Khamis, 5 Mac 2015

Bila GST bermula ..

 

Aku gi Alamanda tadi untuk cari barang dapur dan nak belanja keluarga aku skit.. Seperti biasa , pasti akan pening untuk makan tengahari. Nak makan kat mana eh ? Pandang wife , wife pandang aku..

“ Cam biasa la bang.. Secret Recipe. “.

Hurmm.. belasah je la.. Aku tak kisah sebab Secret Recipe sememangnya pilihan aku dari dulu. Cepat , bersih dan sedap. Takda masalah untuk aku..

Aku pegang menu dan belek.. Tetiba aku terkedu.. Terbeliak jap bijik mata !

image

What da ???? Hapa ???? Makanan feveret aku dah bernilai RM21 ??? Sejak bila ni ??? Adoiyai.. Aku tanya adik yang serve kitorang tu..

“ Dik.. sejak bila harga makanan ni naik ? Harga ni dah ditambah GST ke ? “.

“ Aah.. Minggu lepas lagi… “.

Patut la minggu lepas makan pon harga dalam RM70++ walhal makan berdua jer.. Kalau tak , mesti dalam RM50++ jer.. Hurmmm.. Cepatnya diorang kenakan GST ? Takkan seawal ni ? Hurmm.. Tapi sememangnya aku dah diberitahu akan ada barangan ditambah GST pada awal lagi agar bila masuk APRIL  , pelanggan tak terasa kenaikkan walhal dah naik pon sebelum tu !

image

Fuh.. Makanan sedap.. Takde pengurangan pada rasa tapi tetap akan berkira semula selepas ini kalau nak makan luar atau makan di restoran ! Hurmm ..

Selesai makan dan .. Mintak bil ..

image

Tiada lagi cukai jualan.. Sebab cukai dah dikenakan pada setiap item ! Setiap item yer ! Bukan jumlah yer.. Bukan jumlah seperti sebelum sebelum ni ! Ini bermaknaaa .. bermaknaaa korang pk la sendiri..

Hurm. Gov tax ? Tu korang  fikir sendiri la yer.. Gi dapatkan jawapan sendiri .. Patutlah tak ramai orang tadi kat SR Alamanda. Ke sebab belum gaji atau ramai ke IOI Mall ? Aku rasa .. sebab makanan dah mahal ! Apakah kesan jangka panjang ? Apakah rakyat kena bijak berbelanja ? Camana nak menjana ekonomi negara kalau rakyat mula menyimpan duit di rumah memandangkan simpan di bank pon , pengeluarkan akan dikenakan charge juga ? Aiseman.. Lemau gini weh !

Abis tu iklan GST kata .. Hurmmm.. Entah laaa .. Aku malas nak kata lebih.. Korang gi la buat kajian sendiri.. Aku , nak makan budu ngan nasi kosong je kat rumah .. Jimat weh ! Simpan duit untuk masa depan.

Kononnya.. Huhuhu… Wallahualam ..

Sila baca komen komen di SINI

Daddy tewas dengan Qhaliff !

 

Di Alamanda.. Aku nak simpan dulu barangan dapur yang dibeli bersama Qhaliff.. Sedang berjalan menuju ke kereta , tetiba Qhaliff berhenti di depan Baskin Robbin ! Adeh , nak aiskrim la tu..

Jap lagi kita beli yer sayang.. Antar dulu barang.. “.

Qhaliff terus ‘nak aiskim..nak aiskim..’ ! Aku wat dek.. terus jer berjalan dan sesekali toleh ke belakang ..

image

Dia dah bantai duduk atas lantai , siap sandar ke ke dinding.. Muka tenang sambil pandang aku ! Aku tetap jalan lagi.. Aku harapkan dia akan kejar aku.. Tapi ? Tapi ? Huhuhu..

image

Tiada beza.. Dan aku mengalah.. aku patah balik ..

image

Bila aku sampai kat dia , terus dia bangun.. Gembira terus muka ! Huhhuhu.. Masak daddy.. nasib baik ada cash dalam poket. Biasanya wife pegang cash..

image

image

image

Hurm.. terus dia order sendiri ! Hahahaha .. adoiyaiii ..

image

Dan dia berjaya tewaskan daddy dia ! Dapat jugak aiskrim ! Hurmmm…

Ikut daddy pergi mesyuarat !

 

Lokasi  , Subang..

Produk , Cosmoderm .. Terbaek !

image

Perancangan awal , tak nak bawak Qhaliff tapi entah camana .. pagi tu dia turut bangun awal dan dah ready depan pintu .. nak ikut ! Mandi pon tidak , ada hati nak ikut ! Huhhh..

Nak tak nak , kena bawak sekali.. Ini kali kedua dia ikut. Aku tak nak bawak dia sebab nak berbincang tanpa gangguan.. Faham faham je la kan bila ada anak.. Nasib baik Puan Mawarni dan pegawai lain tak kisah akan kehadiran Qhaliff.. Memang diorang pon galakkan aku bawak sebab diorang tahu aku memang jaga anak anak aku sendiri.. Terima kasih Puan..

Karenah Qhaliff , memang mencuit hati. Ada kalanya agak nakal hinggalah satu ketika , dia tenang.. Diam jer.. duduk belakang aku ! Aku pelik dia boleh diam.. Tiba-tiba dengar bunyi yang macam aku kenal sangat..

‘ Klik , klik .. klik , klik .. ‘.

Ah, sudah… Aku toleh belakang dan .. tu dia ! Dia dok belasah kamera Sony Alpha 5100 aku yang baru dibeli tu ! Huwaa… Dengan pantas aku gi amik..

Marah dia ? Tak la.. aku tahu , dia boring dan mengantuk.. Hurmm.. Abis meeting.. terus balik.. Tak sempat makan sebab aku tau Qhaliff dah mengantuk. Dalam kereta.. Jam 12.30 tengahari.. Tak sampai 5 minit , dia lena .. huhuu ..

Terima kasih sayang temankan daddy.. Dia bodyguard aku sekarang ! Meeting yang sukses !

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI