Khamis, 12 Februari 2015

Cuci muka sebelum tidur !

 

Udara persekitaran kita makin kotor ! Dengan asap kereta .. asap rokok dan macam macam lagi asap ! Hurmmm .. Kesannya ? Muka jadi gatal ! Bila gatal , mulalah nak garu .. Haishhh !

Sekarang , masalah aku selesai ! Aku guna je kedua dua produk ni terlebih dahulu .. kasi cuci muka kaw kaw punyaaa ! Gerenti puashati !

image

Pastu baru guna ni ! Hehehe.. Barulah muka rasa lembut jer ! Tetiba rasa pipi diri sendiri cam pipi baby ! Lembut jer ! Auwwww !! Hahahaha …

image

Mana nak dapat ? Gi ke ke www.cosmoderm.com.my ! Beli online atau ke Guardian.. InshaAllah ada..

Beginilah setiap malam !

 

Abang long akan tewas dahulu. Dan Zahra , tenang sehingga jam melebihi pukul 12 tengah malam ! Mata ibu , dah mula membengkak.. Hahahaha .. Menahan sabar jer ..

image

Nak tidurkan Zahra , payah sikit sebab sebelah siang dia dah recharge tenaga dia kaw kaw punya ! Nak tak nak kena biarkan dia tidur sebab siang aku kekadang keluar gi meeting dan aku mintak orang tua aku tolong jagakan. Huhuhuh.. Dan Zahra memang rapat ngan nenek dia ! Pantang nampak.. Hurmm..

Malam menjelma ? Hurmm.. Sengih minah ni ! Huhhh…

Budak memang suka meraung bila nangis ke ?

 

Ke dia ikut orang ? Terutamanya rakan rakan atau mereka yang kerap jumpa ? Hurmmm..

Sekarang ni , Qhaliff memang cukup suka menangis dengan cara gitu ! Sememangnya dia berjaya buat daddy dia geram kat dia ! Grrrr ! Rasa macam nak gigit je dia ! Huhhhhh..

image

Dulu bila dengar anak orang menangis meraung raung , pastinya aku akan berkata ..

“ Nape la tak turut je kehendak anak dia tu.. kan senang .. “.

Sekarang , aku dah tau jawapanya ! Bagi muka , silap besar laaa ! Memang dia akan buat lagi ! Kena reverse psikologi ngan budak budak ni ! Dan kena banyakkan bersabar.. Terus terang , kekadang aku pon hilang sabar gak.. Hahahaha ..

Job gempak pembuka 2015 !

 

Alhamdulillah.. Semakin hari semakin diterima blog aku ni walaupun penulisannya banyak berkisarkan anak anak dan diri sendiri. Ada gak la pasal lain tapi sesekali je la.. Hehehe..

Tahun 2014 , job paling gempak ialah ke AirBus di Perancis. Dan tahun ni , pembukanya memang best ! Cosmoderm , MotherCare dan yang terbaru ialah Toyota Vios 2 ! Tiga impian yang menjadi kenyataan untuk tahun 2015 dan banyak lagi yang mendatang..

image

Alhamdulillah.. Tamak tamoooo yer ! Kerja mau cun.. On time ! Jaga nama baik. Nanti orang tak percaya , payahhh ! Kan kan ?

Gara-Gara Semalam ‘Merah’ !

 

Bang , bangun bang ! Dah 6 lebih dah !!  . Kang merah lagi ! Tak larat la asyik merah jer.. “. Wife bebel dah…

 

Adehhh ! Ngantuknyaaa .. Terus pengsan rupanya aku semalam selepas siap buat kerja aku.. Haih , hari hari cam ni leh kurus aku dibuatnya ! Lari sana sini setiap pagi.. hurmmmm ..

Aku bangun , cari seluar jeans aku.. Hurmm.. Berkedut ! Sempat ke nak keluar sebelum 630 pagi ni ! Adoiyai.. Nasib  baik ada Vios tu.. Conifirm leh pecut 160kmsj punyaaa ! Kalau Livina tu , dah slow dah.. Maklumlah , dah cecah 80 ribu km.. Huhuhu..

Siap iron seluar , iron baju. Pastu mandi ala ala P.Ramlee sebab dah lewat. Aku cuma ada 6 minit untuk siapkan segalanya ! Dan tadaaaaa ..siap !

Amik wudhu , solat subuh.. Pastu bukak pintu rumah.. hidupkan enjin dan masukkan semua barang barang dalam kereta. Wife dah siap.. bawak keluar Zahra.. Aku masuk kembali dalam rumah untuk amik Qhaliff.. Waahh..nyenyak tidur diaaa .. Sian dia ! Hari hari ganggu tidur dia ..

Siap semua ! Masuk dalam kereta.. duduk.. Tiba-tiba wife tanya …

Bang , cuba tengok jam. Pukul berapa ni ? “ .

Ah sudahhhh.. takkan dah kul 7 lebih.. Tengok kereta jiran jiran masih ada di porch memasing .. Kemudian aku tengok jam..

image

5.40 pagi !!!!!!!

Aku tengok wife , kecik besar kecik besar ! Dia ketawa berdekah dekah sampai keluar air mata dia ! Grrrrr….. Aku nak berak pon tak sempat gara gara dia punya nak kejar punch card !!!!

Peneman daddy ke mana saja !

 

Hurm… Muhammad Qhaliff Iman.. Macam tak percaya je tengok dia sekarang .. Dari sebesar tapak tangan , didukung ke mana saja .. merangkak … bertateh.. pastu sibuk nak berjalan dan seterusnya berlari !

Bila dah berlari , boleh dah bawak ikut daddy ke mana saja. Dan pagi tadi , aku bawak dia ikut aku ke UMW Toyota di Subang Jaya. Bagus dia .. cuma awal tu , geram gak sebab dia nak ikut turun ibu dia setibanya di pejabat ! Tak bagi turun , dia meraung .. Bila bagi , dah kena jalan perlahan lahan.. Dah tak pasal pasal , punch merah ! Huhuh.. Siann..

Bawak gi lepak dulu.. sebelum gi makan kat tempat feveret kami sekeluarga .. hehehe .. Barulah dia tenang ! Kalau tak.. asyik nak merengek jer.. huhuhu..

image

Dalam perjalanan ke sana , dia tidur dalam kereta. Mengantuk sangat la tu .. Bila tiba , orang yang bertanggungjawab untuk serahkan kereta pada aku , tak sampai lagi.. Ah , sudah !  Jenuh nak tunggu lama kat sini dengan nak layan karenah Qhaliff yang suka buat aksi aksi ‘akrobatik tak menjadi ‘ di tempat awam.. huhuu..

Akhirnya jumpa jugak apa yang dia suka.. PC !Aku pasangkan youtube UPIN IPIN , terus diam kat situ .. Fuh , legaaa ..

image

Tak lama kemudian , ‘ orang tu ‘ tiba .. Kunci aku amik , Qhaliff dan aku jadi perasminya ! Jeng jeng jeng .. Suka Qhaliff ! Hahahaha …

image

Suka suka sukaaa dia ! Dapat naik kereta yang ada skrin besar ! Huhuhuh.. Jawabnya aku kena beli skrin lcd la pasni ! Hurmmm… Memang pon plan gitu..

Dan tugas terakhir sebagai peneman daddy ialah.. Hehehhe ..

image

Hehehe.. Ingat ikut free je ke ?? Ada kerja menanti yer sayangkuuu !

Berbaloinya bila bikin blog !

 

“ Anda ditawarkan ke London bersama bla bla bla… “ .

Terkejut beruk kawan tu ! Kawan tu ialah jiran aku yang mana aku meracunnya untuk membuat blog bagi menambahkan pendapatan sampingan dan akhirnya , blog adalah hobinya.. Bukan lagi untuk mendapatkan pendapatan !  Dan akhirnya memberikan pulangan lumayan setelah dia ikhlas dan berdisiplin mengupdate blog ! Satu pencapaian di luar jangkaan !

“ Eleehhh.. Gi London je pon ! “. Pasti ada yang kata gitu punya .. Tau dahhh .. Tapi bayangkan dia ke London atas tiket syarikat penerbangan terkenal di dunia dan diminta untuk cover aktiviti yang mana ianya berkaita rapat dengan minatnya ! Perghhhh !! Gilaaa laaa !!

Begitu juga seorang lagi rakan blogger yang terpampang wajah dan anaknya di dalam majalah yang terkenal di Malaysia ! Yang mana dia tak pernah jangka atau mimpi sama sekali untuk berada di dalam majalah tersebut !

Berbaloi bukan ? Serius berbaloi !! Tapi pastikan anda ada tujuan untuk bikin blog ! Kalau tak tau hala tuju , sila semak dengan hati anda .. Moga tak tersalah arah seperti .. dok memaki hamun blogger .. mengumpat atau mengeji orang yang anda tak kenal sama sekali pon !

Dan satu lagi.. Serius aku cakap laaaa.. Dulu aku pon rasa gitu.. Dalam dunia maya ni , anda perlukan NETWORK untuk pergi lebih jauh.

Sekian. Selamat berblog. Moga anda juga berpeluang ke luar negara .. Aku rasa dahhhh .. Lalalala …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI