Isnin, 9 Februari 2015

Projek bersama Riezman Khuzaimi

 

Alhamdulillah.. Projek terbaru aku bersama Kelab Blogger Ben Ashaari dengan Riezman Khuzaimi , inshaAllah akan jadi kenyataan.. Setelah 2 kali meeting , nampaknya bro Riezman bersetuju menggunakan blogger #kelabbloggerbenashaari untuk memasarkan produk mereka melalui media sosial. Satu lagi kejayaan yang .. hurmm .. Heeehehe.. Terima kasih blogger #KBBA !

Riezman Khuzaimi.. pelakon tak perlu lagi aku kenalkan …sudah punya banyak produk dan juga cafe makanan. Satu perkembangan yang sihat  dimana dia ingin kongsikan pengalaman bisnes bersama rakan artis dan juga mereka yang tercari cari kerja termasuk juga penganggur yg berminat untuk memulakan bisnis mereka sendiri  !

Ini bukan MLM yer.. Tak menjanjikan kekayaan jika tiada usaha dari diri sendiri !

image

Banyak ilmu yang dia kongsikan tadi selepas tamat perbincangan. Berbual santai kami di mana dia menceritakan bagaimana saat mula mula naik dan cara dia naik tu , sama seperti yang aku pernah buat bersama rakan rakan blogger yang lain ! Network !

Menariknya dia turut bercerita rahsia rahsia dunia lakonan dan byk lagi la.. Dia turut bercerita tentang filem baru yang akan keluar nanti.. JENGKA yang diarahkan oleh Aziz M. Osman. Huuhhhu.. Cerita pasal apa ? Jeng jeng jeng.. Tu biarlah diorang cerita sendiri nanti.. hehee..

image

Apa pun tahniah buat rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari atas usaha berterusan memajukan diri sendiri dan juga KELAB BLOGGER BEN ASHARI ..

Satu lagi pencapaian di luar jangkaan .. Dulu , kena gelak je kan ? Sama macam bro Riezman… Sekarang , baru orang nampak.. Segalanya kena ada perancangan dan tahu hala tuju setiap langkah kehidupan ni..

Perhatikan anak kita !

 

image

Aku baca di Utusan Online. Aku tak nak salahkan sesiapa pon kat sini sebab aku takde kat situ. Jadi , aku tak tau cerita sebenar. Tapi yang pasti aku tau camana perangai anak anak kita yang dah ‘ada kaki’ ni !

Berlaku pada aku tapi aku memang alert dah pon.. Aku tau dia pasti akan buat gitu sebab , dulu aku kecik kecik pun akan buat gitu gak ! Turun dari kereta .. sepatutnya masuk ke rumah tapi bila nampak mak atau ayah yang masih dalam kereta mengerakkan kereta , dengan pantas berlari depan dan menahan kereta ! Bayangkan kalau si pemandu tak perasan atau leka bermain telefon pintar ???

Jika Qhaliff buat gitu , aku berhenti jauh dari dia .. Kena bagitau diri sendiri.. Jangan percaya pada kaki atau kereta ! Sebaiknya amik tindakan , berhentikan kereta dan gi amik anak dan masukkan dalam rumah.. Kunci pintu baru kembali ubah kereta !

Hurmm.. Malang tak berbau.. Kemalangan boleh berlaku di mana mana tanpa kita rancang.. Aku ada dua anak.. Sorang makin lasak.. Sorang lagi , tak leh baca perangainya lagi ! Hurmm..

Moga Allah lindungi anak anak kita dan takziah buat keluarga mangsa ..

Breakfast , lunch dan dinner di Delifrance !

 

Dulu aku memang suka beli roti di Delifrance. Memang sedap belaka la roti roti yang dijual kat situ. Siap tapau untuk mak aku. Kemudian , aku lama dah tak singgah makan kat Delifrance. Hehehe.. Lama gakk ..

Dan hari ni , aku bersama rakan rakan Kelab Blogger Ben Ashaari telah memenuhi undangan pihak Delifrance Malaysia untuk mencuba beberapa resepi baru di premis mereka , di Mid Valley.

Mulakan dengan menu untuk breakfast atau sarapan pagi. Hehehe.. Kalau nak rasa ala ala Eropah bersarapan pagi , leh la makan kat sini ! Hahahaha ..

Tapi serius.. sedap !

image

Bagi aku ,breakfast di Delifrance ni ala ala jer.. Tak de la nak berat sangat.. takde la ringan sangat ! Tengah tengah gituuuu.. Hehehee.. Janji kenyang yang tidak terlampauan gituuu.. kan kan ? Semua ang ada di dalam menu tu memang sedap ! Rotinya  tak keras pon .. berbeza seperti di Paris gitu.. Keras koooo ! Aku pun takut nak makan roti sewaktu berada di sana..

image

Kalau tak nak roti , boleh cuba makanan lain lak.. Mana tau kot rasa tak kenyang kan ? Bagi aku , menu sarapan pagi di Delifrance ni memang menepati tekak aku dan rakan rakan blogger yang lain ! Semua teruja je makan .. Huhuhh..

imageimageimage

Selepas mencuba beberapa menu untuk sarapan pagi , kami semua beralih arah untuk cuba makan tengahari dan malam lak.. Hehehe.. Yang ni boleh tahan gak berat.. tapi tak la berat macam makan nasi kandar tu haa.. hehehe ..

Ok , aku syorkan .. er , ok … semua ! Hahahaha.. Semua sedap.. Antara pilihan yang ada untuk makan tengahari dan malam ialah MeatBall Pasta , Spicy  Fish dihidangkan dengan nasi , Grilled Chicken Leg with Mushroom Sauce dan Provencal Lamb Shoulder. Yummyyyyy !!!

image

Harga ? Mahal ke ???

image

Murah kan ? Ahhaaaa.. Memang diaorang kata harga ni ikut kemampuan rakyat Malaysia la.. Serius memang murah la nak dibandingkan dengan restoran makanan barat yang lain .. Murah dan sedap ! Tu penting ..

Ok… dan tak lama lagi , akan ada menu baru lagi.. hehehe .. Menu hybrid kata mereka.. hehee.. Beef Crois-Bread

image

Dan satu lagi , Chicken Crois Bread. Sedappp !

image

Macam aku kata tadi , kesemua menu yang ditunjukkan di atas ni korang boleh dapatkan di mana mana cawangan Delifrance di Malaysia ni .. Yessszaaa ! Pasti korang akan ulang datang sebab memang sedap punya !

DSC04806

Semua kekenyangan.. Memang berbaloi makan di Delifrance. Kenyang tapi tak rasa bersalah sebab makanan mereka bukanlah makanan yang ‘over’ .. Simple tapi padat ! Haaaa … Kan kan ?

image

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Delifrance , boleh ke ..

Delifrance MalaysiaDelifranceMY

BON APPETITE !!

Kan lebih baik bunuh saja anak itu !

 

Dari menyiksa mereka dengan asap rokok mu itu ! Geram betul aku ! Bayangkan , dah set tempat duduk nak makan .. tetiba asap rokok menyelebungi aku sekeluarga ! Yang bagusnya , si perokok tu merokok depan anak anak perempuan dia yang asyik bermain di restoran tu..

Wife kemas meja dan pindah ke meja sebelah ! Aku dok pikir ayat camana nak menegur mereka.Salah tegur , boleh jadi isu lain lak ! Hurmm.. Walhal kita nak tegur menda betul pon..

Kawan kawan aku yang merokok sedang membaca blog aku ni .. Aku merayu la kat korang semua.. Kalau boleh , gi la jauh sedikit bila nak merokok tu ! Jangan la nyalakan api rokok korang tu dalam restoran tu gak ! Walaupun takde tanda larangan merokok , sila la guna akal tu sekejap..

image

Mungkin kita sudah puas dengan kehidupan kita ni.. Tapi kasihankanlah anak anak kita yang baru nak merasai kenikmatan dunia ni. Apa lagi yang kita nak tinggalkan pada mereka selain dunia yang semakin uzur ni ? Sana sini dengan asap yang membunuh mereka ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI