Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 21 Januari 2015

Aku nak sewakan kamera !

 

Entah gatal tangan aku.. aku try pasang bateri dan tukar lens pada kamera Sony Alpha 5000 aku yang ‘rosak’ akibat jatuh dari tangga ! Dan ..

image

Daannnn ! Cantik je dia hidup … Huhhhh..

image

Lens je rosak rupanya ! Boleh tahan lasak kamera ni rupanya .. Hurmmmm… Aku nak beli lens baru pastu sewakan kamera ni ! Kot la ada blogger tak mampu nak beli kamera dslr nak gi bercuti atau event.. leh je sewa kat aku kan ? Er , sehari berapa ? Hurmmm.. RM50 ok kottt.. Hahahaha.. Lagi berhari lagi murah la kan ? Lalalalala..

Bisnes di mana mana ..

Produk terkini Mitsubishi Electric

 

Kali terakhir aku ke ShowRoom Mitsubishi Electric , pada tahun 2013. Ketika tu aku diperkenalkan dengan peti ais keluaran mereka yang dikatakan terbaik diantara yang terbaik ! Ahaa.. Yer, memang aku akuinya malah jiran aku sendiri ada memilikinya. Sejak itu aku percaya yang produk Mitsubishi Electric sangat berkualiti dan bermutu tinggi !

Beberapa minggu lepas , aku bersama beberapa orang rakan blogger sekali lagi dijemput ke Showroom Mitsubishi Electric yang terletak di Petaling Jaya. Kali ini bukan satu produk yang diperkenalkan tetapi 4 produk sekali gus ! Waahhhh !! Ini sangat lumayannnn.. hehehe.. Lumayan sebab banyak info yang akan diperolehi..

image

Cara mereka memperkenalkan produk kepada para blogger amatlah menarik sekali.. melalui permainan ! Hehehe.. Dengan cara itu , blogger akan lebih memahami kelebihan setiap produk keluaran Mitsubishi Electric ini.

Kelebihan produk keluaran mereka berbanding dengan jenama yang lain ada banyak tapi paling penting ialah penjimatan penggunaan tenaga elektrik yang rendah mana produk Mitsubishi Electric ini memperolehi 5 bintang dari segi kecekapan tenaga disusuli dengan kos penyelenggaraan yang rendah serta mudah. Maknanya boleh buat sendiri laa.. hehe..Itu pun kalau berani laa.. sebaiknya dapatkan ilmu dahulu sebelum buat sendiri.. kan ? Jangan lupa setiap produk mereka juga mesra hijau.

Ok.. Antara produk yang mereka perkenalkan kepada blogger ialah penghawa dingin ! Gambar dibawah ni , blogger diajar cara nak melakukan penyelenggaraan sendiri di rumah. Mudah dan pantas je !

image

Ada banyak penghawa dingin keluaran Mitsubishi ni.. Tapi yang paling terkini dan menawan hati aku ialah .. Yang di bawah ini laaa ! Kenapa ? Nampak tak i-See Sensor tuuu !

image

image

Ahaaaa..  Biasanya kalau kita keseorangan di rumah , kita pasang penghawa dingin kena duduk di tempat yang berhampiran untuk memastikan kita merasa la kedinginannya kan ? Tetapi dengan adanya i-See Sensor ni , tak perlu dah.. Duduk la di mana saja ( jangan la duduk kat dapur pastu nak rasa air cond kat ruang tamu… gile ke apa ? ) , di dlm kawasan liputannya , inshaAllah akan rasa sejuknya.. hehehe ..

Jangan lupa.. 7 tahun jaminan untuk kompressor !! Penting nii.. hehehe..

image

image

Ok.. Produk kedua lak .. Pengering tangan atau Hand Dryer ( Jet Towel ) . 

image image

image

Ini terus terang bagi aku la kan.. Kalau rumah besar dan atau letak di pejabat , memang best laaa ! Cepat je tangan kering kalau guna hand dryer ni.. Tak perlu bazir tisu… kan ?

Yang ketiga ialah Peti Sejuk Mitsubishi L4Grande.

image

Kelebihan teknologinya ..

  • Anti Bacteria Food Liner

  • Deodorizer

  • Vitamin Factory ( sayuran dan buahan akan segar sentiasa )

  • Door Alarm System ( kalau terlupa nak tutup rapat , dia bunyi )

  • LED Light

  • Door Auto Closed

  • Egg Case

Penjimatan elektrik antara elemen yang penting.. Pastinya bila ada peti ais gini di dapur rumah kita , akan membuatkan mak atau isteri kita lebih kerap berada di dapur.. Ada saja diaorang teringin nak memasak.. Hehehhe.. kan ?

Yang ke empat.. Kipas Elektrik dan Ventilation fan. Aku dah ceritakan di entri aku yang bertajuk Kipas Elektrik dari Mitsubishi Elektric ni..

Ok.. Yang ni menarik ! Aku rasa belum ada mana mana pengeluar barangan elektrik ada aplikasi android atau iOS untuk pengguna mereka.

Aplikasi yang bertujuan memudahkan pengguna yang tercari cari produk elektrik yang terkini serta ada pengiraan penggunaan elektrik ini pastinya berbaloi untuk kita semua ! Tunggu kehadirannya nanti yer .. Akan dilancarkan tidak lama lagi.. Sabar ehhhh .. sabar…

Kesimpulan .. hehe.. Sila dapatkan segera ! Pasti rumah anda akan berseri… wow !!

Gambar oleh – AkuBioMed

Thai Tom Yam Kung pilihan hati !

 

Dulu aku tak suka sungguh nak gi makan kat restoran ni tapi sejak dua menjam Ayer@8  ni meriah , TomYamKung pilihan hati aku terutama kalau nak makan tengahari ! Juadah banyak pilihan dan harga pon masuk akal la.. hehehe ..

Kalau dah lepas tengahari , maka boleh la order menu yang tertera di dalam kad menu.. hehehe.. Ada yang ada.. ada yang dah abis ! Dia kata laaa .. hehehe.. Ke aku yg salah dengar ? Hurmm  ..

Antara kegemaran aku ialah ..

image

Feveret Qhaliff ni.. Kalau nak makan berat , boleh try pilihan aku ni .. Pedas tapi sedap !

image

Atau pilihan wife aku.. Aku tak sempat rasa yang ni .. heee.

image

Kelmarin aku interview dengan wartawan Berita Harian pon aku pilih tempat ni untuk bergambar .. untuk dimasukkan ke dalam Berita Minggu nanti .. InshaAllah ..

Bagi yang nak meniaga makan tu.. Jangan cekik darah.. Biar lambat untung tapi laris , kan ?

Si abang yang sayangkan adik ..

 

Hurmm. Akhirnya dia tak kasi orang amik adik dia ! Sebelum ni ok jer ! Dia tak beberapa nak reti.. Sekarang ni ? Hehehehe .. Melainkan dalam kepala dia , nak bermain .. dia tak kisah dah apa apa ..

image

Dah reti nak pakaikan kasut.. Tapi masih dalam pemerhatian la.. Hehehe.. Tak leh lepas 100% lagi wooo… Boleh berubah sikap sekelip mata jer ! Hahahaha ..

Tapi si adik , abang buat la apa pun.. dia sengih jer ! Tarak nak marah pon haaa !

image

Dah boleh no 3 dah ni .. heeee.. kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI