Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 17 Mac 2015

Kerana anak , ibu menderita !

 

Hurm.. Baru-baru ni aku ada post satu status amal.. Meminta bantuan rakan rakan menyumbangkan apa yang termampu. Alhamdulillah , ada yang sudi membantu. Dan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari pon bersuara untuk membantu ..

Sebelum nak salurkan bantuan tu , ada beberapa cerita yang aku dengar. Kemudian aku mintak seorang rakan blogger yang ada di Melaka untuk pergi siasat bagi memastikan kesahihan cerita tu..

Dan inilah ceritanya..

image

Anaknya menagih dadah ? Hurm.. Banyak dah aku lihat contoh ibu merana gara gara anak mereka menagih dadah ! Ada manusia kata , orang menagih dadah ni tak pe.. tak kacau orang ! Perghhh.. Yelah tuuu ! Kes pecah rumah ? Curik barang ? Rasanya kerja sapa ? Majoriti mesti ada kaitan dengan dadah !

Cuba bayangkan camana masyarakat nak bantu dia , dengan keadaan anak dia gitu ? Nasib baiklah masih ada insan yang prihatin pada makcik tu.. Anak dia yang menagih tu ? Hurmmm.. Entah laaa..

Bila anak semakin lasak !

 

Lepas aku marah marah sayang dia ( kena marah supaya dia tau dia dah buat salah walaupun aku manjakan dia ) , dia meraung kaw kaw la.. Kena babap kat kaki tuu .. Hurmm.. Sedih tapi terpaksa ! Aku tak nak aku menangis kemudian hari …

Aku pujuk dia kembali..

“ Sakit tak jatuh ? “ .

“ Tak sakit .. “.

Amboi.. menjawab koooo..

Aku amik gambar dia dan tunjuk luka tu kat dia ..

“Daraahhh..”.

Tau pon darah.. Hurm.. Anak lelaki , memang lasak. Aku sendiri pon jangan cerita la kan ? Tapi kalau boleh elakkan , sebaiknya elakkan.. Maksud aku , elakkan berada di tempat yang terdedah atau berisiko untuk mengalami kemalangan.. kan ?

image

Macam kes Qhaliff.. Berkali kali aku dukung dan pegang  dia. Tak kasi dia bermain di kawasan berpasir.. Tapi dia degil gak nak turun dan bermain kat situ..

Dan.. Tu diaaa.. dah dapat tanda ! Ketika kejadian , pengunjung terkejut dengar suara Qhaliff nangis.. Muka dia abis dengan darah tapi aku tetap tenang.. Abiskan makan dulu.. Aku dah jangka dia akan jatuh punya.. Selagi dia tak rasa ‘jatuh’ , selagi tu dia akan terus bermain kat situ..

Lepas cuci luka tu , dia kembali lasak ! Haih.. Aku pesan kat wife , pasni tak leh makan kat restoran yang berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan memandangkan dia ni tak leh duduk setempat.. Contoh cam restoran steamboat , restoran yang berdekatan dengan tasik atau longkang besar.. Hurmm.. Nak makan sangat , kena tapau bawak balik rumah.. Sementara tunggu nak berakal si Qhaliff ni..

Pasni Zahra lak ?

Dah tak sedap !

 

Sebelum balik ke KL , gi makan dulu nasi kerabu di tempat feveret aku setiap kali aku balik ke Kelantan. Sebenarnya di Kelantan banyak tempat menarik untuk jalan jalan cari makan tapi aku masih belum berpeluang nak buat gitu..

image

Tak sedap atau rasanya dah kurang ? Ayamnya pon dah makin kecil dan daging pon dah sikit.. Hurmm.. Tak macam mula mula aku makan yang mana sekali makan je dah puas.. Aku rasa harga makanan makin mahal kot ? Hurmm..

Kenapa aku ke sini gak ? Sebab layanannya yang mesra.. Nasib baik kan ? Hehehe..

Dan makan malam di RnR Temerloh.. Dah lewat sangat.. Dalam jam 11 lebih rasanya.. Banyak gerai tutup dah.. Tinggal satu gerai ni jer.. Masih ada baki ikan patin masak tempoyak ! Kelihatannya menyelerakan.. Maka wife amik la patin buah.. tak nak patin sangkar.. huhu.. Mahal pon mahal laa..

image

Aku cuba hirup kuah tempoyak tu.. Perghh.. Rasa cam air kosong tuu ! Adehhh.. Ni mesti sebab dah abis kuah ni.. Tambah air ? Wallahualam.. Nasib baik ikannya sedap.. huhuh. Belasah je la.. Perut dah lapar.. Anak pon dah buat ragam.. Makan cepat cepat…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI