Rabu, 11 Februari 2015

Dah mula nak belajar..

 

Tiap kali ke rumah nenek dia , dia akan beria nak gi ikut sama sepupu dia yang berusia 5 tahun dan 7 tahun gi mengaji di rumah jiran.. Bila balik rumah , sepupu dia gi sekolah .. dia sibuk keluarkan buku Iqra dan rehal.. ulang balik apa yang dia dengar tadi.. Alhamdulillah.. Telinga lintah dia ni ..

image

Di rumah , wife dah mula ajar skit skit.. Mak dia ajar , dia dengar.. Ngan daddy dia , cuma tempat nak ajak berlawan jer.. Tapi siang hari , dia akan amik buku abjab dan bagi pada aku.. Ajak membaca sama..

Hantar gi taska ? Awal lagi.. Umur pon tak jejak 3 tahun lagi.. Nanti la.. kasi dia teman Zahra dulu.. Zahra pon nampak pantas membesar. Nak ikut abang dia.. Ni pon dah mula berdiri.. Usia 9 tahun. Ajak bertateh , dah ok dah..

Pasni , jenuh aku mengejar dua dua .. Daddy dah la tak berapa fit skang ni.. Huhuhuh..

Kasut PUMA khas CNY 2015 !

 

Sempena Tahun Baru Cina 2015 , PUMA telah mengeluarkan kasut sukan khas yang cukup menarik jiwa ! Huhuh.. Smart kalau pakai ngan jeans ni .. hehehe ..

image

Tahun ni giliran Kambing lak .. Design kasut dan logo dicipta khas untuk pencinta PUMA .. Dulu aku suka PUMA ! Hehehe.. skang mampu tengok je la.. hahaha ..

Ok .. Dua design untuk mereka yang aktif dan berjiwa muda.. cam aku la tuuu ! Lalalaala .. TX-3 dan Cabana Racer.

Yang ni , PUMA Cabana Racer

PUMA - Cabana Racer - C (Strong Blue)PUMA - Cabana Racer - B (Marigold)

PUMA TX – 3 lak yang bawah ni ..

 

PUMA - TX-3 - C (Fern Green)PUMA - TX-3 - B (Red)

Dan design khas kali ni ..

PUMA - TX-3 - F (Red) PUMA - TX-3 - D (Red)

Nanti nak usha kat Alamanda. Sana ada butik PUMA. Nak test selesa atau tidak ..

Untuk maklumat lanjut , sila ke http://www.puma.com.

Jamu Seri Pengantin : TERINGIN NAK MENIMANG CAHAYA MATA ?

 

Berilah yang TERBAIK DIMATA SUAMI dari luaran hingga dalaman, JSP MENANGANI masalah bahagian rahsia dan bahagian lain menjadi lebih MANTAP.

Testimoni Puan Hajah :

" Selepas mengamalkan JSP ini, Alhamdulillah saya lekat lagi, sebelum lekat suami ada cakap ketat macam baru-baru dulu.. hehe, lain lain bahagian juga mantap "

Rujuk lain2 testimoni lagi.

PicsArt_1422922471300

PicsArt_1423357638558

received_654278571361777.jpeg_20150118002556199

MUDAH & JIMAT

  • Jamu Seri Pengantin mampu mengubahnya hanya 1 BIJI 1 HARI sahaja selepas makan.
  • Jimat RATUSAN RINGGIT tak perlu beli jamu-jamu/produk yang mahal atau yang hanya merawat 1-3 masalah sahaja.

BERMINAT ?
↘↘↘↘
LIKE PAGE :
http://bit.ly/1G32bH0 &

PM KAMI:
http://on.fb.me/1G32aTx

Video lucu vs Video anak !

 

Kekadangkan , aku sendiri pelik.. Takkan diorang lebih suka tengok video anak aku berbanding video lucu di Facebook aku ni ? Hurmm.. Sama gak bila aku tengok jumlah view entri di blog aku. Cerita anak aku lebih jadi tarikan berbanding cerita cerita lain terutama .. cerita aku ! Grrrr …

image

378 views dan cuma 34 Likes jer .. Hurmm.. Biar benar ??

Video Zahra  ???

image

Video Zahra yang aku post kemudian dari video lucu tu.. Hurmm.. 553 views dan 150 Likes ! Apakah rakan rakan di FB lebih gemar melihat anak anak kecik dari .. hurm..

Ok.. cuba video aku lak.. Lalalaaaa …

image

Owh.. malas nak kata apa la kan ? Lalalalaaaa … Er , lalalalaaa..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI