Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 26 Februari 2015

Makan sendiri atau hadiahkan saja pada yang tersayang !

 

Baru-baru ni sebelum aku bertolak balik ke Kuala Lumpur , aku sempat jumpa kenalan Facebook yang minta aku buat review mengenai biskut yang dia jual.. Aku terima je la kan.. hehee..

image

Sampai je rumah , Qhaliff mintak nak makan salah satu biskut.. Aku pon bukak je la memandangkan semua dah kelaparan.. termasuk aku ! Maklumlah , tak sempat nak berenti di RnR gara gara lebuhraya sesak luar biasa !

image

Dan aku rasa sebijik.. Hurm.. Sedap la pulak ! Aku bagi wife rasa.. Dia pon kata sedap.. Tanya harga berapa ! Ah , sudahhh… Awal nak booking untuk raya ??? Tak semestinya untuk raya katanya.. Saja nak makan kat opis dan hadiahkan pada kawan kawan dia.. PEREMPUAN ! Huhhh..

Ok.. pastu aku try bukak yang lain .. Yang aku makan memula tu , Black Nutella Bite manakala lagi dua tu , Nestlick Roll dan Mini Semperit ! Kecik size dia.. comel ! Makan pun takde la nak muak..

imageimage

Harga berapa ? Murah je ponnn !  Nak tau lebih lanjut pasal harga dan tempahan , boleh rujuk pada ..

Contact person :
+6 012 - 557 5905 (erna)
+6 012 - 597 6006 (shawal)

Produk2 lain yang ada :
Spaghetti Lasagna
Beef Lasagna
Barley Peanut Candy
Cheezy Kraker
Choc Rugged Cake
Choc Rugged Cheese Cake
Nutella Black Beauty Cake
Homemade Chocolate

 

FB : Sweet Savory by ReeSha | IG : SweetSavoryByReeSha

Ayam Kenny Rogers makin ‘mengecil’ ?

 

Kali pertama aku makan ayam panggang Kenny Rogers , rasanya masa umur 20 an. Masa tu nak besarkan otot otot sedia ada.. Bukan nak SADO ( Besar Do ) tauuu tapi nak sasa jer.. Hahahaha ..

Masa tu kan , ayam ayam yang aku dapat .. memang payah nak abiskan ! Makan suku pun dah termengah ! Tapi biasanya aku amik setengah ekor ! Harganya ? Mampu beli laa..

Sekarang aaa ? Sikalang punya ayam aaa.. amik half , aaaaa .. selupa suku lorrrr ! Tapi harga , sama kot ? Kurang tu tak laa.. Naik tu , tak pasti..

image

Kalau tak mengenang anak mengidam ( coverline.. walhal bapak teringin ), aku tak de deeee nak singgah makan ayam kecik tapi sedap ni ! Grrrrr !

“ Bang, rokok ada ? “

 

image

Semalam , aku gi satu kedai runcit yang berdekatan taman perumahan aku.  Setelah pilih barang apa yang aku nak , aku pon beratur nak bayar..

Tiba-tiba datang dua orang remaja…

“ Bang , rokok ada ? “. Tanya diorang.

“ Takde dik.. Abang tak jual rokok.. “.

Pastu diorang pon keluar dari kedai tu.. Dan aku terkedu.. Waduhhh ! Ada jugak kedai runcit tak jual rokok ? Ke rokok abis ? Tapi kalau abis , takkan cam tu lak jawapan dia kan ?

Hari ni , aku ke kedai tu lagi.. Saja nak beli beberapa barang keperluan.. Dan kali ni aku nak tanya sendiri kat tokey kedai tu.. Tokey kedai ni dah bertukar tangan.. hehehe .. Dulu orang lama.. ni orang muda !

“ Bang , rokok tak jual ke ? “. Soalan aku. Dia pandang aku.. Regular customer aku ni.. hahaha …

“ Tengok gak bang.. Tak semua ada.. Abang hisap rokok apa ? “. Tanya dia ..

“ Eh , tak .. saya tak merokok.. Takde la.. semalam terdengar kata tak jual rokok.. Tu tanya.. Wah , bagus la tak jual rokok.. Saya memang anti rokok ! Hahaha.. “. Jawab aku..

“ Owh.. sebelum nak bukak kedai ni , ayah saya dah tanya.. Nak jual rokok ke ? Dia tak benarkan.. “.

Aku senyum.. Bagus laaa .. Ini membuktikan tanpa jual rokok pon , kedai runcit leh maju !

image

Bila suami demam..

 

Terus terang , tugas menjaga anak kecil di rumah bukanlah mudah seperti yang kita nampak ! Hanya mereka yang penyabar saja mampu tempuhi semua ni.. apatah lagi anak mereka bukan satu dua tapi ramai ! Perghhh.. aku tak leh bayang tahap kesabaran camana..

Nak dijadikan cerita , aku demam tiga hari ni.. Nak tak nak , terpaksa mintak ehsan wife untuk bantu aku mana yang terdaya.. Dan dia membantu 90% dari biasa.. malah dia sendiri dah terlalu kepenatan ..Sian..

image

Aku sakit kepala.. batuk , selsema.. Risau jugak bila dengan cuaca panas terik begini , tekanan darah aku naik tinggi dan ini tak bagus untuk aku.. Huhuh.. Muda muda ada darah tinggi eh ? Zaman ni tak kira dah usia.. kecik kecik pon dah ada kencing manis yer !

Hari ni wife uruskan semua. Aku cuma bantu mana terdaya dan selebihnya , aku pengsan ! Semalam , aku tidur lewat gara gara jaga dua dua anak aku ni yang payah nak tidur sebab selsema dan batuk..

Aku cadangkan wife amik cuti esok dan berehat di rumah.. Aku ke rumah mak aku bersama anak anak.. Dia boleh la rehat di rumah tanpa gangguan.. Baik kan aku ? Heeee..Tapi aku tau , ibu mana nak tinggalkan anak anak kan ? Kalau boleh , biar berkepit 25 jam.. kan kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI