Rabu, 4 Mac 2015

Berjimat dengan Domino’s Pizza !

 

GST akan tiba ? Abis laa.. nak makan kat luar terutama di fast food dah kena pikir banyak kali ! Maklumlah , mahal cukai weh ! Kan kan ?

Tak semua makanan jadi mahal kan ? Ada yang kekal murah malah lebih berbaloi sebelum kehadiran GST ! Apa dia ?? Hehehe.. Apa kata , cuba DOMINO’S PIZZA yang sememangnya dah terkenal dengan kesedapannya serta harga yang diluar jangkaan ! Murah dan memang murah .. kan kan ?

Dari Fan Page Domino's Pizza Malaysia dengan berani meyakinkan aku bahwa harga sebelum dan selepas GST nanti #StillTheSame ! Tiada pengurangan terutama dari segi size , rasa mahupun kandungannya ! Malah mereka menjanjikan samada pelanggan membayar  #PaySameOrless , sama harga atau kurang dari biasanya.

 

image

Tak cukup menarik lagikah tawaran  Domino’s Pizza ni ? Dah la tu , ada pelbagai aneka pilihan pizza ! Pasti tidak memuakkan pon.. Sebarang perkembangan terkini mengenai Domino’s Pizza , dengan pantasnya akan di update di Fan Page Domino's Pizza Malaysia.

Kenapa nak pening pening kan ? Bila ada yang menjimatkan , maka dengan pantas ajak kawan kawan atau keluarga serbu Domino's Pizza Malaysia !!!

“ Daddy.. cenyum ! “

 

Arghhhhhhhhhhhhhh !! Dah pandai dahhhh.. Amik handphone aku dan aku jadi bahan eksperimen dia !

image

Dah reti dah nak bergaya depan kamera sekarang ni ! Lepas klik jer, pantas nak tengok hasilnya ! Hahahaha.. Adoiyai..

image

Yang pastinya , dia memiliki senyuman wife.. Mudah tersenyum berbanding aku yang keras dan control macho yang tak macho ! Hahahaha .. Lantak laa ..

Spontan tindakannya dan dia tahu sebenarnya , kamera dihalakan pada dia ! Hurmm.. berlakon lebih budak ni.. Huhhh..

image

Nanti nak wariskan je Sony Xperia Z3 ni kat dia .. Hahahaha…

Penjimatan bermula !

 

Nak cari gel mandian yang berkualiti serta ada pelindungan diri ? Hehee.. Aku guna shower gel with Tea Tree Oil dari Cosmoderm je sekarang ni.. Rasa segar je lepas mandi..

image

Tak payah nak guna banyak pon masa mandi . Sedikit pon dah cukup menyegarkan. Maklumlah bulan depan GST bermula. Aku kena cari produk yang bagus tapi tak mahal ! Kena belajar berjimat dah ni.. Hurmm..

Selesai mandi , guna pulak losyen yang mampu menghalau nyamuk ! Maklumlah kannnn.. sekarang ni musim denggi ! Jadi kena waspada ! kan kan ?

image

Ada dua pilihan.. Boleh rujuk di www.cosmoderm.com.my untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut !

Bila aku tak pakaikan losyen pada anak anak aku , memang akan ada la tanda tanda merah di tangan dan kaki mereka ! Cuaca kering dan hujan kejap kejap gini memang seronok la nyamuk membiak ! Tiada alasan lagi untuk kedekut memandangkan dah murah pon harga jualan di Cosmoderm tu..

Jangan lupa follow Instagram , Twitter Cosmoderm untuk melihat sendiri testimonial mereka yang dah gunakan produk Cosmoderm ni .. InshaAllah berbaloi..

Perlu ke kereta kedua bagi setiap keluarga ?

 

Semalam gi servis kereta aku lagi.. Tiap tiap bulan servis kereta ! Perghhhh.. Setiap bulan mesti servis 5 ribu km ! Gi mana sampai gitu sekali ? Untuk pengetahuan , kereta baru berusia  hampir 2 tahun. Ada 7 tahun lagi untuk abis bayar wooo ! Tapi kilometer dah lebih 80 ribu km ! Orang kata jangan kasi lebih 100 ribu. Nanti nak jual , rendah je orang amik.. Hurmm.. Betul ke ?

image

Kereta yang dibeli ni , jaminan 3 tahun. Orang kata , selagi dalam jaminan .. jangan gi servis luar yang mana orang kata laaa.. luar lagi murah dari servis kat tempat tempat gini ! Hurmm.. Aku ada alasan tersendiri sebenarnya kenapa dan mengapa aku akan ke tempat gini walaupun jaminan dah abis. Paling penting ialah after sales service.

Ok.. Kali ni aku buat major servis… 80 ribu km.. Major menurut diorang di TCM ni , 40 ribu , 80 ribu.. memang akan mahal sebab byk kena tukar n buat.. Hurmm.. Aku dungu skit bab kereta.. Ok , dungu banyak..

image

Kalau bukan major atau normal servis , biasanya dalam lingkungan RM200-300++ ! Confirm kena punya laaa ! Bayangkan nanti ada GST lak ? Aiyoookk ! Mampus gue.. TV kata GST takkan buat harga barang naik.. Malah lagi menguntungkan rakyat ? Tunggu je la bulan depan..

Ok.. wife bagi cadangan.. Dari tiap tiap bulan servis kereta ni , apa kata amik satu lagi kerta kecik. Menurutnya kawan dia ada amik Axia.. Downpayment baru RM3000 pastu bulan bulan RM300++ jer.. Dia kata laa..

Dah dua kereta pulak kat rumah.. Bila amik kereta , sah sah hutang bertambah ! Kitorang baru je kurangkan hutang dan nak kurangkan lagi belanjawan.. Kiranya nak buat bajet berhemah la.. hehehe ..

Tapi bila tengok jiran jiran ada je pakai 2-3 kereta.. ok pulak eh ? Ni nak amik pon sebab wife leh guna gi kerja dengan kereta kecik.. Kereta besar ni , simpan je la kat rumah.. Hujung minggu baru guna.. atau balik kampung.. Yang kecik ni guna dalam bandar jer.. Kan ? Jimat minyak gak kan ?

Apa korang rasa ? Lenguh gak tiap bulan gi servis kereta .. Harga servis sama dengan harga bayar kereta baru.. Er , Vios ? Er.. tu utk review jer.. hehehe …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI