Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 2 Mac 2015

Bestnya kita beriadah dikala orang bekerja !

 

Jam 9 pagi.. Selepas makan pagi di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama wife dan Qhaliff , aku merayau bersama Qhaliff sekitar Putrajaya. Dulu , sebelum kehadiran Zahra , rajin aku buat gitu.. Bawak Qhaliff jenjalan.. Hurmm..

image

Bila jenjalan masa gini , rasa seronok.. Orang takde… Bukan tak ramai tapi takde ! Haaha.. Boleh main apa saja tanpa perlu beratur .. kan Qhaliff kan ?

Pastu bawak ke Taman Cabaran . Lama dia tak memanjat kat situ. Aku pon nak tengok perkembangan skill memanjat dia tu..Asyik panjat daddy dia jer .. Huhuh..

Tapi bila sampai sana..

“ Encik..Hari Isnin tutup .. “.

Aiseyman… Sian Qhaliff.. Aku ajak balik.. Dia tak nak.. Sandar ke dinding , muka dilemparkan ke lantai , dimuncungkan mulutnya .. Merajuk ! Alahai.. Daddy kena kuar skill memujuk.. Daddy kalau memujuk , memang cair la.. Tu pasal kuarnya Qhaliff hasil dari pujukan pada maknya dulu.. Awal kawin kan kuat merajuk.. Kena kuat la pujuk.. Terus dapat Qhaliff.. Best kawin kan ? Rugi la mereka asyik dating tapi tak kawin kawin ..

image

Berjaya dipujuk.. Balik terus ke rumah.. Petang nanti main bola eh ?

Susu anak atau susu bapak ?

 

“ Wah , Ben.. Kenapa makin mengecut ? “.

Ok.. soalan menyedihkan tu sebenarnya ! Haahaha.. Terus terang , aku dah sangat sangat kurang menyadokan diri kebelakangan ni sebab menumpukan perhatian pada pembesarkan anak anak terutamanya Zahra. Nasib baik kawin sorang.. Kalau 2 ? Mesti lagi kecut aku kan ?

Ahaaa.. Sebagai seorang bapa , aku kena pikir gak mana satu penting.. Yelah , duit gi gym , beli susu protein tu bukanlah murah ! Mahal ok !! Sekali gi gym , RM5.. Seminggu 5 kali. Sebulan ? Susu , satu botol RM200++ ! Haaaaa.. Duit duit tu leh masuk ke tabung pembelajaran anak anak .

Dari berhenti terus , kan lebih baik kurangkan ? Aku tau.. memang plan gitu.. tapi kena tunggu Zahra besar skit .. Aku pon nak rehatkan badan setelah berbelas tahun dok pikul besi tak bergaji tu haaa.. Kasi otot rehat sebelum mulakan kembali bertugas , dalam masa terdekat !

Aku memang plan nak ke gym balik ni setelah mendapat tahu , lelaki tua semakin menjadi pilihan gadis gads muda ni .. Lalaaaa..

Bila marah , sila ingat ..

 

Bila anak kita dah pandai berjalan,berlari .. maka bersedia untuk BERSABAR dengan tahap 8 petala langit ! Ketika ni ada kalanya tangan kita akan terbabas pada anak kecik kesayangan kita.. Dan malamnya , timbul sejuta sesalan !

Dengan Qhaliff pon aku selalu gitu. Dia memang saja suka buat aku marah ! Aku tahu sangat.. Bila cakap dengan tegas , dia wat bodoh. Takkan ikut kata punya.. Bila cakap dengan penuh kelembutan , baru dia ikut dan bebel.. Huhhhh..

image

Bila amarah aku datang , aku selalu ingat dia dikala dia kecil ..

image

Dialah penghibur aku dikala aku stress.. Kalau dia jatuh sakit , terasa sunyinya rumah tanpa gelak tawa dia.. tanpa suaranya.. Asyik dengar teriakkan dia.. huhuhuh..  Sedih..

Kena anggap anak kita di kala ni dalam proses nak membesar.. Nakal tu bijak .. kan ?

Tapi sedih la woiiii .. anak mai kat kita..

“ Pak ngah… nak roti ! “. Suka suka dia panggil bapak dia ni Pak Ngah ! Grrrr.. Kat ibu dia pun dia wat  gitu..

“ Mak Ngahh.. nak susu .. “.

“ Sapa ??? “ . Tanya mak dia balik..

“ Ibu… nak susu.. “. Huhh.. tau takut ! Mentang mentang nak susu ! Huhhh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI