Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 25 Februari 2015

Bubur ayam untuk si suami ..

 

Takde selera nak makan apa pon ! Tekak tak teringin nak sesuatu yang luar biasa gara gara demam menyerang sekeluarga.. Wife yang masih kental dan sasa , terus berjuang ! Masak untuk si suaminya makan.. Bubur ayam !

Dah siap… Masa untuk makan..

‘ Ok tak bang .. “.

image

“ Nanti abang buat entri review pasal ni .. Nak kena jujur ke ? Ke nak abang tulis baik baik jer.. Tulis untuk jaga hati ? Haaa..  “.

Sedap ke ? Hurmm… Yang pasti aku tambah sepinggan lagi..

3 + 1 budak demam !

 

Sekali lagi , gi Klinik Mediviron. Kali ni , semua demam ! Wife dah mula rasa tak  sedap badan. Aku , memang dah tak sedap badan .. Diorang ? Lama dah tak sedap badan !

image

Nama dipanggil.. Aku ingatkan Qhaliff akan menjerit tak nak masuk tapi dia ok la pulak. Siap sibuk nak tengok apa doktor buat. Doktor lak nasib baik rajin melayan.. Huhuh..

Aku tak duga langsung akan perangai Qhaliff ari ni. Doktor panggi nak check suhu.. cek tekak.. semua dia kasi.. Tak de pon nak teriak bagai cam sebelum sebelum ni ..

Settle.. amik ubat.. Bayar ? Hehehe.. Freee.. Medical card kan addooooo.. tak sia sia amik !

Giliran Qhaliff lak ..

 

Zahra demam minggu lepas.. Selepas balik dari Pulau Pinang , giliran Qhaliff.. Aku , masih lagi demam.. Kepala pun terasa sakit terutama di bahagian kening.. Dapat orang pandai urut , memang lena aku terus dibuatnya !

image

Plan , lusa nak balik Kelantan untuk hadiri majlis perkahwinan sepupu belah wife . Tapi kalau semua demam , nampak gayanya.. terpaksa laaa memasing duduk dalam rumah ! Dengarnya cuaca di Kelantan pon panas terik ! Di KL ni pon aku dah tak tahan.. apa lagi kat sana ? Perghhh ..

image

Hurmm… Cuaca panas ekstrem gini , sebaiknya elakkan anak anak kita bermain di luar.. Banyakkan minum air suam.. Ramai dah mula demam ni terutama anak kecil..

Semoga Allah lindungi kita semua .

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI