Jumaat, 27 Februari 2015

Penting sangat ke telefon boleh masuk air ?

 

Bagi aku , masuk air ni bukanlah seperti kapal selam atau sebagainya.. tapi memadailah andai terjatuh dalam kolam air atau sinki mahupun lubang jamban , handphone tu masih boleh dipakai seperti sebelumnya ! Tak nak la jadi cam kes aku satu tika dulu tuu haa..

Nokia Lumia 1520 aku , baru seminggu guna .. akhirnya berkubur gara gara anak demam ! Apa kaitan demam dengan handphone aku tu ??

image

Ceritanya begini .. Imbas kembali yer ..

Di sekitar bulan Februari 2014 , selepas subuh ..

“Bang , hp masuk air .. “.

Aku angguk dan sambung tidur… Bangun dari tidur , wife bagitau sekali lagi dan kali ni aku tergamam dan nak tukar jadi hulk .. Tapi selepas dia terangkan apa yang berlaku , aku akur dan maafkan dia ..

Katanya kejadian berlaku ketika dia nak check suhu badan Qhaliff awal pagi tadi .. Yelah , dia pegang badan Qhaliff panas jer.. Selepas check tu , dia letak hp tu sebelah dia .. Tak dia perasan hp tu terjatuh setengah badannya ke dalam bekas berisi air yang digunakan untuk lap badan Qhaliff .. Sehingga pagi tadi dia perasan ..

Nak marah ? Dia dah tolong tengokkan Qhaliff pon dah cukup bagus memandangkan aku dah tak sedar apa sbb terlalu penat dan tidur lewat sbb nak siapkan advertorial.

Bila dah jadi gitu , malas dah nak marah marah.. Cari alternatif.. Antaranya beli baru , antar repair atau guna cara tradisional… Beli baru ? Dia tak nak .. Antar repair ? Ok je.. tapi guna cara tradisional dulu yakni letak dalam beras … Kasi kering .. Bukan sejam dua tapi berhari hari gak laa..

Berjayakah ? Tidak sama sekali.. Antar repair , serupa harga beli baru ! Acaner tu ???

Akhirnya aku mula cari handphone yang tahan lasak termasuk boleh waterproof ! Aku beli Sony Xperia Z2 pada awalnya tapi agak tidak begitu menyakinkan kerana bahagian covernya mudah terkeluar..

Keluarnya Sony Xperia Z3 , aku pantas gi check di butik Sony dan .. Dan , sejak tu wife aku senantiasa berair taik telinganya kerana dok dengar gini..

“ Nak Z3… nak Z3 .. nak Z3 ! “ . Dan aku dapat jugak ! Hahahaha ..

image

Dan aku yakin… hahaha. Jatuh ? Jangan cakap laa.. Dah jatuh dah banyak kali dan sememangnya aku berpuashati !

image

Masuk laut ? Dah kenapa pulak nak bawak gi masuk laut ? Iskh.. memadailah pakai phone di tempat yang sepatutnya kan ? Bagi aku , terselamat dari rosak gara gara jatuh dalam air pon dah bagus kan ? Huhu..

Harapnya Sony Xperia Z4 akan keluar nanti , jauh lebih ok dari Z3 yang dikatakan terbaik di kalangannya .. Eceh..

Bukan sebarang ‘PANAS’ !

 

Selesai solat Jumaat.. Sewaktu perjalanan pulang , sempat aku check suhu .. Aku berdiri betul betul bawah mentari ..

image

Bila berada di kawasan teduh sedikit ..

image

MasyaAllah.. Panas sungguh ! Sewaktu di Pulau Pinang. 34.7 pon aku dah nak pengsan..

image

Yang ada anak bersekolah tu.. galakkan minum banyak air suam terutama yang sibuk berkaktiviti sukan.. Nasihatkan jangan main panas .. Huhuhu.. Galak sangat bermain nanti terlupa dah nak jaga kesihatan..

Hurmm.. moga pihak sekolah pun amik berat jugak la soal ni.. Jangan pandang remeh.. Dah pihak berwajib pon bagitau kepanasan kali ni boleh mengundang maut..

Ni baru panas dunia.. Akhirat ? Neraka ? Astagfirullah al a’zim..

Budak demam tanda nak membesar ?

 

Kurus.. tak lalu nak makan.. Nasib baik nak gak menyusu.. Dah kembali kecil comel jer.. Kalau tak , dah nak sama size abang dia.. Abang dia pon sama gak.. mengecut..

image image

image

Tapi yang pasti la kan , kedua dua dah nampak berbeza sikap dan perangai terutama Qhaliff ! Dah pandai pulak marah sampai tahap mengigil badan ! Mana belajar pon tak tau laaa.. Takkan dia terasa dia ‘bertukar’ kot bila tiap kali marah ? Aiseyman..

Petah berkata.. Dah boleh sebut nama sendiri termasuk nama bapak dia ! Tapi kena ada orang guide la.. Kalau dia nak sebut sendiri , jangan mimpi laaa.. Takkan nak dia ! Kecuali bila terdesak , apa saja boleh berlaku !!

Paling seronok dengar ialah bila aku panggil dia ..

“ Qhaliff Imaannnn….”.

Dan dia menyahut..

“ Yaaa.. “.

Alahai.. lembut jer .. Sejuk rasa usus perut aku ni haaa.. Tu belum mak dia dgr kan ? Mesti sejuk perut ibu mengandung.. Tapi tu time dia mood comel la.. Mood tak comel , sampai kiamat dia wat dek ! Gr…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI