Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 6 Mac 2015

Apa namanya ni ?

 

Wife aku beli kat Mee Tarik Warisan. Aku tanya apa nama.. dia terlupa ! Aku tak hairan dia terlupa pon.. maklumlah bab makan ! Hehehehe ..

Sedap ke ? Dia kata untuk sejukkan badan.. Dia buatkan untuk aku dan ..

image

Rasanya camna ? Bentuk dia camana ?

image

Sedap.. Hehehe. Manis ? Tak la manis sangat pon.. Tapi memang rasa sejuk badan pas minum air ni ..

Jom murahkan rezeki anda !

 

Ni masanya ! Lupakan seminit pasal GST , tak tau nak makan apa.. kurang duit.. duit lebih .. Apa saja dengan melakukan sedikit kebajikan ! Tak banyak ponn.. RM5 !!

Jangan fikir apa apa.. Terus je bukak bank online anda dan.. tranfer terus !

image

Projek Iqra'

KEMPEN RM5 Untuk Bulan MAC 2015

Bantu kami utk ringankan kos tadbir urus & operasi PROJEK IQRA'
utk program / aktiviti MAC 2015.

Tajaan RM5 diperlukan.

Sasaran = RM 6,500

* Kos tadbir urus/ operasi : 80%

* kos lain lain (pemasaran dan sebagainya) : 20%

============================================

Taja sekarang:-

Akaun : Maybank

No.Akaun : 564810504003

Nama : Persatuan Kebajikan Projek IQRA' SeMalaysia

Email : info@projekiqra.com

atau klik disini : http://bitly.com/kempenRM5

untuk maklumat lanjut, hubungi kami :-

1. Suhaimi - 016 206 5597

2. Solleh - 017 670 2033

3. Sharifah - 017 274 8904

4. Khairul - 016 736 1067

 

Alhamdulillah.. Aku sudah .. Korang ?

Royal Floria Putrajaya 2015

 

Macam menarik je kan ? Hurmm.. Dengan keadaan cuaca panas gini , pastinya tempat ni akan cantik dan menarik ! FLORIA Diraja Putrajaya 2015 diuruskan sepenuhnya oleh Putrajaya Floria Sdn Bhd (PFSB) anak syarikat milik penuh Perbadanan Putrajaya.

image

image

Wow ! Menarik je nampaknya ?

image

Ok.. tak sabar nak gi !

Layan burger bakar di Lava Grill Restaurant

 

Lama tak mai singgah makan sini sejak dapat baby Zahra. Kena tunggu besar skit baru boleh bawak ke sini sebab masa yang ada pon di sebelah malam..

Dan malam ni , sekali lagi aku datang makan di restoran milik Mamu Razman yang juga seorang blogger ( www.dezamancottage.com/ ).. hampir jadi pilot tapi tak jadi sebab mak dia tak benarkan.. Hehehe.. Jadi tokey lagi best apa ?

Terletak di Seri Kembangan , Lava Grill Restaurant ni antara yang awal meniaga di kawasan perniagaan yang semakin membangun. Bila membangun , mulalah serba  serbi naik termasuk harga sewa lot niaga ! Hurmmm..

Ok.. tu cerita lain.. Cerita utama , burger bakar yang aku order . Heheheh ..

image

Dan meatball yang wife aku order.. Hurmm..

image

Satu soalan yang aku tanya dia.. Apakah nanti burger bakarnya akan turut terasa kenaikkan harga akibat dari perlaksanaan GST ? Jawapannya ? Sekarang ni pon dah mula terasa ! Serba serbi bahan mentah dah mula mahal ! Hurmm.. Tapi dia takde la nak naikkan harga pon.. Masih harga sama.. Nampaknya , ada pilihan la kalau aku nak makan di luar kan ? Dari gi makan tempat mahal , baik support kawan kawan niaga kan ?

Cuma aku terperasan sos ada kurang skit .. aku tanya dan jawapannya , kena berjimat tapi kalau pelanggan mintak lebih sos , dia akan bagi la.. takde makna nak kedekut !

InshaAllah nanti #kelabbloggerbenashaari akan buat gathering kat sini.. hehehe ..

Dah boleh jadi geng abang Qhaliff !

 

Pandai dahh dia .. Baru 10 bulan. Nak berjalan pon masih takut takut tapi dah sibuk nak main dengan abang dia ! Teruja sungguh bila nampak abang dia main.. Nak ikut sama ..

image

image

Dia pulak bersungguh berbanding abang dia .. Nampak gaya aku rasa pasni akan bermulalah episod berebut mainan tapi yang pastinya kaan.. aku rasa Qhaliff akan dapat geng masak masak ! Hahahah .. Dia suka memasak sekarang ni.. Yup , tadi dah beli set mainan masak masak dan Qhaliff terus tak sabar nak main ..

image

Sampai je rumah ..terus bukak keseluruhan set mainan masak masak tu.. Dan aku , jadi tukang rasa masakan dia ! Takde pilihan !!!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI