Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 31 Mac 2015

Zahra dah mula bergurau !

 

Wife cerita…

Zahra lepas mandi .. wife letak dia atas katil. Qhaliff kebetulan yang sedang berada atas katil tu jugak , menjadi sasaran Zahra. Dia merangkak ke arah abangnya..

image image

Untuk apa ??  Dia selak baju abangnya dan nak menyusu ! Boleh ??? Sememangnya dia tau abang dia ngan bapak dia tak mampu menghasilkan susu ibu terbaik tapi dia saja saja sakat abang dia .. Muka tak bersalah lak tu dia pamerkan selepas tu ! Adehhh…

Pulut Mangga dan Tauhu Bakar sedap !

 

Seperti biasa , port feveret aku di Putrajaya di kala petang hari ialah Tom Yum Kung. Harga boleh tahan la kat sini. Pasni , kalau naik kaw kaw harganya ( GST ) , aku tak lepak sini dah ! Aku bukak gerai aku sendiri sebelah dia .. Lantak arrr…. Aku jual lagi mahal dari dia ..Hahaha.. Gurauuu jer laa ..

Tom Yum Kung di Ayer@8 , memang port ramai blogger yang tinggal sekitar Putrajaya. Mungkin sebab tempat ni bersih dan murah berbanding restoran lain yang berhampiran ? Hurmmm ..

Ok.. kalau petang petang kan , wajib order Pulut Mangga ! Haaa… Nak kata sedap giler tu tak de la.. Tapi menurut tekak aku ni , rasanya menepati citarasa perut dan usus aku.. Haaa…

image

Kena pulak sekarang ni musim mangga .. haaa , banyak stok la gamaknya kali ni berbanding sebelum sebelum ni , agak cepat abis jualannya.. hehehe ..

Satu lagi wajib order ialah tauhu bakar ..

image

Sedap ? Yang ni aku tak rasa.. wife aku yang rasa.. dia kata sedap ! Hurmm… kalau dia rasa sedap , bagi aku sedap la tu ! Dia jarang nak kata makanan tu sedap..

Kali pertama guna MyTeksi !

 

Terdesak ! Di saat terdesak gini la MyTeksi memainkan peranan penting ! Heheheh.. Dengan menggunakan aplikasi MyTeksi , aku berjaya mendapatkan teksi dalam tempoh.. tak sampai 5 minit !! Destinasi ke Petaling Jaya yang memang sedang sesak giler ! Yelah , kul 8 pagi tuuu ! Aku naik dari Nissan Service Centre ( Tan Chong ).

image  image

Aku harap dapat sampai sebelum kul 9 pagi.. Naik jam 8.15 gitu.. Apakah mampu sampai ke destinasi seperti yang aku harapkan ? Tadaaaa…

Yer ! Berjayaaaa ! Tapi kemudian aku tergamam bila pemandu nyatakan harga yang perlu dibayar .. Aku ingatkan dalam lingkungan RM16-24 seperti yang tertera di aplikasi tu..

Rupanya… Adehh..Aku bagi RM50 dan dia pulangkan RM15.. Adeh.. Ok laaa.. janji sampai kan ? Selamat..

Balik , aku naik teksi dari Mid Valley.. Baru RM10 … huhu..

Bila anak kecil merajuk..

 

Bila merajuk , dia peluk tubuh dan berjalan masuk bilik ..dengan harapan bapak dia ni gi pujuk dia ! Tapi mudah sangat nak pujuk anak kecil ni.. Jangan cepat stress ..

Bila Qhaliff nakkan sesuatu , dia nak sungguh sungguh. Kalau tak dapat , dia akan buat hal kat situ gak ! Aku tak tau la dia belajar dari mana tapi pastinya kita kenal camana anak kita.. Mereka semakin pantas meniru ! Maka elakkan mereka dari salah memilih kawan..

Semalam mak aku cerita.. bapak aku saja saja ‘sakat’ Qhaliff dan dia buat satu kelakuan di luar dugaan ! Pergh.. merbahaya sungguh ! Tak tau laaaaa dia tiru sapa ! Hurmm.. Bahaya betul..

Pendedahan anak kecil pada dunia luar sepatutnya kena ada pantauan dari ibu bapa. Jangan main lepas jer.. Kalau tak ? Kita akan terkejut dengan perkembangan tidak sihat mereka. Yang sihat , ok la.. Yang negatif ? Hurmm..

Sejak dua menjak dah pandai merajuk ni , aku kena dah elak dari tempat tempat ‘merbahaya ‘ untuk dilalui terutamanya Toys R’ Us , taman permainan atau sebagainya.. Bukan kedekut atau tak nak singgah tapi tak kena masa..

image

Dia tau tu beg daddy tapi dia nak gak bawak.. Tak kasi bawak , situ gak dia bantai guling guling ! Bila anak buat perangai , sebaiknya jangan cepat naik angin.. Tenang .. dukung dan bercakap baik dengan mereka.. Kalau tak nak dengar gak , kasi tenungan 100 ribu petala langit punya power ! Baru diorang terdiam ! Hahahaha..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI