Selasa, 24 Mac 2015

Usaha murni yang patut dicontohi !

 

Terkejut aku nampak tong ni pada awalnya.. Aku ingatkan mesin ATM.. Maklumlah , lama tak singgah bus stop.. Hehehe.. Aku terperasan tong ni semalam sewaktu nak ke Low Yatt Plaza.. Terlupa nak amik gambar untuk post ke Facebook bagi mendapatkan pendapat rakan rakan mengenai usaha murni PBT dan badan badan bertanggungjawab.

image

Harapnya , jangan disalah guna untuk membuang barangan rosak dan dijadikan tong sampah ! Ini patut disedari oleh orang awam dan gunakan dengan sebaiknya usaha murni pihak bertanggungjawab.

Aku harap tong ni dapat diletakkan dengan lebih meluas terutama di kawasan kawasan perumahan agar barangan terpakai dapat dikitar semula dengan sebaiknya.. Dari berdebu dan rosak begitu saja kan ?

Tahniah buat mereka yang terlibat !

‘Bertatih’ ke sekolah !

 

Ni la aktiviti dia tiap kali ke rumah tok dia di Cheras. Menurut mak aku, dia mudah je masuk dengan abang abang serta akak akak yg naik bas tu.. Takde masalah cuma Qhaliff masih lagi dok belajar bercakap.. Maka cam ayam n itik la jawabnya.

image

Dia suka.. Takde masalah pon.. Nampak gaya , tahun depan dah boleh ke sekolah dah ni.. Hehehe.. Dari kul 8-12 tengahari.. Tapi kalau aku ada job kat luar , camana ? Hurmm.. Dah la sekarang ni harga taska serupa harga masuk IPT .. Hurmm..

Aku sokong TEKSI dan BAS naik harga !

 

Sokong 100% !!!!

image

Keratan dari akhbar Utusan Malaysia Online.

Aku memahami sangat kenapa dan mengapa diorang naikkan harga tambang perkhidmatan yang mereka berikan..Yelah , kos maintenance turut terkesan dengan GST nanti ..

Ok.. tapi !! Tapi !! Haaaa… Ada ceritanya niii.. Gini ceritanya..

Semalam , aku balik dari Low Yatt Plaza guna teksi. Malas nak guna LRT dan aku nak cepat gak sebab anak anak aku mak aku tengokkan hingga jam 12 tengahari.. Maka kena pantas la balik !

Naik je teksi.. Meter ditekan.. RM3 ! Lama dah tambang tak naik kan ? Ok la.. Dalam teksi , aku mula betulkan kolar baju aku.. Terasa bahang.. Aku perhatikan corong pendingin hawa. Di halakan semua ke driver. Tak pe la , aku tahu.. cuaca panas ..

Teksi dipandu perlahan.. Keadaan dalam teksi pun , hurmm.. Bukan la kotor tapi  agak kurang selesa dah.. Seat keras .. Peluh mula membasahi dahi aku.. Doa cepat cepat sampai rumah mak aku..

Sampai depan rumah , meter tertera RM8.. Aku bagi RM10.. Sedekah.. Tak pe la.. Aku memahami nasib mereka sebab ayah aku juga pernah menjadi pemandu teksi..

Ok.. Bagi aku takde masalah kalau mereka nak naikkan tambang tapi dengan syarat , tukar semua teksi lama ke baru. Sama jugak dengan bas.. Selesakan keadaan dalam bas , pemanduan lebih berhemah dan juga sediakan perlindungan insuran. Rasanya bas ekspress ada kan ? Ha.. Bas awam ?

Selesakan perkhidmatan awam , baru naikkan tambang.. Kalau tak ? Aku tarik balik sokongan aku..

Kamera : Oppo Find 7 atau Sony Xperia Z3 ?

 

Mana yang lebih ok bagi aku ? Setelah seharian mencuba pakai kamera Oppo Find 7 dan setelah berbulan guna Sony Xperia Z3 , secara jujurnya aku … aku…

Ok.. ni gambar dari Oppo Find 7..

image

Dan ini gambar dari Sony Xperia Z3..

image

Amacam ? Hehehe… Sungguh pun semalam aku kata Z3 aku bermasalah disebabkan air namun dari segi kualiti gambar , nampaknya aku merindui Z3.. hurm…

Bagi yang tercari handphone , pilih betul betul yer .. Harga lebih kurang jer .. Kalau bab air tu , bagi aku sebenarnya takda masalah jika … Haa.. nanti aku ulas part tu..

Mana satu untuk Zahra ?

 

MyCarrier dari Stoke ni ke atau …

image

MyCarrier Cool dari yang ni ?

image

Perbezaan ? Fabriknya.. Zahra nak yang mana satu ni ?

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI