Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 8 Mac 2015

Sekepala anak beranak ?

 

Mahukan anda jalan begini di pusat membeli belah terkemuka di Putrajaya , Ioi City Mall ? Yes… aku selamba jer ! Qhaliff suruh aku buat gini selepas aku buat kat dia dulu.. hahaha.. Kiranya nak sama sama.. so sweetttt ! Hahahaha …

Aku ingatkan aku nak kenakan dia.. rupanya , ngan aku aku terkena !

image

Abis satu mall aku berjalan begitu.. Segan ? Takde makna laaa… Jalan ngan anak je pon kan ? Bukan keluar dating ngan awek yang belum sah jadi bini pon.. Tu patut segan terutamanya segan kat Allah.. kan ? Hehehe..

image

Hurm… Rezeki anak… jumpa je Toy's R Us .. dapat mainan.. nasib baik la pilih yg mampu beli.. Huhuh.. Tak yah ikutkan sangat ? Hurm… Biar la.. minda nak berkembang.. Biar dia kreatif skit , kan ?

Bukan manjakan anak.. tapi aku tau camana rasa bila nak mainan , tak dapat.. Hurm..

Gara-gara pecah rumah !

 

Hurm.. kembali panas ! Beberapa taman perumahan sekitar tempat tinggal aku dah dilaporkan kecurian atau pecah rumah dalam beberapa hari ni ..

Dan kelmarin , 2 buah rumah di kawasan rumah aku jadi mangsa pulak ! Tak pasti samada dipukau atau tidak.. Hurm.. ini kerana mereka masuk dikala penghuni rumah sedang lena tidur ! Hurmm.. Sebelum tu , taman berhampiran jadi mangsa !

image image

Hurmm.. Dua keping gambar yang ditunjukkan dalam group whatsapp taman perumahan aku yang membuatkan semua penghuni mula tak senang duduk.. Dan satu mesyuarat telah dibuat semalam..

image

Beberapa perancangan disusun bagi membanteras serta menangani masalah pecah rumah… Antaranya ? Rondaan malam ! Heehehe.. Dan beberapa lagi perancangan hasil perbincangan ..

image

Hasil dari kawalan semalam , isu ‘burung hantu’ juga telah dikesan dan ditegur . Jangan bawak anak dara orang malam malam ! Dah la jauh dari keluarga.. awak tu merantau mencari ilmu.. Haaa..

Menurut rakan rakan di Facebook setelah aku memuatnaikan status mengenai pecah rumah ni  ,kata mereka taman perumahan mereka turut jadi mangsa dalam minggu ni.. Dan ini sememangnya menakutkan mereka. Kejadian tak kira waktu.. Tak semestinya malam malah di waktu terang hari pun mereka nekad buat kerja jenayah !

Harap rakan rakan semua , berhati hati ..

Genius Pa&Ma patut dimiliki !

 

Terbitan terbaru dari Karangkraf yang mana isi kandungan majalah ini memaparkan pendedahan dan panduan kepada ibu bapa muda zaman ini betapa pentingnya ilmu keibubapaan berkaitan perkembangan dan tumbesaran awal kanak-kanak.

Biasanya, ibu bapa akan membuat persediaan rapi untuk menyambut cahaya mata pertama dan begitu mengambil berat soal penjagaan bayi.

Bagaimanapun apabila anak semakin membesar dan pandai berdikari, mereka sering dibiarkan main sendiri malah gajet dijadikan teman rapat.

Dan pada masa ada ibu bapa yang menyerahkan bulat-bulat kepada tenaga pengajar di taska dan tadika untuk mengajar anak-anak menulis, membaca, membuat aktiviti kraf, mengaji dan bersolat. Cara ini sebenarnya tidak betul kerana ibu bapa perlu sedar bahawa mereka mempunyai peranan tersendiri dalam proses perkembangan anak-anak ini

PNMSP_20141001_COV

Antara segmen menarik Genius Pa&Ma ialah Perkembangan Kanak-kanak, Gaya & Kesihatan, Adik Bijak, Sisipan 32 muka surat tentang Pemakanan Anak, Famili, 10 muka surat Jom Relaks yang mampu menguji minda anak-anak serta segmen Prasekolah yang bakal menjadi kemuncak kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun ini.

 

TESTIMONI IBU BAPA YG DAH BELI GENIUS PA&MA

ROSFAKIHAH HASSAN 2

Rosfakihah Hassan

“Kehadiran Pa&Ma Genius memang tepat pada masanya. Saya menjadikan majalah ini sebagai rujukan dalam mendidik anak-anak. Saya sangat suka ruangan masakan yang melibatkan si kecil. Selain daripada itu, saya juga sukakan tip yang memberi panduan berguna agar anak cepat membaca. Segmen Perkembangan juga membantu saya dalam usaha membolehkan saya memantau perkembangan anak sesuai mengikut usia mereka.”

 

AYU RAFIKAH

Ayu Rafikah

Ibarat jurnal buat ibu bapa yang boleh dijadikan rujukan dalam memberi didikan buat anak-anak di antara umur tiga hingga enam tahun. Pelbagai tip menarik dan artikel berinformasi dikongsi, Dengan ketebalan dan kualiti kertas yang berkualiti, ia boleh dijadikan koleksi. Pendek kata, Pa&Ma Genius padat dan bermanfaat.

 

DR HJ TENGKU ASMADI (tolong croppp)

Dr. Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohammad

“Setiap ibu bapa perlu tahu bahawa perkembangan otak kanak-kanak begitu pesat pada usia bawah tujuh tahun. Ketika ini, perkembangan otaknya lebih terarah dan sistematik.

Oleh itu, setiap pembelajaran kepada anak haruslah dengan cara yang betul. Dengan adanya majalah Pa&Ma Genius, ia membantu ibu bapa mendapat arah yang betul dalam mendidik anak secara positif. Isi kandungan majalah ini berkaitan dengan perkembangan anak dapat menjadi kayu pengukur ibu bapa dalam mendidik anak-anak.”

 

Untuk pembelian online, anda bakal mendapat lebih banyak diskaun! Layari http://mall.karangkraf.com/products/Genius-Pa&Ma-(Pre-Order)/3881

REBUT PAKEJ MENARIK INI!

BELI GENIUS Pa&Ma PERCUMA 1 majalah Pa&Ma isu lepas dengan hanya RM10!

Terhad sepanjang bulan MAC sahaja.

Jom follow kami di:

Instagram : Majalahpama

Facebook : majalahpama

Web site : http://pama.karangkraf.com

Dah kenapa nak sakit hati lak ?

 

Alhamdulillah.. Segalanya kerana NETWORK ! Kena paham apa itu NETWORK dan bagaimana nak menjadikannya BERFUNGSI sebagai sebuah SISTEM yang berjaya ! Bila sebut berjaya , bukan dari segi kewangan atau populariti semata mata ! Kena banyakkan lagi kutip pengalaman dalam kehidupan ni..

Semalam , ‘aku’ muncul di Berita Harian .. Walaupun gambar lama digunakan , tapi aku tetap berbangga. Terima kasih pada Kak Huda yang tak jemu jemu promosikan aku serta #kelabbloggerbenashaari.

imageimage

Dan Alhamdulillah , berkat kesabaran..kesungguhan . beberapa blogger-blogger baru dibawah #kelabbloggerbenashari mula mendapat tempat dan mencipta nama .. Antaranya Emas Putih , Fatin Bella , Farah Waheda , Yaya Natsumi , Que Achmad , Mawardi , Lan Careno dan berpuluh lagi .. Nak tulis semua nama , tak cukup ni.. Yang dah lama , ramai.. cam Ujang , Faizal Friedly dan yang terbaru join ialah , blogger otai iaitu Eyriqazz !

Ramai pikir bila duduk di bawah KELAB BLOGGER BEN ASHAARI , ianya akan menaikkan nama aku .. Aku sengih jer laa ! Yeke ? Perlu apa aku untuk susah payah kendalikan kelab ni walhal aku dah lama naik pon ?? Aku bukan baru buat blog semalam , kan ? Dah lama dah ponn !

Dalam #kelabbloggerbenashaari , kami pentingkan KERJASAMA ! Apa saja job yang masuk , akan dibuka pada semua blogger dan client akan pilih sendiri ! Aku makan sorang ? Hehee.. Aku dah lama ada PR aku sendiri yang senantiasa kasi job setiap minggu ! Alhamdulillah.. Aku cuma akan perkenalkan mereka yang berkaliber pada PR aku .. mana tau ada rezeki untuk bekerjasama dengan PR PR yang terkemuka di Malaysia ni .. Dan ada yang berjaya pon !

Makan sorang ?

image

Sapa rajin dia dapat ! Dan Emas Putih adalah antara blogger yang tidak kenal erti putus asa dan senantiasa bersemangat untuk berjaya ! Dia tahu apa dia inginkan dan dia kejar ! Dan ramai blogger sedang meniti kejayaan sepertinya .. InshaAllah.. Dan rakan rakan di dalam #kelabbloggerbenashaari senantiasa memberi sokongan tak berbelah bagi ?

Tengah bulan ni , seorang rakan blogger #kbba yang bernichekan sukan akan ke London bersama Air Asia untuk buat laporan berkenaan sukan bola sepak. Kawan tu tak sampai setahun pon buat blog.. Dah dapat jemputan dari Air Asia yang mana kami telah memohon untuk sertai mereka secara berkumpulan dan Air Asia memilih blogger blogger tertentu saja untuk sertai mereka. Bukan semua dapat yer ..

Seorang lagi contoh blogger yang mengecapi kejayaan hasil blogging.. Secara individu , payah untuk naik.. Bila berjemaah ( network ) dia dapat tidur di hotel Legoland untuk kali kedua ! Satu mahal beribu ringgit yer harga sebilik ! Apa cerita ??

imageimage

NETWORK adalah laluan saja selebihnya terpulang pada diri sendiri untuk menentukan hala tuju niat asal berblogging !

Dah kenapa nak sakit hati lak kalau niat sendiri dah tak betul kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI