Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 28 Januari 2015

Setiausaha sulit BENASHAARI.COM

 

Kali pertama aku bawak dia gi meeting di usia 3 tahun. Aku berani bawak setelah tengok respon dia dengan orang ramai yang semakin ..berhemah ? Hehehehe..

Dan dia mmg bersopan santun dan cuma sesekali keluar perangai yang bikin mata aku terjojol…

Lokasi : Pejabat Cosmoderm Subang Jaya.

image

Selesai makan.. meeting bermula ! Dia amik tempat sebelah aku. Siap kertas dan pensil gitu..

image image image

Bermula jam 11 pagi.. Qhaliff mula mula menulis. Pastu melukis diikuti dengan main air milo dia  dan seterusnya gi kacau awek awek dalam tu !

Lama sangat meeting..akhirnya dia mintak aku tidurkan dia .. Hehehe.. Letak kat sofa jer dan terus selamat !

image

Dan meeting tamat dengan comey sekali ! Terima kasih Cosmoderm atas kepercayaan !

Azam baru , semangat lama !

 

image

Nak jogging , payah ! Nak tak nak , bergoyang laa guna ni menda alah ni.. Ada yang tanya , ok ke ni ? Bagi aku laa kan .. menda ni ibarat kardio je la.. kasi keluar peluh .. tapi untuk jadi fit tu tak de laa ..

Aku terpaksa mula semula dari bawah untuk kembalikan kesadoan badan dan juga stamina .. Dah jatuh teruk ni.. Huhuhuh.. Untuk sarapan pagi .. aku amik kembali ..

image

Harap-harap aku dapat kembali seperti dulu sebelum dilantik jadi duta.. Er ,duta ???

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI