Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 19 Mac 2015

Dulu satu , sekarang dua !

 

image

Ekslusif utk Qhaliff .. dulu laaa ! Wajib beli sebab terpaksa beli ! Bukan suka suka mau beli.. Harga bukan seringgit dua ok ! Adehhh.. Anak sorang..

Bila anak dah dua ? Beli lagi ke ?

image

Kena beli laa.. Kalau tak yang kecik ni meraung la !!

image

Dia tak tau amenda ni tapi apa yang abang dia pegang , tu la yang dia nak ! Hurmm..

Daddy kena buat part time job.. Jual shawl mungkin ??

Buat blog dapat gi LONDON kau !

 

Aku buat blog , dapat gi PARIS.. Jiran aku , aku jarum dia untuk kembali bergiat aktif dalam dunia blog akhirnya , berjaya menjejakkan kaki ke London di bawah tajaan Air Asia ! Dia gi London bukan untuk suka suka yer. Ada misi khas dan penting ! Yang paling menariknya ialah dia akan buat apa yang dia idamkan selama ini ! Perghh.. ibarat mimpi jadi kenyataan la kan ? Walaupun bukan team feveret dia tapi sekurangnya dalam merasai pengalaman indah ni pon dah cukup berbaloi ! Semuanya kerana blog dan NETWORK !

image

Aku memahami sangat camana perasaan dia. Sama seperti ketika aku menerima pelawan ke Paris / Tolouse tahun lepas ! Tengah sedap sedap tidur , masuk email ! Perghh.. Sapa pulak nak mainkan perasaan aku neh ?

image

Kalau korang dapat email cam ni , korang caya tak ? Haaa.. konpius punya kan ? Tapi alhamdulillah.. Aku berjaya juga jejak kaki ke Eropah di bawah tajaan syarikat penerbangan terkemuka dunia yang mana ianya adalah impian aku sejak aku mengenali dunia blog !

Begitu juga dengan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari ni .. Senyum lebar dia hari ni hingga 22 haribulan.. Satu kenangan yang takkan dia dapat lupakan !

image

Tak sabar tunggu dia balik dan dengar pengalaman dia di sana ! Hehehehe.. Sapa kata buat blog tak berbaloi dan berNETWORK tu tak penting sangat ? Hehehehe .. Kena pandai cari NETWORK yang benar ikhlas nak bernetwork.. Tujuannya mudah saja.. Menambahkan ilmu dan sudah semestinya .. nak ramai kawan baru la kan ?

Tunggu KELAB BLOGGER BEN ASHAARI anjurkan HARI BLOGGER KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yg mana segalanya pastinya akan berdentam dentum ! Semua dah ditaja ! Kecuali beberapa items lagi je nak .. seperti baju masa event tu nanti.. hehehe..

Berbaloi buat blog ? Serius berbaloi ! Asalkan anda tau , niat dan hala tuju.. Tak perlu kacak.. tak perlu sado .. tak perlu gedik.. tak perlu shawl  ! Ahaaa…

Tahniah Pojie dari blog www.stylosport.com

Dah pandai terliur !

 

Kalau tengok orang makan , dia akan tengok dengan penuh keasyikan ! Kalau offer kat dia , cepat cepat dia gerakkan badan nak rasa makanan tu.. Huhuh.. Dasattt anak dara sorang ni !

image

Test aiskrim Baskin Robbin ni. Apakah dia akan cuba nasib untuk turut rasa sejilat dua ? Hehehehe.. Aku bagi rasa kat hujung bibir untuk elakkan dia terliur.. Siann… Tunggu ada gigi nanti la baru daddy banjer Zahra eh ? Buat masa ni , tengok je la daddy makan nooo ?

Bila wife kasi ‘sign’ !

 

image

Meeting AJK HARI BLOGGER KELAB BLOGGER BEN ASHARI  tadi Ayer@8 , Putrajaya. Sebelum meeting , makan besar dulu.. Memasing pakat up gambar di Facebook .. aku pon la ! Wife tak ikut.. Bawah Qhaliff jer..

Dan gambar aku dapat komen menarik.. termasuklah dari …

image

image

Rasa-rasa apa aku kena buat ? Huhuh.. Bayangkan kalau aku tak tanya dan balik dengan tangan kosong ? Perghhh… Confirm la malam ni aku kena tidur luar !

image

Sampai rumah.. dia sorang je selesaikan kerang bakar ni haa ! Perghh.. Betul betul teringin tuuu.. Kalau aku tak beli tadi , mau seminggu gak merajuk.. huhu..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI