Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 18 Februari 2015

Bila batuk menjadi jadi !

 

Dengar berita padi tadi di Sinar.FM. Doktor nasihatkan banyakkan minum air memandangkan cuaca sekarang panas. Ada yang demam dan ada yang batuk.. Er , macam nak bagitau kat aku jer tuuuu !

Aku , bila batuk .. memang terasa laa sampai ke pinggang ! Sakit giler.. Awal pagi tadi , try minum madu dan Alhamdulillah.. Terus kahak hilang.. tapi batuk lom reda.. Hurmm.. Dalam kepala , nak gi klinik di Cheras je nanti..

Sampai di rumah mak aku , batuk menjadi jadi lak.. Bapak aku pun batuk.. Anak buah aku pun batuk ! Aiseymm.. Tetiba teringat ..

image

Kelmarin aku sapu kat hidung aku sebab selsema teruk.. Dengan izin Allah , lega skit pastu.. leh la bernafas dengan tenang.. Kali ni , aku sapu ke dada aku dan batuk aku terus reda ! Huihhhh !! Awat laaa baru aku teringat ni ??? Hurmmm…

Terus aku cari ayah aku.. sapukan sedikit ke dada dia .. Huhuh… Ramai kawan kawan blogger yang beli dah Pati Batook Ori ni.. Dan repeat order termasuk buat stok ! Aku tak jual yer.. Kalau nak beli , boleh rujuk terus ke fan page PATI BATOOK ORI ..

Awam vs Swasta !

 

Hurmm .. Panas eh isu ni ? Ada bagusnya jugak sebab ramai bukak mata disamping tuding menuding.. Yer , seperti biasa dan aku tak berminat nak menuding sapa bagus sapa tidak .. Bagi aku , sapa tau tugas dan tanggungjawabnya , maka dia tau apa perlu dibuat.. Antara ikhlas atau tidak jer .

Ok.. Aku cerita sedikit pengalaman ciput aku sewaktu bekerja di 4 buah syarikat swasta.. Pertama sekali.. di KL MUTUAL FUND .. Tahun 1996 gitu.. Sebuah syarikat unit trust milik Public Mutual ( Public Bank ) kalau tak silap aku.. Lama dah tu.. Lepas SPM. Kerja kat situ sebagai Data Entry.  Masuk kul 9 pagi , abis kul 10 malam termasuk overtime ! Masyuk giler koooo !!! Gaji mesti dapat cecah RM1K ! Tapi kerja , takleh main main ! Ngadap kerja jer ! Sehingga abis waktu barulah leh rehat .. atau pada waktu lunch ! Perghhh.. Legaa gitu !

Tertarik dengan satu bilik khas yang menempatkan pegawai pegawai IT , aku sering tertanya mengenai kecanggihan komputer. Bagaimana dan macamana komputer tu boleh beroperasi ? Lalu aku berenti kerja dan sambung belajar ! Amik computer sains gitu haaa..

Abis belajar , aku dapat kerja di sebuah syarikat multimedia di Jalan Ampang. Gaji ? Perghhh.. Sedap giler kooo… Muda muda dah pegang gaji besar.. Enjoy tak hengat.. tapi bagi orang tua tetap bagi.. Enjoy lebih pada beli pakaian mahal mahal laa.. Ala , takat Levi’s , Guess gitu je la pon.. Tu pon dah kira gempak zaman tu.. hehehe.. Handphone , takat ke dinding setiap kali gaduh ngan awek.. biasa dahh ! Huhuhu.. Bodoh tak bertempat maknanya tu..

Kerja , tak kira masa.. Masuk pagi.. malam balik ! Ada juga .. masuk pagi , esok baru balik ! Kerja multimedia.. Post aku masa tu , Computer Programmer.. Maka kena la standby dengan budak budak grafik dan animasi 3D.

Best part kan , aku tak stress cuma kepenatan je sebab tidur tak tentu tempat.. Seronok gitu ! Ramai geng sekepala.. Boss pon best ! Tak kedekut..

Malangnya tahun 1998 , ekonomi meleset.. ramai kehilangan kerja.. company bankrupt.. gaji tak berbayar , Epf potong tapi tak masuk ! Hurmm.. Terpaksa cari kerja lain ..

Alhamdulillah.. aku dapat kerja di Desa Melawati. Seronok awalnya. Dengarnya bos bagi bonus berbulan bulan jika pendapatan capai sasaran ! Berkobar kegembiraan gitu haa.. hehehe ..

Pon sama gak.. Kerja siang malam.. Maklumlah melibatkan server , IT dan sebagainya. Tidur kat opis tu , selalu sangat laaa.. Hurmm.. Akhirnya , aku berenti kerja gak sebab reputasi merosot.. Banyak sangat main ! Hurm.. salah sendiri !

Kemudian , aku menganggur bertahun lamanya. Aku memang plan nak berehat setahun. Terlalu penat kerja sebelum sebelum tu ! Dah tak larat tengok komputer. Akibat terlalu lama berehat , nak cari kerja pun dah payah !

Ok.. ni pengalaman kerja swasta. Bagi aku , bergantung pada pemilik syarikat tu. Kena yang best , best laa jawabnya ! Kena yang tak best , masak laa ! Kena fikir , sampai bila nak duduk situ.. apakah sampai mati nak jadi khadam kat situ ?? Asal boleh hidup ? Apakah hidup untuk jadi khadam diorang ?

Maka aku cari hala tuju hidup aku.. Aku dapat masuk ke induksi inspektor polis di Pulapol. Di sini , minda aku terbuka. Bergaul dengan abang abang senior yang sememangnya mereka ni polis membuatkan aku rasa bidang ni bukanlah sesuai untuk aku sama sekali ! Aku nekad untuk tarik diri dan mohon pada Allah beri petunjuk. Dan esoknya , aku direject sebab berkaca mata ! Huhuhuh.. Kebetulan pulak aku gatal nak pakai spek walhal tahu tak leh pakai spek .. Tak kisah laa..

Tak lama kemudian , kawan aku aka jiran aku , offer kerja di sebagai guru sandaran di sebuah sekolah rendah. Seronok woiiii ! Impian aku tuu.. nak jadi cikgu ! Hahahaha.. Sekejap pon sekejap laaa ! Mana tau ditawar masuk maktab.. Mak bapak tumpang bangga gituu !

Dari sini , aku dapat penyakit pertama aku.. hahahaha .. Tekanan Darah Tinggi yang melampau atau Hypertension ! Dalam seminggu , aku mesti MC sehari ! Hari hari mesti picit kepala dan leher ! Dan setiap kali loceng terakhir berbunyi , Ya Allah.. leganyaaa !! Baru aku tahu kerja guru ni bukanlah mudah ! Banyak guru curi tulang sebab mereka tertekan ! Kerja nampak skit tapi berlambak ! Nak tanda buku.. Nak buat buku rekod. Kertas ujian. Ko Kurikulum la.. Cara untuk release tension , layan ping pong lepas kelas atau lepak minum sampai ke Maghrib ! Hurmmm..

2 tahun bergelar guru sandaran .. aku kutip pelbagai pengalaman hidup ! Perangai ibu bapa yang banyak duit , bila mengadu ke guru besar .. confirm kita kena marah balik gara gara rotan anak dia yang serupa .. hurmmm.. Ikut nasihat guru senior..

Wei Sal , hang tak payah la ngajar bersungguh ! Depa anak orang kaya. Malam depa pi tuisyen. Hang masuk , ajar .. pastu keluar ! Dah settle kerja hang. Tak payah bersungguh aihhh .. Nanti hang gak stress .. Bukan guru besar nak backup hang pon.. “.

Mati terus semangat aku nak masuk maktab ! Dan rezeki aku untuk lompat kerja di depan mata.. Jiran aku offer kerja di Kementerian Kewangan ! Wowwwww  ! Gila kauuu !! Sememangnya impian aku nak bekerja di Putrajaya ! Tempat paling gah di Malaysia ! Perghhh..

Tak sampai 6 bulan aku disini tapi aku dapat macam macam info dan memahami karenah penjawat awam yang sering diuar uarkan di media yang mengatakan ramai penjawat awam ni gemar curik tulang ! Hurmmm..

Duduk dalam kementerian besar gini ada macam ada kasta ! Pegawai sama pegawai .. sokongan sama sokongan ! Takleh join kata mereka untuk elakkan orang bawahan pijak kepala , kata seorang kawan aku ! Terkedu aku ! Takkan kott ???

Dan setelah beberapa bulan , aku nampak la apa yang dikatakan tu ada benarnya. Tapi bukanlah semua pegawai tu bersikap gitu ! Ada yang bagus .. Tak sombong.. Melayan orang bawah dengan baik sekali.. Aku bernasib baik la masa tu berbadan sado dan kacak. Auw.. Hahahaha .. Maka pegawai perempuan yang muda muda ni layan elok la skit .. haahhaha.. Perasan..

Ok.. Kerja ? Hurmm.. Ada yang rajin sangat tapi macam biasa la .. Rajin camana pon , sapa nampak ? Yang malas , memang ada.. Asyik nak hilang jer..

Pernah aku tanya pada staff senior kenapa budaya gini boleh wujud di kementerian yang gempak gini ? Katanya tekanan kerja.. Nampak kerja mudah tapi mereka bukanlah kena buat satu kerja jer.. Macam macam kerja kena buat tapi gaji , ciput ! Kerja jauh dari rumah.. Transport .. kena naik bas atau ERL. Tambang mahal.. Sampai rumah dah lewat.. Keluar kena awal ! Hurmmm .. Semua ni membuatkan mereka keletihan menghadapi hari hari mendatang !

Benar.. bukanlah satu alasan ! Tapi jangan sembang jer lebih .. Gi la try kerja ! Baru tau.. Takat dengar cerita .. takat baca paper.. boleh laa.. Gi rasa dulu..

Ulang alik Cheras- Putrajaya  setiap hari memang penat ! Nasib baik ada jiran aku yang kerja di sana dengan menaiki kereta. Gi sendiri .. balik tumpang dia ! Tujuan balik tumpang tu sebab nak gi gym awal.. Hehehe.. Release tensen  !

Kerja aku kat sana tak teruk pon.. Aku kontrak. Kena hantar file.. Gaji ? RM600 sebulan ! Basic. Kalau ada OT , leh dapat RM800 ! Tu dah kira banyak giler !!! Syukur Alhamdulillah.. Untuk pengetahuan , setiap hari aku gi kerja dengan bekal roti 50 sen dan air mineral ! Bila orang tanya , aku cakap aku diet ! Walhal .. aku takde duit .. hurmm..

Sesekali berborak dengan kengkawan dalam tu.. Mereka terpaksa cari side income. Bukanlah mereka enjoy tapi desakan hidup membuatkan mereka cari pendapatan sampingan ! Sapa nak kan ? Hurmm..

Beberapa bulan kemudian , aku dapat kerja baru di Kementerian Pelancongan.. Malaysia My Second Home. Pun sebagai kakitangan kontrak ! Masa interview , aku cerita pengalaman lepas aku .. Dan post aku ialah IT .. Aku kena jaga IT .. Buat database , sistem file.. Tapi gaji aku , RM750 ! Tak kisah laa.. Aku cuma perlu naik LRT jer.Kos pengangkutan , baru RM60 sebulan ! Jimat banyak tuuuu !! Syukur sangat sangat ..

Walaupun aku punya kerja melibatkan IT , tapi bos mintak aku jaga kaunter ! Layan foreigner yang datang dan bertanyakan mengenai program MM2H ! Amik kaauuu !! Tak pasal pasal aku dah cakap ala ala Braveheart gitu !!

Bukan senang kawan.. kena yang bagus , bagus laa.. Kena yang macam poyo , siap ugut nak report menteri la .. Perdana menteri laaa ! Bukan tak pernah naik nama aku ke pejabat menteri tapi nasib baik bos aku baik sangat orangnya.. Dia la tolong coverkan !

Berkat kerajinan.. aku ditawarkan kontrak khas ! Disinilah aku mula bernafas.. Gaji besar tapi tak kaya laa.. Boleh bagi orang tua , beli baju baru tiap bulan tu.. biasa la.. Belanja kawan kawan makan.. tu selamba ! Hidup jangan kedekut .

Tapi kerja ? Perghhhh .. pecah kepalaaa ! Aku jaga IT , aku gi meeting , aku buat kerja kerani , aku angkat barang , aku g jaga booth.. jaga kaunter ! Kerja sampai lewat malam ! Gembira tapi stress ! Dan dalam seminggu , aku akan amik mc sehari ! Sakit kepala ..

Kerja nampak relaks .. tapi ? Ada kalanya aku tergaru kepala bila turunnya arahan dari pejabat Menteri.. macam tak masuk akal pun ada tapi apa nak buat ? Arahan tetap arahan.. ikut jer laaaa ! Stress okkkk !

6 tahun kerja .. akhirnya big boss tanya satu soalan maut kat aku ..

“ Ben , bila u nak berenti kerja ? “ . Kawan , aku tak pernah merasa sebarang anugerah ( best sebab dapat bonus ) ..akhirnya ditanya soalan gitu..

Aku senyum jer.. Aku memang dah plan nak berenti sebab blog aku dah mula dikenali ramai. Aku dah sediakan payung sebab dah jangka satu hari nanti , aku takkan diperlukan lagi.. Berkhidmat la camana pun , kalau tak reti kipas lipas.. maka tunggu masa je la nak kena tendang keluar .. seperti rakan kontrak yang lain !

Aku tak salahkan mereka pon .. Gitulah kehidupan ! Nak maju di Malaysia ni , bukan kena keja keras tapi kena pandai ngampu ! Jangan tipu la kawan.. Itulah hakikat sebenarnya ..

Dan akhirnya Qhaliff muncul dalam perut wife aku , aku nekad untuk ‘bersara’ dari jadi kuli orang ! Cukuplah .. aku tak larat dah nak kejar punch card.. nak angguk kepala walaupun sebenarnya kena geleng kepala.. tak sanggup dah kawan..

Aku bergelar blogger sepenuh masa.. Aku bos , akulah kuli .. Ibarat berniaga juga .. Hati ada gembira walaupun penat.. Takde sapa mau marah !! Lagi ada dengki , ada laaa .. huhuhuh..

Kesimpulan .. Kerja la apa pun , kalau tak ikhlas .. bagi gaji RM10 juta pon tak gembira ! Kaannn…

Lelaki memang tak ambil kisah sangat ?

 

Anak pakai baju terbalik ? Jawapannya..

“ Alaaa.. ok la tu.. janji pakai ! Dari tak pakai apa apa .. kan ? “.

Bukan semua lelaki ? Kott.. tu pon lepas kena jelingan maut dengan isterinya ! Kan ? Tak eh.. Mungkin aku je la kot.. hahahaha .. Tapi gambar di bawah ni , hasil kreativiti bapak aku aka atuk Zahra..

image

Aku pon tak perasan sehinggalah mak aku bagitau .. hehehehe ..Dan tadi , sama gak laa.. Aku siapkan Zahra dan wife tegur..

“ Rambut Zahra tu.. sikat skit.. “.

Huh… Seksi apa rambut gini ???

image

image

Cun la kan ? Hurmm.. Orang perempuan ni , camana pun nak kena gak selit bunga kat rambut tu haa.. Baru nampak ‘wanita’ .. Hurmm… Yang laki , nak simple jer.. Semak pulak nampak bunga bunga tuuu ! Ingat pasu bunga ke ???

Katakan jika aku tak perasan !

 

“ Mana Qhaliff ? Ah , sudah.. mana pulak dia pergi ! “.

Dan aku kelam kabut mencarinya .. Tu kalau aku dok sibuk main handphone dan tak perasan , anak ajak main sorok sorok dengan kita ! Hurmm..

Aku rasa , majoriti anak anak besar Qhaliff ni akan gemar bermain dengan ibu bapaknya tetapi ibu bapanya ,serius la pulak ! Hahahaha.. Dok sibuk shopping atau layan kawan-kawannya di whatsapp ! Hurmmm.. pengajaran untuk aku jugak !! Jangan sesekali leka dengan anak kecil kita ..

image

Nasib baik aku dok perati je apa Qhaliff buat memandang beberapa minit sebelum ni , dia bantai berlari jauh tinggalkan aku gara gara aku kejar dia ! Dia lari macam lipas kudung.. aku pulak dan sakit belakang.. Tak leh nak kejar sangat .. Hurmm..

Kena bergiat cergas bersukan balik ni…

Pengiklanan produk di earnpages.com

 

image

Sebuah lagi web pengiklanan yang menawarkan ruang pengiklanan buat mereka yang berniaga online mahupun nak pasarkan produk mereka .. apa apa je pon boleh asalkan tak menyalahi undang undang negara kita !

Bagi aku , www.earnpages.com sangat kemas dan teratur. Mudah untuk digunakan dan user friendly. Tu salah satu tarikan kenapa dan mengapa web pengiklanan ni mampu pergi jauh. Loading cepat pon penting tu .. kan ?

 

image_thumb5

 

Kalau korang berminat nak mengiklan atau mengetahui dengan lebih lanjut , boleh terus je hubungi mereka di EarnPages.Com Zinine  Energy ( Branch Puncak Jalil ) atau di 011 6611399  ( Puan Suhaida Bte Meor Azmi ) | 011 16611599 ( Encik Zul ) mahupun 03 8999 6959 ( HQ ) .

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI