Selasa, 10 Februari 2015

Bila malam menjelang !

 

Abang nak makan apa ? “ ..

Aduh.. pening.. nak makan pun payah ! Dah tak tau nak makan apa .. Hurmm…

Sayang teringin makan apa selain makan abang ? “ . Biasanya memang gini ayat ayat suami isteri .. Yang belum suami isteri , jangan tergedik nak guna yer ..

Auww.. terima satu cubitan ! Nasib baik doktor suruh jarakkan setahun atau dua tahunn.. Kalau tak , InshaAllah Zahra dapat adik awal .. Hahahaha .. Rileks.. bukan cerita lucah yer ..

Inilah persoalan setiap malam yang akan ditanya oleh kami berdua. Aku kesian kat wife .. tak nak dia masak.. Dia tak kisah . Aku nak masak , tapi risau nanti hari hari dia suruh aku masak sebab aku masak memang sedap ! Haaaa..Ok tak alasan ?

Dan jawapannya.. selang seli la .. Semalam makan luar .. Makan di luar yer.. bukan makan luar yer !

image

Mee goreng kambing mamak ! Restoran mamak ni dia memang Islam. Tutup kul 12 , buka lepas subuh. Jumaat tutup. Pastu tempat masak dia , kat tempat leh nampak.. Bukan kat belakang nun… Ahaaa..  Lokasi ? Dekat rumah aku jer.. hehehe ..

image

Malam ni wife masak .. Keow Teow Kungfu !  Feveret gue ! Heheheeh.. Sedap tak ? Gila nak kata tak sedap ? Memang ini yang pertama dah terakhir la makan masakan si isteri kalau kata tak sedap dan pasti akan hari hari makan luar !

Tapi ikhlas laa.. sedap ! Aku tambah 2 kali wooo.. Kalau aku tak tambah , takde dah orang nak makan ! Nak tak nak , kena makan.. elakkan pembaziran !

Serius , memang sedap ! Bukan jaga hati !! Jap lagi kena jalan kaki gi KLCC .. nak bakar kalori ! Adeh.. Makin boroi gue ..

Si abang dah ada teman bermain !

 

Hahaha… mengekek adik dia ketawa ! Pastu beria la nak memanjat ! Perghh.. jatuh kalu , satu taman leh dengar nangis . Nak tak nak kena ubah tempat permainan .. main atas carpet je.. Tebal skit port nak jatuh !

Seronok tengok Qhaliff ada kawan cuma masalahnya Qhaliff ni agak kedekut berkongsi mainan dia ! Tapi pada awal je la.. lama lama tu dia bagi gak ! Saja nak bagitau tu hak dia ! Hurmm

image

Tapi masalahnya skang ni… 90% mainan adalah lelaki punya ! Dah tak pasal pasal Zahra berebut pedang dan senapang ! Adehhh .. Hurm.. OK gak kan ? Leh daddy join sekali main perang perang dalam rumah cumaaa sekarang ni , daddy sakit belakang ! Huhuhuh.. tak leh nak bermain sangat !

Er , bila keluar rumah.. sihat lak ! Takde sakit pinggang  la pulak.. hahaha …

Lasak sangat bermain !

 

Tau tau , pipi calar ! Bila tanya.. kuar bahasa Jerman. Tanya sepupu dia , jawapan tak logik ! Memasing risau kena marah ngan aku ! Hahahaha ..

image

Stress betul tengok calar balar ni.. Lasak benar bermain ! Si adik pun sama gak ! Biar je badan kena gigit nyamuk ! Aku pulak leh lupa letak losyen Magic dari Cosmoderm tu. Kalau letak , ada gak la pelindung .. InshaAllah..

Tapi kerisauan aku terus hilang bila wife ceritakan sesuatu pada aku. Maka , dalam hidup ni … kita kena senantiasa bersyukur ! Jangan cepat nak melatah jer .. kan kan ?

Mula berebut mainan !

 

Zahra dah mula sibuk berdiri.. Bertateh pon dah boleh.. Dan sekarang , dah nak berebut mainan abang dia ! Pantang abang dia pegang , dia merangkak datang .. panjat badan dan nak amik mainan Qhaliff !

image

Dia berusaha keras nak dapatkan mainan dan si abang sabar jer menyorokkan mainan tu ! Muka selamba jer.. Bagusnya takde la dia nak tolak adiknya tu.. Masih ada toleransi.. Alhamdulillah.. Risau gak kalau dia tolak kan ?

Zahra ni bukan jenis reti mengalah.. Kalau dia nak dapatkan , dia dapatkan. Kalah dah dapat , dia genggam kuat kuat.. Ni kang kalau bercinta.. gulp !

“ Tak kira daddy.. Zahra nak jugaaaakkkk ! “.

Ok.. mimpi ngeri !

“ Qhaliff , cari lelaki tu.. Bawak sini.. Daddy nak interview ! Huhhh.. Nak sangat anak aku ehhhh .. “.

Ok.. over giler angan kosong aku ! Harapnya tak jadi la gituu !! Si abang ada , moga dapat jaga dan lindungi adik perempuannya.. Aaminn ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI