Isnin, 9 Mac 2015

Bila usia 62 tahun baru nak bersara !

 

“ Kau naik dah pangkat ? “.

“ Belum lagi la , Ben. Segalanya bergantung pada kekosongan .. Ada yang patut bersara dah tapi .. hurmm… Ada yang dah bersara tapi sambung kontrak ! Acaner orang cam aku ni nak naik pangkat ? Segalanya bergantung pada kekosongan .. Hurmm .. Boleh stress macam ni .. “.

Aku memahami sangat.. Kalau pejabat penuh dengan mereka yang dah patut lepak rumah dan bermain dengan cucu , maka …terbayang macam ni ..

image

‘ Orang lama ‘ ni bagus sebenarnya kalau ada di pejabat . Pengalaman mereka mahal tapi kehadiran orang baru juga amat penting bagi memastikan urusan pentadbiran dan operasi berjalan dengan lebih cekap dan pantas..

Adakalanya , kita patut tahu bila nak berenti.. Jangan menyusahkan orang lain..

Sediakan payung di usia muda..

Dah pandai mengikut ..

 

Nak ikut Ayah Su balik universiti.. Uhukk.. Masing masing sedih ! Hahahaha .. Tak bagi ikut , terus meraung .. Adeh.. jenuh aku nak memujuk dalam kereta ..

image

Tapi nasib baik laaa dia ni jenis meraung 5 minit pastu terus lupa ! Tak berbangkit dah isu.. Harapnya nanti bila dah besar , jangan wat perangai gini la …terutama bila putus cinta . Jenuh nak tenangkan diri.. tapi bila dah tenang ,cepat je recover .. Terus kata gini..

“ Aku ada awek ke sebelum ni ? Tak perasan lak.. “.

Kannnn..

Anak teruna aku..

 

image image

Makin besar tinggi… Bulan depan masuk 3 tahun usia dah.. Dah boleh kawin dah ni ! Hahahaha.. Giler nak bercucu dah ke apa ? Huhhh… Cakap pon masih berbaur jerman ! Hurmm..

Tapi kan.. dalam jerman jerman pon , bila datang mood dia .. cakap memang makan dalam punya laa ! Contoh ? Dia tengah tidur , dan aku atau wife kejut dia .. bangun tidur la..

“ Qhaliff.. bangun.. Nak ikut daddy tak… “.

“ Hurmm.. malas ! “.

Mata tak bukak tapi bagi jawapan ! Huhhhh..

Contoh lain… Bila aku menyanyi dalam kereta , dia akan bersuara..

“ Daddy.. senyap.. ! “.

Kecik besar kecik besar je aku tengok dia bila dia cakap gitu ! Kalau dah petah bercakap , gamaknya mau teruk gak aku kena smash ngan dia nanti !

Gulp.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI