Selasa, 3 Februari 2015

Taman Beijing di Putrajaya ?

 

Secara tak sengaja.. ternampak taman ni kat Presint 4 , Putrajaya. Wife pon bersuara ..

“ Aik.. Taman apa ni bang ? “.

Ok.. tu secara halus kata-katanya .. Disebalik kata-katanya itu , bermaksud ..

“ Bang , jom singgah sini !  “. Kaannn.. Orang perempuan memang gituu , kaannn ! Aku takde masalah. Aku memang sukaa .. hehehe .. Best best ! Tengok jam .. dah hampir 630 petang. Ada setengah jam jalan jalan..

“ Eh , bang.. ni la taman Beijing yang diorang dok kecoh kecoh di FB tuuu .. “.  Kata wife lagi.. Memang feveret aku la tempat tempat gini.. hehe..

imageimageimageimageimageimageimage

Ok gak tempat ni kalau nak berfotografi.. Lain skit panoramanya.. Dan yang sedang hangat bercinta .. pe lagi ! Maii la siniii !!

Selamatkan diri dari nyamuk !

 

Semalam , ke Farm In The City. Wajib bawa selain bawa duit dan anak , bawak menda di dalam gambar di bawah ni ! Ahaaaa ! Wajib bawak kerana kita akan masuk ke kawasan yang menarik tetapi perlu awasi si ‘Dracula Kecil’ ni ! Hurmm..

image

Mak aku sapukan pada Qhaliff dan cucu yang lain ! Tapi mak aku terlupa sapu kaki dia dan kesannya ? Kaki dia dalam masa tak sampai 10 minit , dah tergaru garu ! Bila aku check , memang kena gigit nyamuk TETAPI bahagian yang mak aku letak losyen tu , takde disinggahi nyamuk ! Hehehehe ..

Bapak aku sendiri pelik nape tak rasa ada nyamuk sama sekali ! Hurmm.. Aku bagitau dia yang aku bubuh losyen ni.. memang berbaloi katanya !

Alhamdulillah.. Perlu cegah sebelum parah , kan ? Hehehe..

image

Teddy Bear pertama Zahra !

 

Kelmarin pergi Mothercare Bangsar Shopping Centre.. Dan wife hadiahkan anak patung pada Zahra ! Yeahhhh… dah besar dah diaaa !

image imageimage

Dan dia suka ! Hurm.. Anak perempuan memang automatik suka anak patung ke ???

Lagi sekali di rancangan ASSALAMUALAIKUM !

 

Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar tadi di Tv Al Hijrah. Aku ‘beraksi’ pon dengan tenang memandangkan ni bukan kali pertama aku mengadap kamera. Hehehehe..

Kali ke 2 di sini dan ke 6 kot untuk muncul di kaca tv .. Sat nak kira.. Mula mula .. Nona , Wanita Hari Ini , Salam Muslim , Gen Y , Safiyya dan Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. laku gak aku .. heee..

Semalam , sekali lagi dipanggil untuk isu Suamiku Suri Rumah. Topik biasa tapi masih luar biasa ! Hehehe.. Kan ? Masih ramai memandang serong terhadap lelaki yang menjadi suri rumah ! Terus terang , aku tak salah mereka yang memandang serong terhadap lelaki yang jadi suri rumah kerana apa ? Kerana ada yang jadi suri rumah , memang jadi suri rumah betul ! Takde income langsung ! Segalanya di tangan si isteri sampaikan rokok pon suruh isteri belikan ! Hurmm..

image

Suka sebenarnya aku ditemubual di sini kerana soalannya mencabar dan spontan ! Aku tak diberi taklimat atau soalan bocor pon. Segalanya di tanya masa tu gak .. Rasanya kalau blogger lom berpengalaman , leh berpeluh gak la .. melainkan dia dah biasa la dengan menda menda gini..

Apa pun , jutaan terima kasih buat Tv AlHijrah atas jemputan serta rakan rakan di media sosial yang menyokong tanpa henti , rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari dan blogger yang mengenali diri ini .. dan tak lupa isteri tercinta yang kejutkan bangun tidur serta teman gi shopping beli pakaian untuk gi temubual tu.. hehehe ..

Tunggu lak kemunculan aku di Berita Harian lak yer.. heheh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI