Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 29 Mac 2015

Berbaloikah beli barangan berjenama melalui online ?

 

Tadi gi Kelana Centre Point dengan wife. Dia ada buat pembelian barangan melalui online yang mana barang tu direct dari luar negara Dah lama dia dah sampai dan hari ni baru berkesempatan nak gi amik !

Sampai je ke tempat ‘collection’ barang tu , aku hilang waras jap ! Banyaknya barang berjenama ! Perghh.. Harga murah sedikit la dari kat kedai ! Maklumlah , direct, kan ?

Antara yang menarik perhatian aku ialah  jam Casio ‘Pathfinder’ dan beg silang Micheals Kors. Pergh… Tergugat weh wallet aku ! Tetiba wife kata dia nak belanja ! Waaaaaaa.. terus cerah mata aku.. Hahahaha …

Tapi aku tak nak la amik kesempatan.. Bukan apa , nanti duit dia abis… duit aku gak kena attact kan ? Sama jer.. Pi mai pi mai tang tu gakkk… kaaann ? Hahaha ..

Aku amik beg sandang je la.. Tu pun sebab bleh buat gi ‘kerja’. Lama dah nak beli.. Dulu beli , Qhaliff dah amik.. Ni beli lain laaa .. Jenama Timberland ! Nak beli kat sini dengan harga RM200++ , aku rasa payah la nak dapat , kan ? Haaa.. Kualiti ? Hurm… aku berpuashati sangat la !

Tapi beg ni bukanlah aku beli online. Sememangnya dah ada dah kat dalam kedai tu.. Kedai ni , tak ramai tahu pun tapi ada je orang datang setiap hari ! Haaaaa.. Ni pon wife yang bagitau..

imageimage

Dan wife , beli pinggan mangkuk Corell made in Usa , katanya ! Hehehe.. ‘Made In Usa ‘ ni satu kebanggaan kan ? Huhuhuh… Ok laa… rasanya semua suka barangan ‘ made in usa ‘ ni sebab kualiti yang dijamin ..

image

Ini bermakna , beli online ni ada untungnya gak kan ? Cuma , bukanlah beli hari ni .. esok dapat ! Yang wife aku beli ni , makan 2-3 bulan baru sampai ! Menurutnya kena tunggu banyak order baru leh kargo dari USA ke Malaysia..

Hurm.. korang camana ? Suka beli online atau prefer gi mall je ?

Menu sampingan di Nasi Lemak Antarabangsa

Nasi Lemak Antarabangsa Kg.Baru yang satu tika dulu antara restoran terhangat di pasaran. Sebut je nama , semua orang pasti kenal !

Semalam , bersama team Kelab Blogger Ben Ashaari ..satu gathering ringkas dibuat di Nasi Lemak Antarabangsa , Kg.Baru. Lokasi yang mudah dicari dan nak parking kereta pon mudah. Bayar je RM5 ! Kalau parking tepi jalan , memang payah la nak cari sebab confirm penuh !

Sampai je sini , terliur aku tengok hidangan yang disajikan di situ. Hurm.. Tak tau nak makan apa dulu. En. Haim , selaku pemilik warung terkemuka ni syorkan aku makan bihun goreng sambal kerang , kuih koci , nasi impit kuah kacang sambal sotong dan soto.. Dan tak lupa air kelapa VVIP !

imageimageimageimageimage

Menu utamanya ialah nasi lemaknya laaa , kan ? Hehehehe …

DSC05412DSC05413DSC05415DSC05417

Nampak sedap ? Alhamdulillah.. semua kena dengan tekak aku ! Hehehe.. Ada yang kata sambal nasi lemak tu agak manis.. Aku tanya En.Halim mengenai tu dan jawabnya , sepatutnya nasi lemak antarabangsa tu perlu digaul dengan rendang ayam serta sambal sekali. Baru terasa kicknya !! Haaaa … Baru aku tauu.. Malam ni aku nak gi rasa sekali lagi ! Hahahaha ..

Qhaliff dan mak dia pesan kuih koci dan air kelapa VViP tapi sayangnya air kelapa VViP dah abis ! Dapat tapau kuih koci jer .. Huhuhuh…

imageimageDSC05418

Sebarang pertanyaan atau nak buat tempahan catering , boleh rujuk pada Nasi Lemak Antarabangsa dan Kelapa Frutti .

Butik PEN MERAH DOT COM , Bangi Sentral.

 

Semalam aku berpeluang ke perasmian butik rakan blogger , Pen Merah di Bangi Sentral. Tahniah kerana berjaya membuka mata ramai pihak yang mana blogger juga mampu pergi jauh jika tahu akan hala tuju sebenar !

Alhamdulillah.. ramai rakan rakan blogger turun bagi sokongan nampaknya ! Meriah dengan kunjungan tetamu dan juga hidangan yang menarik tekak ! Huhuh..

Dengan lokasi yang cukup strategik serta berhampiran restoran yang sudah dikenali ramai , nampaknya butik PEN MERAH DOT COM ni tak dinafikan mampu menarik ramai pelanggan terutamanya peminat fan page PenMerah [dot] com .

 DSC05377 DSC05379DSC05383

Jom naik tingkat 1.. tengok apa yang ada dijual di butik PEN MERAH ni .. Mariiii !!

Masa aku naik ni , tetamu lom dibenarkan naik lagi.. Masih dalam urusan pendaftaran. Tetamu tak dilepaskan serentak. Terpaksa buat by group bagi mengelakkan sebarang insiden tak diingini seperti lepasan air tanpa niat dan sebagainya.. Heheheh.. Gurau.. Tujuan mereka adalah untuk keselesaan tetamu. Memilih dengan tenang gituuu… kan ?

DSC05385

DSC05388

DSC05389DSC05386DSC05387image imageimage image

Amacam ? Ada pakaian untuk lelaki dan perempuan ! Bermakna kalau nak datang bersama pasangan anda , pasangan anda tak de la nak boring ! Dia pon leh cari baju untuk dia .. kan ? Hehehee ..

Untuk pertanyaan lebih lanjut , boleh ke fan page PenMerah [dot] com.

Ke ‪#‎AABCHangout‬ ‪#‎AirAsiaBloggersCommunity‬

 

Ikutkan aku tak jadi ke event  ‪#‎AABCHangout‬ ‪#‎AirAsiaBloggersCommunity ‬yg mana ramai blogger #kelabbloggerbenashaari ni turut serta sebab aku ada banyak event yang perlu hadir semalam.. Tapi disebabkan nak bagi sokongan serta terima kasih pada AirAsia Bloggers Community yang telah sudi menerbangkan aku ke Paris serta ramai lagi rakan rakan KBBA ‘ bercuti ‘ ke luar negara ( kita jangan lupa jasa orang woo ) , maka aku gigihkan diri juga ke sana !

Awalnya aku datang hanya untuk tayang muka jer tapi bila dah nampak pegawai AirAsia yang turut bertugas ada kat situ , En. Fairuz , maka aku terus join gak la.. Aku daftar terus walaupun tak buat reservation. Hehehee..

Bertempat di Berjaya Times Square , ESCAPEROOM menjadi tumpuan puluhan blogger tanpa kira ‘level’ . Maklumlah , dalam dunia blog ni kan ada level.. Tahap retis , tahap cendiakawan , tahap perwira , tahap berani mati dan macam macam.. Tapi yang datang ni , semua tahap picisan.. Hehehe.. kan ?

image image

DSC05393DSC05398

Seronok dan menghiburkan ! 2 jenis permainan dibuat dan semua memberikan kerjasama tanpa ada rasa segan segan tak bertempat termasuk aku ! Hahahaha ..

Yang pastinya , rakan blogger #kelabbloggerbenashaari telah ‘berada di hati’ AirAsia ! Hahahaha.. Alhamdulillah.. Tak sia sia wujudkan KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ni !

Dan .. Lan Careno serta skandalnya , Daus Redscarz telah berjaya menitiskan air mata dengan berjaya ke Cibu , Filipina !! Perghhh.. Nangiss koooo .. hahahaha .. Tahniah geng ! Tercapai gak impian nak dapat trip percuma dengan Air Asia. Bukan tak mampu tapi orang kata , bila jadi blogger ni .. dapat sponsor dari syarikat tertentu tu adalah satu impian ! Kan ? Yelah , penulisan kita dihargai. Kan kan ?

image

Tahniah kepada En. Ashaman , En.Fairuz , Daphne , semua blogger AirAsia Blogger Community , Air Asia , Escape Room , Kelab Blogger Ben Ashaari dan blogger blogger yang hadir semalam ! Ternyata dunia maya memberi pulangan yang lumayan jika kita tau fungsi sebenarnya !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI