Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 16 Mac 2015

Lasak punya pasal !

 

Gi makan nasi kerabu dekat.. hurm… port kegemaran aku.. Dengan Ketereh tu haaa… Sampai sana , Qhaliff seperti biasa , tunjuk aksi lasak dia .. Aku tak larat nak kutip dia dah.. Letak sebelah aku sekejap je ..

image

Tak larat nak kejar.. nak kutip.. Pastu dia turun , berlari dan bermain dengan kanak kanak lain, yang jauh lebih tua dari dia ! Akhirnya , tergelincir.. Yelah , main atas pasir !

Bercucuran darah keluar ! Abis semua orang terkejut tengok.. Aku ? Tenang.. Abiskan makan nasi kerabu aku.. Pastu baru gi amik dia di tangan wife aku dan bawak masuk ke dalam kereta..

Dalam kereta , dia kena leter dengan aku ! Dari semalam aku dok tahan geram dengan dia .. Meraung non stop la dia kena marah ngan aku !

imageimage

Muka 20 sen.. Kejap menangis.. kejap diam.. gara gara kena berleter 20 minit tanpa henti dari aku ! Nasib baik tok dia tak masuk lagi dalam kereta .. Kalau tak , aku tak berpeluang nak bebel kat dia ! Tau dia , aku tengah marah sangat  kat dia..

Nasib baik la rambut depan dia panjang.. Terhalang la dari luka banyak .. Ni baru sorang hero.. Yang heroin punya cerita tak tau lagi.. Adeh..

Sepetang di Kg.Godang , Kelantan.

 

Tak sangka ramai pulak terpukau dengan suasana kampung yang bersawah padi ni.. Ok , aku pun terpukau gak.. Hehehe..

image

image

Bukan senang orang nak LIKE atau RETWEET bila bab gambar ni haaa ! Bukanlah dambakan LIKE atau RETWEET tapi terasa la berbaloi amik gambar cantik cantik dan dikongsikan bersama rakan rakan di dunia maya ni.. Sekurangnya , damai sekejap perasaan diorang tu.. kan ?

Sayangnya matahari terbenam di sebelah sana.. Kalau terbenam betul betul di depan aku , aku tak leh nak bayangkan betapa cantiknya.. SubhanAllah.. ni pon dah cukup cantik bagi aku.. Kalau tak mengenangkan tujuan utama aku ke sini , aku rasa banyak lagi gambar aku amik.. Huhuh..

imageimage

Aku cuma guna kamera phone ,  Sony Xperia Z3 untuk amik gambar gambar ni..

imageimageimageimage

Hehehe.. orang yang tinggal kat situ pon tak percaya ini hasil dari lokasi situ.. Hahahaha … Cantik kan ? Huhuhuh.. Aku harap esok dapat tengok tempat yang lagi cun ..

Sayangnya esok kena balik KL dah. Nasib baik la aku terpaksa cari rezeki untuk keluarga.. Kalau tak , confirm merayau lagi tempat tempat menarik di Kelantan ni.. Hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI