Isnin, 6 April 2015

Tiada lagi caj perkhidmatan selepas ini !

 

Huhh.. Amik kesempatan betul restoran restoran zaman ni ! Kang pakat ramai ramai boikot jangan makan kat restoran , baru ada akai ! Dah la setiap items kena cukai.. sampai part perkhidmatan pon nak caj lagi ! Tak hagak hagak nak kaya raya !

Aku baru dapat satu pertanyaan dari seorang rakan di Facebook berkenaan GST dan caj perkhidmatan.

image

image

 

Thank You , Pls Come Again !

Hahahaha.. idok la mak kiah oiiiiii ! Insaf dah nii.. Sekali makan jer kena bayar cukai.. Baik makan kenyang kenyang kat rumah.. baru keluar cuci mata kat luar ..

GST oh GST !

 

Ok…. gi makan kat Kenny Roger’s .. Kena GST , kauuu ! Perghhh… Tak pe.. tak peee ! Aku tak nampak tang mana murahnya berbanding cukai cukai yang dikenakan sebelum ni .. Kata mereka bila GST diperkenalkan, harga jadi lebih murah ? Rasanya bukan part ni la kan ? Hurmm ..

image

Bayar je la.. Demi kemajuan negara kata mereka ! Aku takde pilihan ! Kalau tak maju gak , maka aku antara yang teraniaya la ! Kan ? Hurmm..

Singgah stesen Shell.. Beli chewing gum.. Nak wangikan mulut.. hehehe.. Maklumlah , ada meeting.. kena jaga bau mulut.. Tertera di label , RM1… Ok la.. Masih mampu beli !

image

Masa bayar.. RM1.05 ! Haiyaaaaa…Aku bagi 10 sen ! Baki simpan je la .. Rakyat Malaysia memang kaya raya ! Sebab tu ramai rakyat Malaysia dah beli kapal terbang persendirian dan bershopping luar negara ! Dalam negara , kasi kat pendatang asing je shopping .. Kan ?

Terima kasih kerajaan kerana membantu mengurangkan beban dan memodenkan negara kita sejajar dengan seruan mantan PM yang nakkan pada tahun 2020 nanti , negara kita dah capai taraf negara moden ! Contoh kemodenan.. nasi lemak dalam bentuk kapsul dan tiada lagi kereta mengeluarkan asap hitam pekat tiada lagi rakyat yang berumah beratapkan bulan dan mentari ..

Sarapan pagi yang sedap !

 

Nasi kerabu ! Aku suka nasi kerabu yang segar ! Maksud segar ni , daging bakar dan ayam bakar dia panas panas macam di Kelantan ,kebiasaannya ! Perghh.. meleleh tengok ..

Namun di KL memang payah nak jumpa , kan ? Namun begitu masih boleh jumpa nasi kerabu yang sedap sedap memandangkan ramai orang orang kelahiran Pantai Timur tu berada di bandar besar ni.. kan ?

Antaranya boleh jumpa nasi kerabu ni di Pasar Tani Salak Tinggi Lama ni..

image

Kalau ikut tekak aku , memang sedap la ! Menepati rasa aku cuma macam aku kata tadi , part daging tuu je la. Namun begitu , daging di nasi kerabu ni tetap sedap wooo !!

Apa nama kedai ? Aku tak tau.. wife yang beli bawak balik.. Aku cuma tahu makan je la.. Hahaha..

Tak nak nasi , kuih muih kan adaa ! Hahahaha.. Janji makan pagi untuk pastkan kita bertenaga hingga waktu tengahari , kan ? Hee..

image0

Amacam ? Jimat nehh…

Sarapan makan yang sederhana tapi ‘merbahaya’ !

 

Wife masak. Bosan nak nak makan kat luar ! Petrol mahal. Gst lagi ! Nak jimat , boleh gi serbu D’Laila Suppower yang memang menjimatkan ! Harga makanan tak de GST punyaaa .. Haa ..

Amacam ? Tergugat ? Aku tauuu.. hahaha ..

image

Tapi untuk malam tadi , aku sendiri dah tak larat nak memandu ! Penat… anak anak pun dah tidur awal disebabkan penat bermain air.Kesian pulak nak paksa bangun untuk ikut keluar kan ? Hehehe.. Nasib baik ada alasan anak tidur untuk elakkan diri dari keluar !

image

Tapi lain pulak masalah timbul bila wife masak kat rumah ! Ada budu dan ada ulam ! Jawabnya ??? Maka bertambah tambah la aku makan malam tadi.. non stop action hingga nasi abis ! Huhuhu.. Kan dah merbahaya tuuuuuu.. Heee…

Seharian sibuk cari rezeki ..

 

Penat ? Hurmm… Awal pagi dah keluar ke Shah Alam hingga tengahari kemudian terus ke Cyberjaya untuk meeting bersama penganjur untuk projek KBBA BLOGGER’S DAY , tidak lama lagi ! Hurmmm..

Abis meeting terus balik ruma.. Sampai je rumah , Qhaliff dah terjerit jerit nak mandi kolam !

“ Jap..bagi daddy solat dulu yer.. pastu kita mandi.. “. Qhaliff terus cool.. Sehingga aku kata ‘jom’ , baru dia kembali excited. Zahra yang baru siap mandi petang , kembali disarungkan baju mandi untuk turut serta pesta petang .. hahaha ..

Pada awalnya, tak cadang pon nak join sama tapi tengok Qhaliff seronok semacam jer.. jeles la pulak aku ! Hahahaha.. Tu terus terjun tiruk bersama diorang ..

imageimage

Rasa bersalah timbul sebenarnya. Tinggalkan diorang dihujung minggu untuk cari rezeki buat keluarga.. Hurm.. Ikut hati aku , tak nak la kan tapi apa nak buat .. inilah punca pencarian aku ! Aku tak nak dikatakan makan duit bini !! Tak sanggup weh !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI