Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 20 Mac 2015

BoBoiBoy dan rakan-rakan di 7-Eleven Malaysia

 

Setiap kali masuk ke 7-Eleven , mata aku pasti akan tertarik pada pada satu kotak yang mana ada patung patung figura 8 reka bentuk berbeza iaitu BoBoiBoy Angin, Tanah dan Petir dengan 2 elemen watak yang terbaru yang belum diperkenalkan, BoBoiBoy Api dan Air, bersama-sama dengan rakannya, Yaya, Fang dan si comel Ochobot.

image

Menarik dan comel sangat kalau dijadikan koleksi .. Er , bukan aku .. tapi Qhaliff .. Heehehe.. Camana nak dapatkan patung patung figurin ni ?  Gi 7 Eleven pastu buat perbelanjaan atau pembelian melebihi RM6 dalam satu resit. Kemudian korang akan diberi satu pelekat. Kumpul hingga 20 pelekat , dan tukarkan untuk satu figura.. Hehehehe..

Disamping tu , pelanggan 7 Eleven berpeluang menyertai pertandingan yang mana menawarkan hadiah hadiah menarik ! Program khas 7 Eleven ni bukan lama ! Sekejap jer. Program kesetiaan ini akan berlangsung selama 8 minggu bermula sekarang sehingga 4 Mei 2015.

Tunggu apa lagi ?

Bila tambang pengangkutan awam naik !

 

Aku tergaru kepala ! Selepas ni kena pikir panjang untuk guna teksi .. Hurmm .. Samada nak jalan kaki atau keluar duit yang berbaki untuk sara diri !

image

Tapi yang berlaku ? Tambang teksi dinaikkan antara RM1.25 dan RM8.00 mengikut jarak perjalanan dan lokasi, berkuatkuasa serta-merta manakala tambang bas ekspres naik 2.1 sen bagi setiap kilometer bermula 1 April ini.

image

Makin gatal kepala aku. Ada insan suruh aku pahami apa itu GST ! Kalau aku paham , aku kena redha je la segala kenaikan ini yang mana kononnya untuk pembangunan negara ? Kenapa tak buat dari awal tahun ari tu je terus ? Kenapa kena tunggu April ? Hurm.. aku tertanya tanya ni ..

Yang pasti , aku tak leh kunjungi dah restoran feveret aku atau kalau nak jugak , aku kena mintak mangkuk lebih , gelas lebih setiap kali order makanan dan minuman.. Bahagi dua ! Jimat la kan ? Hehehhe.. Contoh.. mee kari , kongsi dua.. Air suam , bawak dari rumah jer .. Tu kalau teringin sangat la kan ? Yelah , kalau dah mee kari semangkuk jer dah berharga RM20 ! Haaa !!

Aku masuk pasaraya sekarang ni untuk cari barang dapur.. Confirm lebih RM100 punya !

Entah la.. aku tak salahkan kerajaan pon. Memang kerajaan bertujuan memajukan negara tercinta ni. Harapnya bila dah maju nanti , takde dah masalah masalah yang kita hadapi sekarang ni .. Maklumlah , sekarang ni kita tak maju lagi ! Maka banyak la masalah sana sini .. Kan ?

Kalau ada lebihan wang rakyat , leh beli jet peribadi lagi.. Jangan risau.. Rakyat memahami keperluan kerajaan.. Segalanya adalah untuk kebaikan negara. Kan ? Hanya Allah Maha Mengetahui..

Sebab tu aku padamkan cita cita aku jadi Perdana Menteri. Kalau aku jadi Perdana Menteri ,aku nak jet bertatah berlian ! Dari darat leh nampak dah tu jet aku .. kan ?

Selamat Datang GST .. Selamat Datang ..

Kecilnya dunia ..

 

Kalau tak silap aku , pertama kali aku bersua dengan Norman Hakim pada tahun 1998-1999 gitu la.. Ketika tu aku bekerja di Desa Melawati dan dia datang ke sana untuk buat satu tugasan. Masih aku ingat lagi ketika tu , akak akak kat situ bersungguh suruh aku gi bergambar dengan dia.. Kononnya sama la rupaaa ! Huhhh.. Aku pun gi laa.. Tak nak hampakan akak akak tu la.. Gitu la seingat aku ! Hahahaha.. Tapi segan tetap segan.. Sapa la aku berbanding dia yang bergelar artis ..

Semalam , ditakdirkan Allah.. aku duduk semeja dengan dia dan berbincang satu projek dengan dia ..bersama CEO Ephyra.. Kira ni projek Ephyra la gak.. hehehe … Produk kesukaan aku dan ramai wanita lagi sebab ianya berkesan sangat woo !

imageimage

Tengok badan diorang , terus gian aku nak pegang besi balik ! Huhuhuh.. Apakah dah sampai masa aku kembali ke gym ? uhukk.. Belum lagi kot ? Kena tunggu Zahra setahun usia dulu..

Alhamdulillah.. Norman tarak sombong punya orang ! Borak macam dah kenal bertahun tahun. Nasib baik minat sama yakni besi ! Hehehe. Maka boleh la masuk berborak..

Bro Kim Madoo .. Perghh.. badan dia jangan cakap laa ! Meleleh .. Tengok instagram dia.. Hahahaha .. Bro Kim Madoo memang best ! Tarak lokek ilmu .. Tanya je apa pon , dia jawab..

Sekurangnya malam tadi , berbaloi la aku turun berbincang dengan diorang.. InshaAllah , ada projek dalam masa terdekat ..

image

Dan 2 kotak Ephyra untuk stok sebulan..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI