Sabtu, 14 Februari 2015

“ Jangan tampal cool fever di dahi anak anda ! “

 

 

Lama dah aku dengar info ni hinggalah aku upload gambar Zahra di bawah ni  di Instagram , dan ada rakan bagi nasihat. Maka aku seperti biasa .. takkan nak percaya terus kan ? Kena cari bukti sahih.. Setelah berpengalaman dalam dunia maya termoden ini .. aku google cari jawapan ! Apakah , mengapakah dan siapakah ?

image

Maka aku jumpa satu jawapan menarik !

image

Bukan apa… aku bawak Zahra ke Klinik Mediviron pon doktor bagi cool fever ni dan tiada pantang larang diberikan ! Hurmmm.. Satu pesan doktor .. jangan paksa anak makan .. Bagi minum air dengan kerap.. Yelah , orang demam.. mana ada selera nak makan.. kan kan ?

Alhamdulillah.. demam Zahra dah mula kebah. Dia pon dah mula nak main dan senyum setelah tidur berjam jam lamanya ..

Doktor pesan .. tidur dengan pasang kipas.. Kipas yer.. bukan aircond ! Doktor la yang pesan gitu..

Aku ada berpuluh ribu ‘pengikut’ di dunia maya !

 

Aku terfikir.. Bukan soalnya bagus atau tidak tapi soalnya , apa gunaya ada ramai tapi yang benar benar ikhlas ?

image

Aku bukanlah persoalkan sesiapa cuma terfikir je la.. Kalau aku terlantar di hospital , sapa antara puluhan ribu itu akan datang ziarah ? Tapi bila aku ‘bersuara’ di media sosial , ramai je LIKE dan sokong ..

Tertanya jugak… apakah aku sebenarnya keseorangan di dunia ini ? Hurmm.. Aku tak salahkan sesiapa di sini.. melainkan diri sendiri yang mencari jalan ini..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI