Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 20 Februari 2015

Anak nombor 2 , kurang bernasib baik ?

 

Buat pertama kalinya , dua dua anak aku jejakkan kaki di Pulau Pinang. Tanah tumpah darah atuk nenek dia … Gembira ? Terlebih gembira terutama si abang ! Dapat jalan jauh..

image

Dan Zahra lagi sukaa ! Daddy berjauhan dari laptop.. Dapatlah bermanja dengan daddy dia.. kan kan ?

image

Hurm.. payah dia nak bermanja ngan daddy dia sebab abang dia conquer dah bapak dia ni.. Hurmm.. Sian anak no 2 ni kan ? Aku anak no dua.. huu.. tau la camana perasaan tu..

Kekadang rasa cemburu dengan abang dan adik perempuan aku yang mana bapak aku selalu lebihkan diorang ! Huhuh… sedihhh kooo tapi tak pe la.. aku sedar diri !

Tapi rupanya.. ayah aku tak pernah berat sebelah ! Dalam diam dia sebenarnya turunkan pengalaman hidup dia pada diri aku dan sememangnya ianya amat berguna untuk aku dan kawan kawan aku sendiri ..

Tak kira anak no berapa pon sebenarnya yang penting .. jangan lepaskan peluang yang terbentang depan mata !

Sedapnya telur belangkas masak asam !

 

Kali kedua aku makan telur belangkas . Walaupun rupanya agak ‘alien’ , tapi telurnya amat enak sekali untuk di makan beramai ramai ! Hehehee.. Makan , jangan lupa kawan kawan.. kan ?

image

Maaf .. gambar agak kurang menarik sebab sambil makan , kena jaga anak.. dan sambil tu gak dok makan ! Hahahaha.. Tak menahan koooo ..

Kali pertama , pakcik aku tolong buatkan.. Dia bakar ! Tu diaaa.. Berlemak lemak la rasanya.. Pastu yang ni masak asam.. Confirm akan tercari-cari telur yang tertinggal punya gara gara sedap..

Harga? Yang ni baru RM15.. Hehehe..

Paris Penang Cafe !

 

Terletak di Hammer Bay , Pulau Pinang. Chef dia , dari Perancis.. Paris gitu ! Auww.. Rindu Paris jap tapi lepas kawan dia cerita pasal apa dia merantau keluar dari Paris , aku terus .. tak rindu dah ! Hahahah..

Mesti tertanya kan , amenda la ni kan ? Ok.. Ni kira pencuci mulut la selepas bedal seafood kat Hammer Bay ni.. Hehehehhe.. Sedap ok !

imageimageimage image

Rasanya ? Ada aiskrim.. Ada coklat dalam crepe tuu.. Jadi , manis manis la kan ? Hehehehe.. Boleh la layan sesekali ..

Makan sedap di Pulau Pinang : Hammer Bay !

 

image

Perrghhh.. sedap kot cni.. tp mencekik kedarah.. hihi.. sekali sekala xpe kot.. “.

Ok.. ini kali pertama aku makan Hammer Bay.. Tempat makan antara yang top di Pulau Pinang.. Dan aku dibawa oleh sepupu aku makan di Blue Orchid Seafood Station. Katanya harga murah tapi sedap !

image

Ok.. Tengok menu dia sat ..

image imageimage image

Camana ngan masakan dia ? Harga memang leh tahan dah kan ? Bagi aku , masakannya takde sentuhan masakan siam yang popular di negara kita sekarang ni.. Ni kiranya original Malaysia punya resepi la .. hehehe ..

Gambar ? Aku amik tapi tak jadi.. Kalut dengan Qhaliff dok gembira sakan lari sana sini gi tengok ikan dan pelbagai lagi hidupan laut yang diletakkan dalam aquarium.

Nasihat aku.. kalau nak jimat , sila amik set ! Hehehe.. Puas makan wooo ! Tak sedap kalu , boleh panggil bos dan komplen ! Hehehhe.. Aku bukan bos..

Oh ya.. diorang ada terima untuk tempahan catering dan kawin… Mana mana orang penang nak kawin , tak tau nak wat kat mana .. leh je buat kat situ ! Sejuk..dekat dengan laut.. Er , maksud aku .. malam la..

Ada penyamun di Jambatan Pulau Pinang 2 ?

 

Alhamdulillah.. setelah menempuh perjalanan berjam jam lamanya di lebuh raya Utara Selatan , aku sekeluarga tiba di Pulau Pinang tepat jam 3 petang.. Cukup cukup untuk check in.. Booking hotel guna Agoda. Bagus rupanya Agoda ni.. Last minit pon ada bilik lagi.. Antara mahal atau tidak la.. Bagi aku , asal ada dah ! Mahal murah , tu belakang kira. Huuhuh.. Dah niat nak bawak famili bercuti dan aku nak release tension setelah berhempas pulas update blog beberapa bulan kebelakangan ni..

Aku bergerak ikut waze. Aku dah set arah tujuan dan waze mengarahkan aku ikut Jambatan Pulau Pinang 2 atau dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah. Rasanya dulu gelaranya Jambatan Bengkok eh ? Tak silap aku la.. Kalau silap . maafkan kami penunggu gua.. hehehe..

Kali pertama aku guna jambatan ni dan .. tersangatlah lengangnya ! Tak banyak kenderaan yang guna jambatan ni.. hurmmm…

imageimage

image

Dan ada satu komen yang menarik minat aku ..

2nd bridge ni lengang.. org penang habaq banyak kes samun atas bridge tu... “.

Huihhhh.. Yakaaaa ??? Aiseyman.. Tapi rasanya kalau siang dah lengang macam ni , malam apatah lagi kan ? Tapi takkan la penyamun leh lepak atas jambatan ni lak kan ? Ke geng Pirates of Carribeans ? Hurmmm ….

Harapnya jika ada .. mintak la pantauan dari pihak berwajib .. Hurmmm.. Risau pulak zaman ni makin menjadi jadi lak manusia tak kisah dah halal haram.. hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI