Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 29 Januari 2015

Apabila si bapa ajar anak kecilnya memandu !

 

Hurmm..

“ Daddy , nak ‘busss’ .. “.

Aku tak paham maksud Qhaliff.  Aku try jawab ..

“ Ok.. “.

Terus dia ke riba aku yang mana ketika tu aku sedang memandu kereta. Cepat cepat aku suruh dia duduk kembali ke tempat asal dia.. Hurmmm .. Tu rupanya..

Bila sampai ke kawasan perumahan aku dan waktu pun ketika tu dah lewat malam.. Baru aku ajak dia duduk di riba aku. Rasanya dia dah lama teringin sebab dok memandang je kita kan ? Budak ni penuh tanda tanya..

Betul.. perbuatan ni merbahaya sangat ! Jangan dibuat atau galakkan anak anak ! Tapi ramai je parents buat kan ? Kekadang puas larang.. meraung dalam kereta .. Sakit kepala woo dengar ! Akhirnya , mengalah ..

Owh.. gambar bawah ni , kereta tak bergerak yer.. Sekadar gambar hiasan.. hehehe ..

image

Mana nak beli minyak Pati Batook Ori ?

 

image

Setelah dua hari Zahra tak berak.. malam tadi , dalam kereta dia berak kaw kaw baunya.. Aku pelik gak kenapa dia leh berak dalam kereta.. Biasanya kat rumah je baru berak..

Dan pagi tadi , mak aku tanya aku..

“ Zahra berak tak semalam ? “ .

Aku jawab je la yer .. Mak aku kata , dia sapu minyak Batook Ori yang aku sendiri bagi kat dia.. Minyak tu aku beli kat Pati Batook Ori yang mana agennya bekerja di Kementerian Kewangan. Maka dekat ngan aku dah.. Booking dan sampai masa gi amik jer.. Senang.. Diorang pon ada agen di tempat lain. Kalau nak jadi agen pon ok jer..

Sambung cerita.. Selepas tu mak aku kata Zahra kentot kentot terus.. Dan nak dijadikan cerita , bukan berlaku pada Zahra jer.. Ramai kawan kawan yang dah beli minyak ni akui keberkesanannya .. Alhamdulillah..

Aku pun pakai kalau kaki atau tangan lenguh. Lepas bangun tidur , memang lega.. Ada kawan tanya.. bau dia camana ? Baunya relaks jer.. Budak confirm suka !

Untuk kembung kembung perut , memang sesuai.. Tapi kalau kembung sebab ‘perbuatan’ laki sendiri  tu , tak pernah try lagi la.. heehhe..

Salahkah si suami bawa telefon ke tandas ?

 

Dalam kepala.. Mesti ada skandal la tuuuu ! Ahaa.. kan ? Dah tu , apasal nak bawak masuk phone lak dalam tandas kan ? Ha.. Tinggalkan je la kat luar tu.. huhhh !

image

Hehehe.. Ok la tu.. Banyak kes gitu kan ? Tapi ada beberapa kes terpencil betapa pentingnya membawa telefon ke dalam bilik air ni ! Haa.. Contohnya terjadi pada aku sendiri laa.. Aku dah standby dah masa tu ! Hehehehe..

Apa kes ? Hurm.. Kes tergelincir sewaktu keluar dari tandas ! Hurmm.. Ada dua kes yang aku dengar sendiri dari mangsa dan juga cerita atas cerita ..

Pertama .. Terjadi pada kenalan aku sendiri.. Sewaktu tu dia keseorangan di rumah.. Dia baru lepas mandi.. keluar dari bilik air pastu tergelincir ! Terus tak boleh bangun ! Nasib baik ada telefon di tangan dia masa tu ! Bayangkan kalau takde ?

Yang kedua .. Kawan aku cerita la.. kawan dia tergelincir lalu kepala kena sinki. Berdarah koooo ! Dan dia bernasib baik sebab dok pegang phone ! Dia terus call kawan dia mintak cepat cepat datang rumah. Pastu terus pengsan ! Hurmm..

Curang ? Hehehehe .. Apa gila nak curang call awek dari dalam tandas ! Tak romantik tul !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI