Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 25 Januari 2015

Bila si anak tak boleh dirotan !

 

image

Qhaliff memandang aku dengan senyuman terukir di bibirnya .. Kemudian..

image

Manakala Zahra melemparkan pandangan pada aku ..

image

Seolah olah ingin mereka berkata ..

“ Kesian daddy pasni .. Tak leh dah nak merotan kitorang kalau nakal .. hehehe “.

Kalau cikgu pon tak leh rotan.. mak bapak pon dah tak leh rotan .. Abis tu , denda ? Kalau diorang tak nak ikut kata ? Ahaaaa… Maklumlah , takleh buat apa apa kat mereka ..

Jap jap.. dia kata rotan je kan ? Kalau pelempang ? Kasi hanger atau tali pinggang , tak pe la kan ? Aku dah rasa semua tu.. Ok je aku hidup sampai sekarang ! Hurmm..

Teringat filem P.Ramlee .. ANAKKU SAZALI..

Rakan blogger #kelabbloggerbenashaari buat potluck !

 

Perancangan jadi realiti ! Dah berbulan rancang.. Er , sori… bertahun sebenarnya ! Hehehe.. Sejak aku pindah ke rumah baru ni rakan blogger #kelabbloggerbenashaari ajak beramai ramai berbbq atau potluck di rumah aku !

Dan hari ni , jadi kenyataan. Ikutkan hampir batal gak sebab wife sakit mata. Tapi nasib baik dia cepat sembuh.Alhamdulillah.. Bila perancangan jadi kenyataan , segalanya di luar dugaan ! Pertama , kak D’Laila Sup Power taja dua masakan dia yang amatlah menyelerakan sama sekali ! Sangat yer !! Hingga aku sendiri terboroi sangat malam ni.. Huhuhuh..

Jam 3 petang , rakan blogger mula tiba untuk membantu.. memasak dan juga menyediakan hidangan. Terima kasih pada Sue Izza , Qaseh Dalia , Yanty , Emas Putih , FatinBellaDotCom kerana sudi datang membantu.

Sukaa la Qhaliff dan Zahra ada orang datang layan diorang ! Huhuhuh..

imageimage imageimage

Selepas Maghrib … sorang demi seorang tiba dengan membawa makanan ! Ok , aku nak pengsan tengok makanan yang sedap sedap atas meja ! Adehh..

imageAktiviti ? Layan makanan dan layan tv sambil berborak .. Takde la nak berparty bagai aih.. Ke nak main game.. Saja santai santai jer ..

image

Terima kasih pada rakan rakan yang sudi datang membawa makanan , aiskrim , perut dan juga menghabiskan makanan ! Hehehhe.. Jangan lupa pulangkan balik ‘kontena’ aku yer !

Kau ingat aku tak reti kemas rumah ??

 

Tensen betul ! Kang aku cakap , kata aku ni tak adil.. Bukan semua orang macam tu la. Segelintir jerr ! Tapi masalahnya dalam bidang supply maid harian ni , aku dah kena 3 agensi yang hampeh perkhidmatannya ! Cuba teka sapa sapa pemilik agensi tu ? Orang ? Haaaa…

Booking awal ! Seminggu dah booking woooo ! Pastu bila tiba masa .. tau apa dia kata ? Jadual penuh ! Pastu bagitau driver buat hal ! Pastu kata cuba datang awal .. Pastu .. diam sampai ke tengah malam ! Hampehhhh pon tak macam ni punya perangai ! Memalukan sampah jer ! Sampah pon tak mengaku saudara !

Bincang ngan wife.. Akhirnya kami je buat sendiri.. perlahan-lahan. Aku bermula dengan membersihkan longkang yang dah lumut ! Geram lama dah aku tengok lumut lumut tu.. Hari ni entah dari mana datang semangat yang membara .. segala lumut telah aku nyahkan dari longkang..

Seterusnya .. tv kabinet ! Dalam tu macam macam adaaaa ! Huhhhh… Dah aku mula amuk !! Kesan dari amukan tu , aku berjaya kumpul 2 sampah sarap dan diletakkan dalam plastik hitam yang besar tuu haaa ! Perghhh ..

Jam 2 petang..Inilah hasilnya ! Wife aku pun tak percaya !!

image

Alhamdulillah.. Kemas molek ! Rasa macam bukan rumah sendiri jer.. Hahahaha.. Pasni tak yah amik dah laa.. Jimat RM100 ! Support bisnes bangsa sendiri ? Huhh.. Jangan harap orang support tapi sepatutnya tunjuk komitmen yang tak berbelah bagi untuk majukan bisnes sendiri ! Aparaaaa !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI