Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 16 Februari 2015

Aku kembali ceria update blog !

 

Tahu tak , aku semakin hilang mood nak update blog ! Bukan sebab takde idea tapi aku tak boleh duduk lama kat satu satu tempat ! Bila nak kembali berdiri , adoiyaiii .. sakitnya belakang ! 

Nasib baik laaa seorang rakan blogger #kelabbloggerbenashaari  offer aku satu pakaian .. kira satu set la.. hehehe .. Aku pun angguk je laa .. Orang nak tolong kan ? Terima kasih Junn .. Dia jual macam macam !! Aaaaa.. leh godek nanti kat blog dia yer !

image

Ok.. dia kasi apa ? Hurmmm.. ZIRANA , Bamboocharcoal Man 3 in 1 suit ! Haaaaa…. Aku dapat je , terus bukak dan pakai ! Sakit belakang sangat ok !!

image

Dan .. dann.. alhamdulillah ! Lega sedikit ! Kalau aku kata hilang terus tu , tipu la kan ! Baru pakaj seminit dua je pon ! Tapi ada la kesan dari takde kan ?

Ok… sewaktu menaip entri ni , aku tetap pakai ! Takde rasa sakit dah !  Dan kesan sakit tu makin hilang skit skit.. Lega rasanyaa.. ! Ni gara gara berhenti bersenam la ni ! Hurm.. Kena start balik bersenam dan kembali jaga pemakanan terutamanya pengambilan makanan tambahan seperti kalsium untuk jaga tulang belakang.. huhu… Er , seluar belum pakai.. Hehehee..

Untuk yg berminat nak tengok apa si Junn ni jual , boleh la ke blognya .. www.junnoutlet.blogspot.com

Bila sakit kepala menyerang , MRS penyelamat !

 

Teringat pada kata kata rakan yang bagi serum MRS ni .. “ Kalau sakit kepala, try sapu kat kepala pastu urut .. Tengok la nanti kesannya ! “.

Dan kebetulan aku sakit sangat kepala tadi masa nak solat Maghrib. Terus teringat serum MRS yang aku letak dalam bilik air.. Amik skit terus sapu kat kepala.. Dan ? Lepas solat.. terus update dalam blog !! Tak sakit dah kepala.. Terasa berangin jer kepala ! Hahahah.. Nak ajak tengok wayang pon boleh je nihh !

image

Rupanya terbukti laaa… Bukan sekadar nak lebatkan rambut eh ? Hilangkan sakit kepala pon boleh ! Nanti nak jalan jauh ( balik kampung ) , aku kena standby dalam kereta.. Mana tau aku yang mudah mengantuk skang ni , pakai MRS ni.. urut skit kepala ! Haaa.. Mau cergas aku memandu nanti !

Bila lelaki bershopping !

 

“ Nak kasut gi event atau santai santai laa .. “. Bisik hati aku selepas keluar dari Klinik Mediviron. Dan wife boleh pulak masuk ke butik Clark ! Perghh…

Aku pon join sama.. Tengok kiri kanan.. ternampak apa yang aku cari selama ni.. Cerita banyak takde .. Try pastu mintak size .. Selamat sambar sepasang terus..

image

Wife aku lama dah nak beli kasut kerja jenama Clark.. Sebulan dah ! Tengok kat online.. tengok kat kedai.. Tak jumpa apa dia nak ! Tak jumpa maka tak beli ! Lelaki ? Tak jumpa , maka cari yang lain jer laa.. Apa nak pening pening .. kan ?

Bila jumpa.. beli la lagi kan ????

Meniru sangat daddy dia atau ?

 

Berusaha dia merampas cermin mata yang sedang aku pakai. Automatik aku teringat saat saat aku kecik dulu.. Aku pun ada buat gitu gak pada bapak aku. Teringin sangat nak pakai spek. Nampak kacak gitu ! Heheeh. Namun bapak aku tak galakkan .. Sayangnya aku rosak mata sebab gemar membaca dalam gelap …guna torch light ! Huhuhu..

Dia pakai pastu suruh amik gambar ! Pastu nak tengok gambar dia semula .. huhuhuh.. Sengih ! Huhhh.. Dah pandai melaram.. Bukan spek je skang ni.. jam aku pun dia mintak nak pakai ! Hurmm..

image

Tapi bila beli kat dia , dia tak nak pon.. Saja nak amik apa yang bapak dia pakai.. Taksub ? Hahahaha .. Banyak la taksubnya .. Anak memang teruja melihat apa yang dibuat bapaknya. Idola la katakan.. hehehe… Sebab tu bapak kena tunjuk contoh yang baik kat anak.. kan kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI