Rabu, 25 Mac 2015

Bila GST dikuatkuasakan !

 

Sana sini rakyat Malaysia dah mula merungut mengenai kenaikkan harga barang. Termasuk aku ! Aku dah mula ‘buang’ beberapa barang yang biasa aku beli.. Bukan tak penting tapi kena berjimat cermat.. Hurmm..

Selain potong sana sini , kita kena bijak cari side income ! Ahaaa.. Bila sebut side income ni , korang tak leh kena sekadar melabur pastu tidur dengan harapan duit berganda dengan banyaknya ! Hehehe.. Kena gak keluarkan peluh demi mencari rezeki halal dan berkat untuk mereka yang tersayang !

Ok.. Ada banyak peluang perniagaan sebenarnya atas muka bumi Allah ni ! Selagi ada manusia , selagi tu ada kehendak dan keperluan , kan ? Maka , kena bijak amik peluang gini haaa..

Paling mudah laaa..bisnes yang mudah dapat pelanggan ialah melibatkan baby ! Hahahaha.. Kan ? Bila dapat je baby baru , macam macam nak beli dan orang nak bagi hadiah pon pening kepala nak bagi apa ? Kan kan ?

Ok.. aku bagi satu tips bisnes mudah punya ! Baru baru ni , aku ada beli sekotak Pati Batook Ori dari agennya. Aku hanya nak pakai beberapa botol jer.. selebihnya simpan ! Terfikir adik ipar aku yang nak juga minyak batook ori ni , aku pun bagi la semua kat dia dan suruh dia jual je kat pejabat dia .. Tak sampai sehari pon , selesai orang amik !! Tu diaaaa aihh !

image

Kelebihan minyak ni ? Heheh.. Tak yah guna minyak yuyi dah ! Minyak ni , orang dewasa pon leh pakai terutama bila batuk dan selsema. Alhamdulillah .Buatan tempatan dan tak perlu diminum pon ! Sapu jeeeer ..

Mana nak dapatkan ? Camana nak jadi agen ? Ahaaa.. Boleh rujuk di page Pati Batook Ori . Ramai dah jadi agen.. Apa lagi ? Jadilah agen di pejabat anda.. Hehehehe.. Dapat tambah sedikit pendapatan , pon ok la kan ?

image

Mudahnya jadi MR.MAMA !

 

Tergaru kepala.. Bulan ni nak bayar kutu , insuran anak bini ,insuran kereta , road tax , tukar tayar kereta yang dah botak , bateri kereta, nak sambut besday Qhaliff , nak beli barang dapur yang bakal naik mendadak , simpanan mereka.. tabung Haji , SSPN dan pakaian mereka !

Segalanya duit ! Aku perlu kerja keras. Aku tak boleh harapkan duit isteri. Dia dah banyak membantu aku.. bayar itu ini dan sebagainya.. Takkan nak suruh dia buat kerja part time kot ?

Pada masa sama.. aku kena jaga 2 anak yang comel.. Tak dihantar taska lagi.. Kalau hantar , kos sara hidup akan bertambah lagi ! Bukan murah ok !!

Aku kena jaga anak.. aku kena cari duit pada masa sama dan duit yang aku kena carik tu , berganda lebih tinggi dari sebelum aku bergelar  MR.MAMA. Bukan sebab boros ok ! Aku beli pakaian murah. Aku makan apa yang ada .. Sesekali beriadah bersama keluarga.. Semuanya memerlukan duit.

Ada yang bertanya .. Kenapa dengan tangan aku  tu ? Aku manusia biasa. Masalah masuk ke dalam kepala aku , kiri dan kanan. Adakalanya tak dapat jalan keluar , aku jadi stress.. Sedikit demi sedikit aku simpan , lama lama jadi gunung berapi ..

image

Adakalanya aku nak je berhenti dari terlibat dengan dunia maya ni tapi camana nak cari duit bagi menampung perbelanjaan keluarga ? Aku tak nak jadi seperti suami suami yang makan duit bini pastu berlagak dengan orang kata bekerja ! Aku tak nak jadi gitu..

Karenah anak kadang kadang menambahkan lagi tekanan ke atas aku. Terus terang , karenah mereka ni cumalah sebesar kuman tapi disebabkan masalah masalah yang ‘menjengok’ aku , ianya menjadi tekanan buat aku..

image

Akhirnya , aku lepaskan segalanya yang mana orang kata aku bertindak bodoh tapi bagi aku ianya menyelamatkan semua orang terutama ahli keluarga aku.. Dari mereka jadi mangsa amarah dan tekanan aku tu , lebih baik aku buat gitu..

Pastu aku rasa tenang giler ! Kosong !! Takde dah rasa geram..marah..bengang.. dan sebagainya ! Happy terus ! Berbulan punya simpan !

Hurm.. nampaknya aku perlu cari punching bag. Letak satu kat rumah ! Tiap kat rasa stress , boleh gi lepas kat situ ! Dulu , aku lepaskan di gym.. Sekarang ni payah dah.. Hurmm..

image

Bukan mudah jadi MR.MAMA yer ! Tak mudah ! Malah lebih banyak tanggungjawab..

Nasihat aku buat mereka yang dah berkawin , hargai pasangan anda !

Kek Butter Marble Kukus untuk Qhaliff dan Zahra !

 

Nampak cam.. hurmm.. hurmm..

image

image

Ok.. dua potong untuk aku malam ni memandangkan anak anak kesayangan aku dah lena diulit mimpi bersama ibu dia .. Heheheh… Alhamdulillah..

Kek Butter Marble Kukus ni dibuat oleh Nur 'Aliah Nadhirah Abdullah yang mana dia dah lama follow blog aku dan akhirnya bersua jua kitorang di warung Nasi Lemak Antarabangsa , Kampung Baru , baru baru ini dan sebentar tadi di D’Laila Mee Udang yang dah tersohor.. hehehe..

Sedap ke ? Aku bukanlah pengemar kek tapi kek ni kalau makan bersama kopi panas , perghhhhh ! Confirm nak order lagi.. Hahahaha.. Maka , makan kena beringatlah aku..

Berminat nak rasa ? InshaAllah menepati selera. Aku punya tekak , tekak antarabangsa tapi ari tu kat Paris , semua tak sedap ! Hahahaha.. Ok , aku tekak Malaysia jer.. lalalal ..

Nak order.. sila baca komen komen terlebih dahulu mereka yang dah menempahnya di SINI..

Terima kasih yer , Aliah..

Harga rokok turun selepas GST !

 

Keratan gambar yang aku dapat di group whatsapp aku menunjukkan harga rokok bermula 1 April 2015. Tertanya gak aku kenapa perlu selepas 1 April tu ? Ni kiranya harga rokok turun la yer ?

image

Atau harga rokok ni naik ? Hurm.. Nak ke turun , aku tak kisah sebenarnya. Sebabnya aku tau orang yang merokok ni kaya kaya belaka.. Sebab diorang merokok kan ? Ok , tak kisah laa apa pun alasan tapi yang pentingnya , mereka yang nak merokok tu biarlah berhati perut sedikit.. Jangan main merokok depan orang yang tidak merokok ! Kalau mati terus tak pe.. tapi masalahnya mengundang penyakit merbahaya ! Hurm.. tak pasal pasal orang yang tak terlibat terdampar dalam hospital ! Hurmm.. Korang nak sponsor bil ke ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI