Selasa, 24 Februari 2015

Alahai anak dara aku ..

 

image

Dapat rasakan yang Zahra ni bakal jadi anak dara yang pendiam dan garang .. cam mak dia ! Sukar didekati tapi bila dah kenal , rupa rupanyaaaaa .. bleh tahan nakal budak ni  cam bapak dia !

Dia cukup pantang nampak abang dia yang tengah tidur ! Terus gi ganggu abang dia..siap panggil ‘ Bang’ lagi haaa ! Amboiiii .. Kalau tak jaga gak abang dia , dia akan terus jatuhkan badan ke atas  badan abang dia ..

Respon abang dia ? Teruskan tidur ! Hahahaha.. Siang tu tak sangat.. berlaku malam je selalunya. Siang ,Zahra yang dah cecah 9 bulan ni , lebih kerap tidur dari berjaga !!

Hurmm.. Dah boleh adik dah Zahra ni kan ?

Tak ada idea nak masak apa untuk bekal anak-anak ke sekolah?

 

Buku Idea Bekal ke Sekolah dapat membantu anda. Tak perlu pening-pening kepala lagi nak memikirkan nak masak apa pagi-pagi untuk bekal anak-anak. Anak-anak selalunya cepat bosan, kena selalu tukar-tukar menu . Kalau setahun berapa menu yang kena difikirkan?

bukuideabekal2

Mengandungi dua buah buku iaitu Idea Bekal ke Sekolah Menu Asia dan Idea Bekal ke Sekolah Menu Barat. Setiap satu buku mengandungi 44 resepi yang boleh dijadikan menu untuk bekal anak-anak malahan boleh juga dijadikan menu sebagai hidangan dirumah. Buku ini penuh dengan gambar-gambar yang berwarna-warni. Tengok dari luar pun dah tahu.

cover2

Buku ini dihasilkan untuk memudahkan para ibu-ibu untuk menyediakan bekal untuk anak-anak mereka. Penulis mengetengahkan idea menu disamping resepi yang mudah untuk dimasak, berkhasiat dan menepati selera anak-anak. Didalam buku Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia, buku ini ada mengajar tentang bagaimana untuk membuat sos bagi memudah dan menjimatkan masa memasak.

DSC03368buku3

Anda boleh dapatkan buku-buku bekal ini melalui link ini atau beli terus dari penulis. Jika anda inginkan buku anda dibungkus dengan cantik dan ditandatangan oleh penulisnya sendiri SMS/ Whatsapp 01115139882. Boleh juga dijadikan hadiah..sesuai sekali.

Best ke DRAGON BLADE ?

 

Movie khas sempena Tahun Baru Cina lakonan Jacky Chan.. ops.. Datuk Jacky Chan yer.. Ahaaa.. Memang layak dia dapat pon ! Tahniah Datuk.. Ramai tak tau kenapa dia layak dapat.. kan ? Ok , banyakkan research yer..

Ok.. Antara sebab aku nak tengok filem gabungan dua budaya ni , ialah adanya John Cusack dan Adrien Brody. Pelakon Hollywood yang tidak asing lagi.. dan aku kenal dia dari filem Con Air.

Kenapa aku kata DRAGON BLADE ni best ? Tidak seperti filem filem lakonan Jacky Chan yang lain , filem ni memaparkan sejarah yang tidak ramai tau.. ( ke aku je yang tak tau tapi ada gak la aku tengok dokmentari mengenainya tak lama dulu ) , camana ada pengaruh budaya  Rome di satu sudut negara China .. Boleh baca kat SINI.

Maka , filem ini bukanlah sekadar filem saja yer ..

image

Unsur positif dari filem ni memang banyak. Babak ganas tu hanyalah bagi menampakkan ‘real’ agar penonton dapat menghayati babak sedih.. hehehe.. Ada yang nangis wooo tengok ! Aku sebak je la.. Maklumlah , sedih dengan pengkhianat pengkhianat yang kita sangka selama ni dia adalah kawan.. Hurmm..

Berapa bintang ? Aku bagi 4.5 bintang .. dari 5 bintang ! Tontonlah sebelum tamat di panggung.. huhuhuh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI