Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 26 Januari 2015

Kepuasan menonton ala panggung wayang !

 

Hurmm.. Home teater dah ada ! Tapi macam tak sesuai pulak dengan tv aku yang bersize 42 inci... Kalau guna 80 inci pasti puashati punyalah ! Tapi nak beli 80 inci punya tv , bukanlah murah kan ? Harga confirm meletop letop punya !

image

Tapi kalau tukar tv , tv sedia ada ni ? Bukan selalu pun nak layan movie best best kan ? Kalau nak layan movie best best , kena tv besar atau guna projektor macam kat panggung wayang tu ! Baru syiokkkkkk ..

Sebut pasal projektor , BenQ ada keluarkan dua jenis projektor mampu milik dan berteknologi terkini iaitu W1070+ Dan W1080ST+. Kedua dua projektor ni ada kelebihan tersendiri .

image

Kenapa nak guna projektor lak ? Harga mesti mahal punya kan ? Kannn .. kan ? Mesti itu antara soalan yang tertanya punya kan ? Ok.. jangan risau.. Hari tu aku pun terfikir gitu gak tapi selepas segala penerangan dibuat , aku kembali terfikir kebenarannya !

Ok.. Harga ? W1070+  ialah RM3,999 manakala W1080ST+ ialah RM4,299 . Bila guna projektor , kita boleh dpt lontaran gambar sebesar 100 inci dengan jarak 1.5 meter !

image

Ini bermakna dengan harga yang lebih kurang , kita boleh dapat projektor yang paparan gamba yang jauh lebih besar  ( sehingga 300 inci ) dan puashati dengan pencahayaan yang menakjubkan iaitu 3D Full HD 1080p ! Bayangkan tengok movie atau main game ! Perghhhhh .. Siap boleh layan movie 3D lagi !

image

Menariknya , kita boleh letak projektor ni di sudut sudut tertentu.. Tak semestinya lurus je..  Dan juga boleh pindah sana sini termasuk bawak masuk ke dalam bilik ! Hehehehe..main game seronok tuuu !

image

Sistem Bunyi

Jangan risau.. Projektor dari BenQ ni dah dilengkapi dengan built in sistem bunyi 10W yang sama kualitinya dengan TV LED . Atau kalau nak pasang guna kabel HDMI ke home teater pon boleh jer..

Bagi mereka yang gemar download movie ke dalam telefon pintar dan teringin nak mainkannya di layar yang lebih besar supaya puas menontonnya.. boleh guna MHL kabel atau 3rd party MHL dongle.

image

Telefon pintar tu pon boleh bertukar ke remote ! Hehehe.. Memang menarik jenama ni !

Rasanya bila guna projektor ni , kawan kawan yang datang rumah layan movie pasti akan pulang dengan kepuasan ! Hehehhe.. Lain kali boleh datang lepak beramai ramai lagi kan ? Baru syiok !

image

Tak puas besar gini kan ? Hehehehe.. Jom tukar guna projektor Ben! ! Huhuhu… Nak tau dengan lebih lanjut , boleh ke http://www.benq.com.my/.

Manjakan anak dengan gadget terkini ?

 

Aku perkenalkan Qhaliff dengan gadget , di usia dia .. berapa eh ? Rasa aku sejak dia selalu aku bawak ke rumah orang tua aku. Dalam kereta aku pasangkan video supaya dia tak boring dan menganggu tumpuan aku ketika memandu.

Ramai kata jangan ajar anak anak main dengan gadget ! Nanti perkembangan mereka terbantut atau banyak kesan buruk ! Hurmmm.. Yeke ?

Bagi aku la kan.. Kesilapan utama ialah menjadikan gadget tu sebagai alat mainan anak anak kita ! Kita perlu tau bila perlunya mereka bermain denga gadget ni.. Bukan 24 jam berkepit jer..

Macam Qhaliff  sekarang ni.. walaupun dah kenal handphone tu apa tapi dia tetap bermain dengan permainan dia. Handphone tu , bila dia boring sangat sangat , baru dia layan. Tu pun kejap jer.. Selebihnya dia main game pendidikan dalam tu.. Aku try gak install game game yang kanak kanak biasa suka main tapi tak mencuit hatinya pun..

Menariknya kan.. Dia selalu layan youtube bahasa jepun dan bahasa asing. Sewaktu di Legoland ari tu , bila terdengar pelancong berbual dalam bahasa Jepun , dia pon sibuk la nak membalasnya ! Kenapa ?? Sebab dia tau dan kenal !

Bila keluar jenjalan , dia nampak huruf huruf besar di tepi jalan atau shopping mall , dia akan sebut.. Semua tu dia belajar melalui gadget dan jugak bapak dia ni .. termasuk mak dia la.. hehehe..

Gadget bagi aku .. adalah alat bantu mengajar di zaman ini.. Jangan salahkan gadget sama sekali ! Sebaiknya kenalkan mereka di usia kecil supaya bila masuk taska ( yang ada belajar komputer ) mereka dah tau apa nak kena buat !

Dan Qhaliff tetap memilih permainan dia berbanding telefon pintar yang harganya .. hurmm.. Dia pilih telefon sebab nak call orang pastu berbual .. Telefon pintar ? Tuu.. nampak kat kaki dia tu ?

image

Ada ke tak de ke ? Dia tak kisah .. Tab dia dah rosak .. Tenang je pon.. Tak kisah takde ..  Yang pasti bila jumpa sepupu atau rakan sebaya , dia sibuk nak gi ajak bermain !

Segalanya terletak pada kita sendiri ! Jangan membeku dalam rumah jer ..

Dah mula nak bergambar !

 

Selfie ? Ini gambar pertama dia yang dia sendiri amik..

image

Dan setiap kali selepas gambar dia diambil , dia akan sibuk nak tengok semula gambar dia tadi tu.. Kalau kita ketawa , dia pon ketawa.. Dia ketawa sebab ajuk kita ! Bukan sebab dia paham .. Iskkhhhh..

image

Sekarang ni , youtube dia tak pandang dah sangat..Bila amik handphone , dia akan main kamera ! Huhuhu.. Bahaya tul.. Nasib baik tak reti nak upload gambar lagi.. Kalau reti , mau dia amik gambar aku tengah tidur berdengkur tu haaa ! Adehh..

Budak sekarang cepat belajar atau memang dari dulu dah gitu.. Otak mereka seperti kain putih kan.. Kita yang mencorakkan mereka ..

Anak dara daddy demam ..

 

Hurmm.. tak cukup rehat kot ? Seharian digomol. Pastu berjalan sana sini.. Tenaga ciput lagi.. Tidur tak cukup.. Atau dia nak dapat kaki ? Baru beberapa hari pandai merangkak , dah nak berjalan ! Sibuk berpaut pada sofa untuk berdiri dan cuba nak berjalan sedikit sedikit !

image

Semalam badan dia panas. Dia tak merengek pon.Main cam biasa. Tuam badan dia ngan air sejuk pun takde la macam abang dia yang abis berkuntau tak kasi sebab sejuk.. Hhuhuh..

Dan dalam kul 3-4 pagi tu , suhu badan dah ok. Pagi ni , bangun tidur .. tercari cari mak dia .. Hurmm.. manja ngan mak !

Aku , kena urus semua ! Keje banyak ni.. Semua lom settle.. hurm..

Perokok sememangnya pentingkan diri sendiri !

 

Bukan semua ? Hurmm.. Yeke ? Hurmm.. Hanya perokok saja boleh tahu samada mereka itu jenis pentingkan diri atau ambil berat pasal orang lain.

Nak dijadikan cerita laa.. semalam aku sekeluarga singgah makan kat satu restoran yang berhampiran rumah aku. Tempat ni bagi aku ok sangat la.. Harga murah dan sedap.

Cari tempat meja kosong.. Jumpa tapi wife ajak tukar ! Aku tahu sebab apa.. Aku plan nak gi tegur je sebab macam orang dungu je sikap dia ! Merokok di tempat tak sepatutnya ! Dah la dia duduk kat tengah tengah.. Rasa rasa asap gi mana ? Hurmm..

Dia merokok sambil tengok rancangan Mentor. Hembus nafas dan abu rokoknya di buang ke lantai ! Hurmm.. apa punya manusia laaaa ! Macam tak de otak !

Selepas dia abis merokok.. Di sebelah meja dia , sekumpulan budak muda.. ada pulak yang merokok secara terbuka ! Dilepaskan je asap ke udara tanpa rasa bersalah sama sekali ! Di sekeliling tu ramai je datang makan ! Hurmm ..

image

Aku rasa la .. kerajaan patut ketat dan beratkan lagi hukuman buat perokok yang merokok di tempat awam ni ..bukan sekadar tempat tertentu termasuk jugak di Parlimen ! Huuuh ..

image

Kalau boleh laa kan .. Pemilik restoran pon letak la tanda ‘ Dilarang Merokok’ ! JAngan la dok kira untung jer ! Haihhh.. Aparaaaaa !! Nak kaya , biar la berkat skit ! Iskhhh..

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI