Selasa, 20 Januari 2015

Stokin Ajaib ?

 

Apakah kelebihannya ? Kenapa ramai kata bagus ? Hurmmm.. Ni kena try ni !

image

Setakat ni beberapa kawan di Facebook dah bagi feedback mengenai stokin ni.. Ada kata ahli keluarga mereka dah pakai dan berkesan.. Hurmm.. Yeke ? Antara komen yang aku terima ..

  • Akak pun guna stokin ni Ben. Alhamdulillah kurang dah sakit kaki ni. Mak sedara akak yg dulu dok atas kerusi roda now dah boleh jln sendiri tapi kene guna tongkat la n buat kerja rumah berdiri dan kiraan gula dlm darah pun turun.
  • Mmg terbaik.. kalau lenguh2 kaki.. insya allah.. cepat je ok..
  • sgt bagus. jgn lupe bykkn minum air masak slps penggunaan. badan akan jadi ringan, sakit2 lutut inshaAllah okay.
  • Mak sy pakai ni. De rekemen kt sy jgk yg bekerja bnyk jalan dan selalu kena urut kaki. Nt abg ben bg review kehh...nak tau jgk. Sbb belum try lg pun, hihi
  • Akk pun pakai jgk...nk tau berkesan ke tidak kena rajin pakai la...
  • Memang elok aben. Ibu yaya pakai

Malam ni aku try aa.. Heehehehe.. Dah ada dah kat tangan satu.. hehehee.. Tunggu masa je nak pakai.. Nanti aku cerita kat blog ni ehhh… ehhh..ehhh…

Bayi bila sembelit !

 

image

Kebetulan pulak aku keseorangan di rumah , Zahra boleh lak nak sembelit buat pertama kalinya ! Dia punya muka meneran nak kasi keluar ketulan pertama tu serupa macam nak beranak ! Siap genggam baju aku kuat kuat ! Pastu muka serupa mintak tolong ..

“ Daddyyyy.. helpppp meeee.. plsssss … “.

Cuak jap memula aku.. Pastu aku cuba coolkan diri dan kembali jadi super dad ! Hahahaha.. Aku baringkan dia dan pegang kaki dia ..Urut urut betis dia dan gerakkan kedua kaki dia ala ala mengayuh basikal.. Buat beberapa set sebelum aku dukung dia kembali dan usap pelan pelan perut dia ..

Setelah berusaha selama 10 minit , akhirnya dia berjaya mengeluarkannya ! Tahniaaahhh !! Perghhhh.. Seketul tu je la ada .. Yang lain dia simpan tunggu mak dia balik ! Hahahha..

Yer , dalam kereta dia sambung menjerit ! Nasib baik jap jer .. Huhuhuhu.. Tak sangka gitu rupanya bila baby sembelit.. hehehe …

Sony Xperia Z3 best atau tidak ?

 

image

Sony Xperia Z3.. Lama dah aku idamkan Sony Xperia ni terutama selepas dapat tahu telefon pintar ni boleh masuk dalam air ! Salah satu ciri yang amat penting buat aku dalam mencari telefon pintar yang baru dan seterusnya adalah kelasakkannya ! Dua dua ni ada dalam Sony Xperia Z3 !

Aku ada Sony Xperia Z2 juga dan telefon tu dah aku berikan pada wife. Wife aku yang selama ini tak kisah langsung pasal gadget ni , terpaksa akui betapa Sony Xperia ni , mmg bagus untuk dimiliki ! Ternyata berbeza dengan telefon pintar yang dia guna sebelum ni.

Kamera.. Hurm.. Aku berpuashati sungguh dengan kamera Sony Xperia Z3 ni. Nak guna pon mudah. Ditambah lagi dengan aplikasi aplikasi yang menawan hati .. membuatkan aku tak sabar menanti kehadiran Sony Xperia Z4 lak ! Hehehehhe..

Hidup hanya sekali kan.. Maka carilah hobi yang best  dan berbaloi ! Berbaloi apa bila kita ada koleksi gambar yang cantik menawan dan kongsikan dengan rakan rakan ! Dengan Sony Xperia Z3 , upload gambar ke internet sememangnya amat pantas ! 4G la katakan.. Puashati !

Ada kawan tanya aku..

“ Ko punya Z3 ni mudah hang tak ? Sama cam telefon Android yang lain ? “.

Jawapan aku .. tak ! Setakat aku dah guna lebih sebulan , aku tak pernah punya masalah sistem operasi tersangkut ! Masalah kepanasan bila guna kamera atau GPS pon tiada lagi berbanding telefon pintar yang pernah aku guna sebelum ini ..

Charging bateri.. Hehehe.. Suka suka suka part ni ! Pantas beb ! Walaupun bateri dah tinggal 40% , dan kita nak guna handphone ni , secepat mungkin .. ianya akan charge dengan pantas sekali. Rasanya tak sampai 2 jam kot leh dapat 100%.

“ Bateri tak tahan 48 jam pon ?? “. Ada yang komen kat aku gitu. Yelah , kalau dah install macam macam dalam tu … memang la tak sampai 48 jam ! Kena check la apa aplikasi yang kita gunakan dalam tu.. Nak jimatkan bateri di kala terdesak , matikan mobile data , LTE , wifi , GPS dan sebagainya. InshaAllah lama ! Kena tau tips dan tricknya ..

Tonton video .. memang best ! Kualiti paparan sememangnya tip top ! Sebab tu aku yang selama ini tak sukakan Sony , dah jatuh cinta dengannya ! Tu belum masuk sistem bunyinya. Haaa.. Clear !

Ringan dan sangat selesa dipegang hinggakan Qhaliff sering berebut dengan aku telefon ni walhal aku dah bagi dia telefon pintar ..

image

Bila Sony Xperia Z3 ni bergabung dengan Sony Alpha 5100 , pastinya aku memiliki gambar gambar yang aku berpuashati punya la ! Yang bestnya , bila aku tranfer gambar dari kamera Alpha 5100 ni ke Xperia Z3 , laju giler ! Tau tau , dah selesai .. huhuuh.. Tak rugi aku ada dua dua ni ..

Harapan aku , Z4 nanti akan lebih power dari Z3 ni.. hehehe .. Tapi Z3 ni pon dah cukup bagus untuk dimiliki.. Harga ? Tengok kedai kot ? Heeee…

Aku perlu lebih bersabar dengan Qhaliff !

 

Semakin banyak songeh , orang kata..Hurmm.. Wife kata sememangnya dia banyak ragam terutama selepas baik dari demam.. Yelah kot tapi kekadang aku perlu gak la keras supaya dia tau yang aku ni bukan sekadar agah !

image

Kekadang tindakan dia tu boleh merbahayakan nyawa dia sendiri atau orang lain terutama aku la.. ehehhe.. Contoh dia meronta ronta nak aku lepaskan dukungan aku ketika menaiki tangga ke bilik air ! Aku dah la fobia sekarang ni.. Takut jatuh je laa..

Hingga abis mandi , tak abis lagi dengan raungannya ! Dia mengantuk sebenarnya tapi tu laaa .. Wife suruh bersihkan badan dia .. Nak tak nak , aku kena la buat.. Kang tidur dengan berbadan kotor disebabkan bermain tanpa henti di sebuah restoran yang sedap untuk dilepak beramai ramai ! Heheheh ..

image

MZ Cafe yang terletak di Gate 1 Putrajaya. Dekat dengan fly over tu laaa .. Haa.. Situ laa ! Harga murah dan pantas ! Tu yang bagusnya.. Hehehe.. Disediakan juga tempat kanak kanak bermain. Di situlah Qhaliff bermain sepuas hati hinggalah bergaduh dengan kawan di situ.. hehehe.. Aku biar jer.. Biar dia belajar skit ..

Disebabkan penat campur mengantuk , dia buat pasal . Dan malangnya , dapat laa jentikan manja di telinga ! Tegur berkali kali , tak nak dengar ! Maka dapatlah habuannya.. Tak lama kemudian , dia tertidur di sisi mak dia ..

Dan aku ?? Hurm.. urut kembali telinga dia.. Sapu siki minyak .. Tak kuat pon .. sekadar gertak jer .. Hurmmm .. Kalau tak sekarang aku ajar gitu , nanti dah besar dia tak takut .. satu hal lak .. Hurmmm .. Kang ada jadi anakku Sazali lak.. Aku gak yang kenaaaa !

Nyesal ? Memang laa.. Mana ada bapak suka suka nak aniaya anak dia .. Iskhhhh… Amaran lisan dah bagi banyak kali.. Bagi lagi amaran bertulis.. Sebelum berlaku apa apa kemalangan , baik hindari .. kan ?

Membeli kenangan terindah !

 

Satu tika dulu , aku sering berkata pada kawan aku..

“ Untungnya kau dapat bekerja dalam kapal terbang ! Hari hari dapat sentuh badan kapal terbang ! Kalau aku laa.. Jadi tukang cuci kapal terbang pun dah bangga ! “.

Aku sememangnya teringin nak melihat ‘raksasa’ ini dari dekat ! Melihat ‘dia’ terbang tinggi ke udara dengan begitu gagah sekali.. Sungguh menghairahkan sama sekali ! Hahahaha ..

Impian aku , ingin melihat bagaimana kapal terbang ini dibina. Tapi aku tau , impian aku cumalah satu angan angan Mat Jenin ! Aku bukan bekerja dalam bidang penerbangan ni hingga dapat masuk ke kilang kapal terbang ! Sepatah haram tak tau langsung pasal kapal terbang.. hehehe ..

Tapi kita terlupaaa .. Kita terlupa segalanya adalah perancanganNya ! Jangan kita lupa tentang rezeki , jodoh dan ajal segalanya milikNya..

Sapa sangka ? Aku sendiri tak sangkaaa .. Air Asia telah menjadikan impian aku jadi satu kenyataan !! Aku tak pernah mimpikan sama sekali dan … aku sehingga sekarang masih tak percaya , aku telah menjejakkan kaki aku ke kilang kapal terbang yang terletaknya beribu ribu batu dari rumah aku !!

DSC_1317

DSC_1326

Nak berada di kawasan bawah ni pon sebenarnya tak boleh ! Hanya pekerja AirBus saja boleh berada di kawasan ni.. Tapi atas tiket vvip , aku dan rakan rakan dibawa berjalan di sekitar kilang AirBus yang sangat besar ni .. Perghhh.. Masih teringat di benak aku kenangan ni.. hehe ..

DSC_1338

DSC_1336

Dapat jugak pegang .. hahahaha .. Yessss !!

DSC_1328

Dan ini paling gempak ! Abis je lawatan ni , rombongan aku pulang ke tanah air dengan menaiki kapal terbang Air Asia yang paling baru.. kiranya bau kedai  laa dan kitorang la rasmikan ! Terus dari kilang dia yer ! Tak yah sibuk nak beratur bagai nak check tiket.. check passport gituu.. hehehe .. Best kan ?

DSC_1358DSC_1363

Kapal terbang ni meninggalkan sejuta kenangan terindah buat aku !

DSC_1392

Ok ok.. Ini point utama dia ! Jeng jeng jeng.. Kawan aku , Denzel Yap.. baru je beli model kapal terbang ni ! Haaa .. Apaa ?????  Huhhuhu.. Dia dah beli dahhhh .. Mana acii !

imageDSC_1353

Aku nak beli !!! Huhuhuh…

Sapa sangka kan ? Dengan menulis saja , impian selama ini telah menjadi kenyataan.. Tu belum lagi aku cerita part aku dah masuk dalam semua akhbar utama di negara ni dan juga beberapa majalah yang aku teringin sangat nak masuk.. hehehe .. Hanya dengan menulis !

Tak perlu malu dengan diri sendiri ! Alhamdulillah ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI