Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 15 Januari 2015

“ Ni anak abang ke ? “

 

Gi IoI Mall Putrajaya tadi. Wife nak cari almari baju untuk bilik bawah.. Malas nak naik atas katanya ..Aku ok jer walaupun badan tak beberapa nak sihat . Nak keluar gak sebab nak bawak Qhaliff bersenam sedikit.. kasi keluar peluh..

Dan seperti yg diduga , di shoppling mall .. Qhaliff amatlah sihat ! Amboiii.. Dapat shopping la sangat !

image

Lepas makan , wife ajak gi ELC.. cari mainan untuk Qhaliff.. Hurmm… Takde yang berkenan di hati. Kalau ada pon , harganya memang buat tercekik air liur sendiri ! Heheheh..

Kemudian gi Toy’s R Us .. Dalam tu , dia berkenan pedang n pistol seperti biasa.. Dia nak Ultraman tapi aku tak bagi. Maka pun amik la mainan tuu.. Kepala dah ting tong sebab makan paint killer. Leher aku bengkak dan sakit kepala lak..

Masa beratur , Qhaliff yang aku perasan dengan aku pada awalnya aku nampak dia ikut wife .. Stroller di tangan aku beserta barangan lain..

Maka aku biar je la.. Tiba-tiba , ada seorang wanita tegur aku..

“ Bang , ini anak abang ke ? “. Aku yang dalam kebluran tengok budak berbaju merah ni dengan air mata bercucuran , tak mengaku la anak aku ! Sebab dalam kepala aku dah set yang Qhaliff dengan wife..

Aku pandang sekali lagi .. Apahal muka macam anak aku ! Aku tengok betul betul .. Lerrrr !!! Qhalifff !!! Apasal boleh pulak kat tangan perempuan ni ?

“ Dia menangis kat belakang tadi . Kuat lak tuuu.. “.

Aku tercari mana wife aku.. Aku amik Qhaliff kat tangan perempuan tu dan ucapkan terima kasih ! Semua mata memandang aku dah.. Adehhh.. Tetiba rasa macam dalam rancangan Akademi Fantasia..

Dan wife aku muncul dengan selambanya.. Kecik besar kecik besar jer aku tengok dia ! Adehhhh..

Menurutnya , dia nampak Qhaliff berdiri ngan aku maka dia berjalan dengan Zahra yang dah mula teriak kebosanan .. Manakala aku nampak Qhaliff dok sibuk ikut dia .. Hurmmmm..

Nasib baik la dalam premis tu lagi ! Kebiasaannya aku memang dukung dia tapi hari ni aku tak larat nak dukung.. Masing sengal badan akibat jatuh di toilet lagi.. Hurmmm..

Lepas ni , memang tak harap dah sapa sapa pun.. Kena percaya diri sendiri ! Hurmm..

Di kala Qhaliff demam ..

 

image

Hurm.. sian dia .. Aku pon macam nak demam gak ni ! Hurmm.. Manakala , si kecik mula mengambil alih segalanya dalam rumah ni ! Dia dah nak jadi mem besar ! Boleh ke sana sini dengan lajunyaaa …

image image

Gi check doktor tadi.. dia kata demam tak sangat tapi dia punya gaya demam petang tadi mengigil ngigil ! Hurmmm..

Sekarang hampir jam 2 pagi .. Qhaliff kelihatan dah macam ok.. Demam dia kebah dah dan handphone aku kembali jadi mangsa dia .. Youtube ! Hurmmm…

Dan aku .. kepala makin berat ! Aku kena check doktor.. Mana agen insuran aku ??? Adeh….

Apa yang berlaku pada aku , seolah sedang bermimpi !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI