Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 17 Januari 2015

Boikot restoran sokong merokok !

 

Tadi di Giant , Bandar Baru Nilai. Plan nak makan kat situ setelah gi klinik bua pemeriksaan Qhaliff.. Segalanya terbantut bila salah seorang pelanggan di situ dengan selamba nyalakan rokoknya dan merokok tanpa rasa bersalah !

Alangkah dungunya manusia tu .. Tak ke dia sedar ada ramai anak kecil kat situ ? Mereka yang datang makan kat situ kebanyakkan berkeluarga.. Takkan tak tahu kot ?? Ke buta hati dah ?

image

Lepas tu , cerita banyak tarakkk … Angkut barang barang.. dukung Qhaliff , keluar dari restoran tu.. Hurmm..

Sedih… Makin pentingkan diri manusia zaman sekarang..

Pertama kali naik teksi !

 

Aku belum dedahkan Qhaliff pada pengangkutan awam. Dan semalam , buat pertama kali aku bawak dia naik teksi ke Tan Chong Motor. Aku hantar servis kereta ke sana.. sebab tu kena naik teksi ke sana dari rumah mak aku. Malas nak duduk lama lama kat sana. Jumaat kan… hehehe ..

Reaksinya ? Hehehehe .. Belum pernah dia duduk belakang dengan ayah dia..Dan inilah yang pertama kali berlaku.. hehe ..

image

image

Sadis gak la episod menunggu teksi ni.. Dengan dukung Qhaliff , aku menunggu teksi kosong lalu.. Yang banyak lalu , semua dah berpunya dan ada yang tak nak amik ! Hurm.. Terasa sedih di hati…

“ Sabar yer sayang .. “. Dia yang sedang demam tu , terus lentukkan kepala di bahu aku.

Sekarang aku memahami keadaan mereka yang serba kekurangan. Kesian .. Bukan mudah nak berdiri di tengah panas sambil menunggu pengangkutan awam , dengan anak di tangan ! Kasih anak , membuatkan segalanya BOLEH !

Dalam 10 minit , baru dapat teksi.. Terus ke Tan Chong Motor yang terletak di Jalan Chan Sow Lin. Tambang tertera RM5.40 . Aku hulurkan RM10.

“ Tak pe bang.. Saya sedekah.. “.

Terus masuk ke dalam pejabat. Selesaikan urusan dan terus ke Putrajaya. Amik wife lak. Qhaliff dalam kereta , dah lena.. Kesan dari ubat demam dia.. Hurmm..

Hurmm… Kesian mereka yang takde kereta tapi punya keluarga yang besar ..

Bila Qhaliff dan Zahra seusia !

 

image image

Hurmm.. Qhaliff memang sangat periang ! Berbeza dengan Zahra yang kena gi bergurau senda dengan dia terlebih dahulu , baru nak senyum !

Ternyata di usia yang sama , Qhaliff lebih mudah didekati.. Hehehe.. Agaknya ikut perangai aku di usia kecik dulu niiii.. Hehehe.. Besar besar je payah sikit.. Bukan apa , kang orang kata kita mengedik lak kan ? Haaaa..

Zahra ? Hurmm.. masamnya ikut mak dia .. Ok , aku nak tidur luar dulu .. hahahaha ..

Bila kawan ajak lepak !

 

Bersungguh-sungguh set masa , hari dan tempat ! Bila tiba masanya , datang berkumpul di lokasi seperti yang dirancang. Memasing nampak kacak dan bergaya ! Cari port yang best untuk cuci mata.. heheheh .. Cuci mata jer !

Tapi segalanya rosak ! Rosakkkkk ! Rosakkkkk !! Dek kerana apa ? Kerana ..

    image

Kaaannnn .. Maka sila wujudkan undang undang bila melepak ! Sila letak handphone atas meja di depan rakan rakan.. Sapa pegang , dia kena ‘open table’ ! Amacam ?

Tapi.. bila keluar dengan anak bini ? Ngan awek dah 1 tahun lebih kenal , camana lak ? Hahahaha .. Adehhh

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI