Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 22 Mac 2015

Bijak menguasai atau kedekut ?

 

Lokasi  :  Swiss Garden Hotel and Residences , The Shore Melaka. Tingkat 9 , pool kanak kanak .. Lepas breakfast , bawak Qhaliff dan Zahra bermain air kat sini.

Pada awalnya Qhaliff jual mahal nak masuk. Aku ngan Zahra je main air buat kali pertamanya. Suka benar Zahra..

image

Tak lama kemudian , Qhaliff dah mula nak jejakkan kaki dia ke dalam air dan akhirnya … akhirnyaa… Tu pon sebab dia ternampak sesuatu yang menarik minat dia .. Hurmm

DSC05297DSC05299

Mula mula dia dah dapat main ‘water gun’ tu tapi aku amik dia .. kasi can kat kanak kanak lain main lak.. Dia tak nak keluar dari kolam. Meraung nak main balik water gun tu.. Aku lepaskan dan dia gi ke situ.. Beratur tunggu giliran dia.. sambil ajak rakan sebaya bermain sama.. Sebaya la sangat yer !! Huhuh..

Punya la lama dia tunggu , tau apa dia buat ? Dia gi mengadu kat mak budak tuuu ! Hahahaha .. Mula mula mengadu kat ayah dia.. Ayah budak tu pujuk.. tak jalan.. Dia gi ngadu kat mak budak tuu..

DSC05302

Dan dia berjaya dapat water gun dia kembali ! Hahahaha .. Adeh hh.. Malu daddy aihh..

image

DSC05306DSC05304

Dan budak budak lain mula beratur nak main water gun tu.. Nak tak nak , terpaksa aku dukung Qhaliff.. Meraung dia tak nak lepaskan .. Hahaha.. Adehhh.. Nayo daddy aihhh..

“ Nanti kita gi main air kat bilik ehhh… “..

Dan di bilik , dia tidur.. Penat main air .. Hurmn..

Perasmian THE SHORE Shopping Gallery , Melaka

 

THE SHORE Shopping Gallery , sebuah lagi mercu tanda di Melaka yang baru dirasmikan semalam dengan penuh kegemilangan menandakan Melaka sudah seiring dengan bandar bandar besar di Malaysia ni ..

Terletak di lokasi strategik di laluan sungai dan monorel serta bertentangan Eye Of Malacca , THE SHORE SHOPPING GALLERY ni hanya memerlukan pemanduan singkat dari tengah tengah tempat bersejarah Melaka , Jonker Street dan Chinatown yang terkemuka.

Pusat membeli belah ini hanya menumpukan kepada pelancongan  gaya hidup penuh bergaya menempatkan lebih 100 buah kedai hebat dengan keluasan 300,000 kaki persegi . Ia memaparkan senibina moden dan elegan , lanskap yang harmoni serta pelbagai perkhidmatan untuk menjadikannya syurga membeli belah untuk semua peringkat umur.

Pusat membeli belah ini menampilkan laluan pesisir Sungai Melaka , yang akan mengagumkan setiap pengunjungnya dengan pancuran bermuzik selain amfiteater untuk kedua dua acara luaran dan dalaman serta ruang makan.

THE SHORE SHOPPING GALLERY ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka , Yang Amat Berhormat Datuk Seri Idris Haron dan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif PHB ( Pelaburan Hartan Hartanah Berhad ).

IMG_7571IMG_7576IMG_7585

Pusat membeli belah ini adalah sebuat asset hartanah yang amat penting bagi PHB dan turut diransang oleh tiga penyewa utama iaitu TANGS Lifestyle Store, The Shore Oceanarium dan Lot 10 Hutong  Food Gallery.

DSC05207DSC05209 DSC05212DSC05214 DSC05219DSC05226DSC05234 DSC05286

Oceanarium bersebelahan THE SHORE SHOPPLING GALLERY bakal menampilkan terowong akuarium dan terumbu karang terpanjang di dunia selain berperspektif tinjaun 360 darjah yang pertama di Asia Tenggara yang mana akan jadi tarikan utama di Melaka !

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pusat membeli belah ini , sila layari www.theshoreshoppinggallery.com atau THE SHORE SHOPPING GALLERY di Facebook.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI