Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 4 Februari 2015

Bersantai di sofa baru !

 

Perghh.. Toto boleh simpan dah ! Hahahahah .. Kat sofa baru leh lepak baring bermain dengan anak.. Takut jatuh ? Hati hati la bila bermain kan ? Kat mana mana pon kena hati hati.. Jangan leka dan lalai.. InshaAllah ..

image image

Bila malam menjelma.. Si Zahra akan tidur dengan ibunya di dalam bilik manakala aku kena biasakan Qhaliff tidur berasingan. Dan rasanya dah tiba masa untuk bercerai susu..

image

Elok je dia tidur.. Tak jatuh pun.. Luas ! Dia pun lena jer kat sini.. Takde nak terjaga jaga .. Hahaha .. Pasni leh cari katil dah untuk Qhaliff.. hehehe ..

Bila si abang cuba bocorkan rahsia..

 

image

image

image

Stroller Bugaboo terbaru yang menawan jiwa !

 

Wow ! Terliur jap tengok stroller stroller terbaru keluaran Bugaboo di Mothercare Bangsar Shopping Center baru baru ini. Walaupun harganya mahal tapi bagi aku la kan , mereka yang berkemampuan stroller keluaran Bugaboo ni memang patut dimiliki andai punya anak kecil !

image

Kenapa aku kata patut dimiliki ? Hurmm .. Aku sendiri pakai satu dan ternyata ianya mudah sangat untuk mengendalikannya ! Keselesaan dan paling penting , mudah nak mengusungnya ke sana sini.. hehehe..

image

Antara yang terbaru ialah ..

Bugaboo Donkey : Sesuai untuk mereka yang ada anak kembar atau anak kecil yang jaraknya dekat.. Cam Qhaliff dan Zahra la .. Mudah untuk dikendalikan dan menariknya , mudah untuk disimpan dan dibawa travel ke mana saja.. Antara yang gunakannya ialah Irma Hasmie.

Klik SINI untuk info selanjutnya.

image

image

Bugaboo Cameleon : Ini kalau anak sorang , memang best ! Smart , moden dan pelbagai cara nak guna ! Waranti 3 tahun yer.. Hehehe.. Tahan lama kalau reti nak guna laa.. hehee..

Untuk info selanjutnya, klik SINI.

image

image image

image image

 

Bubagoo Buffaloo : Ini kalau nak masuk hutan , nak cross country , bersalji ke .. hahaha .. sesuai ! Memang dibina untuk tahan lasak. Camana punya ‘kasar’ penggunaan , terutama mereka yang tak ‘lembut orangnya ‘ , yang ni memang sesuai !

Nak tau dengan lebih lanjut , seperti biasa .. klik SINI.

image

imageimage

image  image

 

Kalau anda berkemampuan dan tercari stroller untuk simanja anda , aku cadangkan cuba Bugaboo.. Ketahanan , kelasakan antara faktor yang patut difikirkan..

Aku ada beli satu yang biasa biasa , tapi .. hurmm.. Pakai jap jer rosak ! Pastu dah kena beli lagi.. Yang buat stress tu , rosak di tempat tak sepatutnya pulak tu.. Haishhh !

Tak mampu ? Hurmm.. Tapi nak jugak ? Hehehe.. Sila rujuk Mothercare berhampiran anda ..

Bila si abang pujuk si adik !

 

Terharu tengok sikap Qhaliff sekarang. Sayang sungguh dia ngan adik dia ni !

Ada sekali tu , dia tidur ngan adik dia dalam bilik. Aku ada kat ruang tamu.. Zahra terjaga pastu menangis. Qhaliff yang sedang lena .. terus terjaga dan datang kepada aku untuk bagitau yang Zahra sedang nangis.. Hahahah.. Selagi aku tak bangun gi amik Zahra , dia berdiri depan aku.. sambil gosok mata ! Hahaha ..

Dan petang semalam.. Zahra menangis sebab wife tinggalkan dia .. dia ke dapur jap. Zahra ni bila mak dia ada , manja lebih ! Dan Qhaliff datang memujuk !

image

image

Hurmm.. Dan mula dah nak cium pipi adik dia sekarang ni.. Dulu tak nak ! Hurmmm.. dah jadi along ..

image

Semalam dia tinggal sepetang di rumah nenek dia .. Siap amik phone , call ‘ Yaya’ .. Hahahaah .. Dia rindu kat Zahra .. Masa gi amik dia , terus dia cium Zahra dulu.. Hurmmm…

Besar dah ..

Inspirasi aku dulu dan sekarang !

 

Setiap manusia pasti akan ada inspirasi untuk maju ke hadapan.. kan ? Apakah inspirasi korang ? Aku ? Hurmm.. Inspirasi aku dulu dan sekarang ialah ayah aku !

Kenapa ayah aku ? Hurmm.. Sejak kecil lagi aku lihat ayah aku bekerja siang malam hanya untuk meningkatkan ekonomi keluarga dia. Siang kerja lain , malam  buat kerja lain..

Hinggalah satu hari , dia amik keputusan untuk berhenti kerja dan mulakan bisnes dia sendiri iaitu perkhidmatan bas sekolah. Dengan cara ini dia sendiri hantar anak anaknya ke sekolah. Di sebelah malam , dia bawak teksi .. Aku lihat dia bekerja tanpa henti. Hasilnya , anak anaknya sambung belajar tanpa berhutang sesen pon !! Hasil dari pengorbanan dia ..

Dan terus terang , semangat dia itulah yang aku amik sekarang ni untuk membesarkan anak anak aku. Aku berhenti bekerja dengan orang dan buat perniagaan yang lama dah aku inginkan iaitu menulis blog !

Syukur pada Tuhan , aku berjaya sekarang ! Dan perlu terus bekerja keras untuk memastikan keluarga aku dalam keadaan serba lengkap. Jadikan inspirasi untuk terus berjaya dan berjaya !

Dan DIGI kembali di media social dengan berkongsikan inspirasi inspirasi mereka yang telah berjaya kepada masyarakat juga aku ! Jom baca inspirasi mereka di Twitter dan Facebook dengan follow #digiLetsInspire ini.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI