. test tengok muka dia kat cermin dalam cubaan menolak menda alah tu.. Mampukah ? Mampu.. dengan bantuan aku ler ! Hehehehe.. Apa guna jurulatih di sisi kan.. Bayar mahal tuuu..

Sewaktu di gym.. ada ramai rakan baru ..Ada sorang tu aku tengok terkial kial dok main satu alat tu.. Pastu aku pun tegur la.. Saja sembang kosong.. Tanya la tujuan datang gym.. Katanya nak cantikkan badan.. Hehehhe.. Ok la kan ?

Tetiba aku teringat ada satu gambar tu.. “ Kami tak nak Hulk. Kami nak lelaki normal ! “. Alahai… Siannya tengok tweet tu.. Takkan lelaki nak sadokan diri tak leh ? Nak biar je badan tu sekeping atau terboroi boroi ?

Kelebihan lelaki berbadan sado ni banyak.. Paling penting , ramai pasangan mereka rasa selamat bila berada di sisi ! Kaaannn ? Yang besar besar cam Hulk tu , tak ramai.. Bukan mudah nak besar gitu tau ! Disiplin dan training yang betul je boleh dapat gituuuu …

Buruk badan besar ? Ada yang nampak buruk.. ada yang nampak cantik ! Terpulang la pada nafsu mata tu melihatnya.. Yang penting hati mau baik kan ?

Bagi aku la.. dari lelaki dok lepak kedai kopi layan borak tak kira masa terutama lepas kerja tu , ada baiknya lakukan aktiviti sihat ! Sekurangnya dapat gak lepaskan stress di gym tu. Tak la balik rumah nak amuk amuk , kan ?

Qhaliff Iman membina otot di gym !

 

Petang tadi , aku bawak Qhaliff ke Bionic Gym… Gym yang dah lebih 10 tahun aku berworkout ! Saja nak tengok apa dia nak buat … Hahahaha …

Sampai je sana .. memula , malu.. tapi selepas dah dipanaskan badannya , aku lak malu !

image image

Sepanjang hidup aku main besi, yg biasa terangkat besi tu !! Ni kali pertama aku tgk, kepala yg terangkat!!

image

Fuh.. lama gak dalam ni ! Aku rasa kalau sebulan gym ni .. pasti hasilnya mengagumkan !

Apakah begini ?

image

Hahaha.. Umur 21 tahun nanti , baru masuk gym hehhh.. Sebelum tu , tak yah.. Belajar rajin rajin .. Sado bila ‘berakal ‘ nanti.. Wat masa skang , biarlah membesar bagai johan jer ..

Zahra gatal gusi ?

 

image

Patut ler .. Asik dok pegang gusi dia jer .. Hahahaa .. Terlupa lak aku part ‘gigi’ ni ! Rupa-rupanya dah ada dua batang gigi dahh ! Hahahaha .. Sori sayangg.. Cekal sungguh anak dara sorang ni ! Perghhh ..

Patut orang kata anak no 2 ni , agak berdikari berbanding no 1 .. Aku anak no 2.. hehehe .. Nasib baik perempuan kan ? Kalau lelaki.. Hurmm…

Tak kisah la laki ke perempuan kan ? Janji sihat dah , kan ? Alhamdulillah !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI