Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 14 Januari 2015

Tergelincir di tandas !

 

Bangun subuh. Mandi.. Keluar dari tandas , terlupa lantai licin sebab sebelum aku mandikan Qhaliff yang demam panas sejak malam semalam..

Yup.. kepala terentak ke lantai ! Terasa darah semacam keluar dari lubang hidung. Aku pegang belakang kepala aku. Berdoa agar tiada apa yang serius ! Pada masa sama, aku cuba ingati nama aku ! Ok , aku masih ingat nama aku ..

Bangun.. tengok telapak tangan.. Takde darah ! Alhamdulillah.. Terus solat subuh dulu baru cek kepala aku semula ! Huhuhuh..

Nasib baik takde serius walaupun terasa sakit di kepala aku hingga malam ni.. Aku tanya wife .. dia dengar tak bunyi kuat ? Dia dah syak aku jatuh… huhuh.. Nasib baik aku tak jatuh ke sinki.. Hurmm..

image

Dan tadi.. aku tanya wife aku.. Bila aku jatuh ? Pagi tadi ke semalam ? Huhhh.. Takkan kot ?

Takkan cukup sehari di LEGOLAND MALAYSIA !

 

Kali kedua aku ke sini dan terus terang , aku masih belum dapat pusing abis satu taman Legoland yang terletak di Nusajaya , Johor ni ..

Alhamdulillah , cuaca sangat cantik ketika menghala ke Johor ni. Risau hujan dan banjir jer… hehehe.. Nampaknya rezeki menyebelahi kami kali ini .. Sekali lagi berpeluang bersantai bersama sama rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari untuk kali pertama di tahun 2015 ni.

imageimage

Cerah hingga ke petang .. Hehehehe .. Dapatlah bawak Qhaliff masuk ke Legoland untuk kali kedua dan Zahra buat kali pertama.

Bertolak jam 10 pagi , sampai di Legoland dalam jam 1 tengahari. Dan buat pertama kali , kami menginap di hotel Legoland yang menarik sangat ni ! Hehehe.. Terujaaa wooo !

imageimage

Bilik siap jam 3 petang. Aku diberi tiket untuk masuk ke taman Legoland dahulu… Ok jer.. Kang kalau dah naik bilik , malas lak nak turun.. hehehe.. Sebaiknya pusing pusing dulu dengan keluarga tercinta.

image

Cuaca , memang menyelebelahi kami untuk hari ni.. Huhuh.. Dapatlah merayau dan bergambar di tempat tempat menarik dan Qhaliff sangatlah teruja dan gembira ! Dia boleh berlari sana sini tanpa halangan ! ( Rujuk entri Qhaliff terlalu gembira di Legoland ? )

Terlalu banyak tempat menarik untuk dilawati dan aku tertarik pada miniatur miniatur yang ada disini ! Jangan lupa ke bahagian Adventures ! Bagi yang kaki main permainan yang mencabar , pastinya di situ ada pelbagai mainan yang akan mengoda korang !

Sayangnya aku tak leh ke sana sebab ada anak kecil.. hehehe ..Maka , pusing pusing kat miniatur ni jer.

imageimage

Selepas pusing beberapa tempat aku check in bilik. Plan lepas check in nak turun balik dan sambung pusing .. Dan seperti dalam perancangan , bilik dapat awal.. ehehehe.. Dapatlah rehat jap ..

Ternyata bilik hotel Legoland ni berbaloi dengan harganya !

image imageimage

Selesai solat .. turun ke Water Park.. Aku tak bawak Qhaliff sebab dia dah terlalu penat ! Risau demam jer nanti kalau tak cukup rehat.. Hurmm..

image

Water Park Legoland ni kalau tak masuk , memang rugi sangat laaa ! Aku masuk di penghujung hari ! Sangat tak puashati langsung.. Huhuhuh.. Moga satu hari nanti aku akan kembali dan menginap sekurangnya 2 hari di sini untuk pastikan aku pulang dengan kepuasan !

image

Esoknya , tepat jam 12 tengahari .. selepas makan pagi yang menyelerakan ( berbaloi giler makan pagi kat hotel Legoland ni ! ) , kami semua berangkat pulang dengan hati yang berat ! Best giler hotel ni ! Hahaha.. Leh main lego beramai ramai kat sini wooo !

image

image

image

Kesimpulan bagi aku .. Legoland ni mmg sesuai untuk beriadah bersama keluarga ! Berbaloi sangat ! Untuk sebarang pertanyaan , boleh terus ke :

image

FACEBOOK LEGOLAND | WEBSITE LEGOLAND

Bila Qhaliff demam , Zahra jaga !

 

Baru tidur.. Tu pun setelah makan ubat dan dimandikan. Jam sekarang , hampir kul 3 pagi.. Dua dua lom tidur.. Aku  jaga Qhaliff , Zahra dengan wife .. Kena pisahkan..

image

Patut pagi tadi Qhaliff kelihatan lemah jer. Nak ikut mak dia gi kerja. Menangis meraung nak ikut.. Sebelum ni , bila dia panggil mak dia.. dia sebut 'Baaa.. Baaaa.. ‘. Ajar la camana pun , dia tetap dengan Baaa dia tuu ! Dan tadi , dia masih panggil Baaa tapi setelah tak dapat perhatian.. Terus dia jerit.. “Ibuuuuuu… Ibuuuuu.. “. Hahahahha.. Terkejut jap aku tapi dah paham dahh dia ni.. Dia mmg tak tunjuk skill dia depan orang tua dia ..

Ni demam.. senyap sunyi je rumah. Hanya sesekali kedengaran suara dia menangis .. hurmm.. Aku tak leh nak tidur sangat .. kena pantau suhu badan dia .. Risau demam panas  !

Semoga Allah sembuhkan penyakit Qhaliff dan anak anak kecil yang lain..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI