Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 1 Mac 2015

Sesekali ‘membazir’ !

 

Berbaloi ke buang duit beli sesuatu yang mahal ? Ada orang tak sanggup buang duit beli barang seperti jam tangan , telefon pintar , cermin mata hitam dan sebagainya ?

Ok.. bagi aku , aku rela buang duit untuk barang yang aku pakai setiap hari ! Andai kata aku nak buang duit untuk beli sehelai baju tapi harganya beratus ringgit , maaf… aku tak sanggup ! Aku rela pakai baju RM5-10 sehelai .. Sebabnya , baju aku mudah hilang dari radar selepas pakai ! Lepas basuh , payah nak jumpa dah.. Kalau bernasib baik , akan di ulang pakai hingga koyak ! Hahahaha ..

Beli jam ? Ok.. kalau ada duit , atau sememangnya aku minat giler kat jam tu … aku akan dapatkan tapi setelah aku selesai keperluan kewajiban.. Kalau tak mampu , jangan cari pasal berhutang !

Bukanlah nak berlagak.. atau riak ! Ramai je mampu beli lagi mahal.. tapi sesekali bagi aku , apa salahnya ‘reward’ diri sendiri setelah penat bekerja siang malam.. Pakailah sesuatu yang diidamkan andai mampu.. Dengan cara tu , semangat untuk lebih berjaya pasti akan datang..

image

Tak ramai orang sanggup buang duit untuk beli jam. Untuk jam , aku tak suka pakai tiruan. Aku jenis kagum pada penciptaan jam dan rekabentuk ! Tak caya , cuba tengok bagaimana jam jam terbaik dunia dibuat ! Perghhhh… Respek !

Tapi janganlah mahal saja tanpa ada kelebihan , kan ? Hehehe.. InshaAllah.. Apa pun yang penting , jangan lupa menyimpan demi masa depan terutama masa depan anak anak ! Hurmm..

image

Kali pertama aku tengok jam gini , sewaktu ayah aku belikan untuk abang aku. Tertelan air liur tengok.. Harga masa tu beratus ringgit .. Awal tahun 90an.. Hurmm.. Aku nak mintak , tak sampai hati sebab tau kemampuan ayah aku camana..

Bila sendiri dah mampu , jangan kedekut.. kan ? Sesekali.. Buat koleksi ? Aku tak mampu.. Pakai sampai rosak atau hilang .. baru tukar lain.. hehehe..

Nasib baik ada Sony SmartBand !

 

Dua kali tertinggal phone.. Nasib baik laaa ada guna SmartBand dari Sony ni.. Er , dah guna telefon pintar Sony , maka kena guna gadget Sony gak la kan .. hehehe ..

Tiap kali tertinggal , SmartBand yang aku pakai ni akan bergetar.. Andai kata tersalah letak di mana mana dalam rumah atau kawasan berhampiran , kena pulak takde telefon lain .. maka SmartBand pon berguna ketika ni !

image

Lain ? Kalau incoming call .. SmartBand akan bergetar juga ! Alarm ? Pon ada haaa.. Tu belum masuk lagi untuk log segala pergerakkan seharian kita ! Kemana kita pergi.. berapa jauh berjalan.. berlari .. tidur , semua akan direkodkan !

Tapi kalau dapat SmartWatch .. lagi laa sedap ! Hehehe.. Kalau ada duit lebih , boleh laaa sambar.. kan kan ?

image

Setelah seminggu !

 

Alhamdulillah ..

image

Akhirnya Zahra dah dapat tidur malam dengan tenang setelah berhari hari lamanya dia tak dapat nak lena gara gara selsema dan batuk .. Huhhuh..

Bila anak tak dapat tidur , mak ayah pon tak dapat tidur.. Bila tak dapat tidur atau rehat , maka pastinya memasing akan stress mengenangkan esoknya nak kena gi kerja.. kan ?

Bila anak tak sihat , banyak perancangan tergendala.. Nak balik kampung .. dapat jemputan gi sana sini untuk keluarga tapi terpaksa tolak sebab anak tak sihat.. Takde rezeki .. Anak lagi penting , kan ?

Apa pun.. terima kasih pada wife yang bertungkus lumus tanpa henti jaga anak anaknya..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI