Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 9 April 2015

Novel : BABI atau BAB1 ?

 

image

Heheeh.. pertama kali aku tengok , aku ingat BABI .. Rupanya bukan.. hehehe.. BAB 1 .. Terus aku post ke FB dan nak tengok reaksi kawan kawan lain..

Heheh.. rupanya ramai dah baca novel ni dan memberikan komen positif ! Waahh.. menarik niii ! Buku yang kat tangan aku ni , diberi sendiri oleh penulisnya , Azwar Kamaruzaman.. yang juga dah join #kelabbloggerbenashaari !

image

Aku ? Apakah pendapat aku mengenai buku ni ? Hurm.. nampaknya aku kena gi Tolouse untuk baca buku buku ni ! Kalau kat sini , entah bila dapat abiskan ! Rugi pulak tak baca sebab ramai kata best ! Ada pengajaran !

Hurmm.. Ok , kena baca gak camana punya bizi sekali pun ! Terima kasih Azwar kerana sudi turunkan tandatangan kat buku tu.. ehehhe..  Bukan senang nak jumpa novelis muda ni..

Aku , nak jadi novelis gak ! Tapi .. ada ke nak baca novel aku tu nanti ! Hukkk hukk.. Er , cerita pasal apa ? Ahaaa.. Tajuknya .. Aku  , playboy tua ! Amacam ?

COSMODERM : Geram Kerana Bintik Hitam !

 

Hurmm.. Tanpa ilmu atau infomasi yang tepat , apa saja yang kita buat atau nak buat , akan merbahayakan kita. Kan ? Contohnya kalau kita nak pandu kereta tapi takde ilmu pun mengenai kereta dan juga undang undang jalan raya ! Kan dah bahaya tuu ..

Sama gak bila  bab penjagaan muka ni haa ! Aku , antara lelaki yang malas nak jaga kebersihan muka atau lebih tepat lagi , sebenarnya tak tau nak jaga kebersihan muka ni camana haa ! Asyik dok basuh dengan air atau guna pencuci muka je , dah ! Bersih dah !

Rupany-rupanya tidak sama sekali !! Nak jaga muka ni ada banyak langkah dan perlu teratur ! Kalau tidak , akan beri kesan sampingan pada muka kita seperti kulit kering dan gatal gara gara main belasaj je guna !

Tapi aku tak risau.. COSMODERM dah bagi tunjuk ajar pada aku cara bagaimana nak gunakan produk penjagaan muka dengan lebih tepat dan jitu ! Hahahaha ..

Dan selepas dapat ilmu atau tips ni , barulah muka aku yang selama ni bila guna , terasa cam ..kering gitu ! Haa.. Rupanya, salah aku sendiri ! Main belasah jer guna ! Hehehe.. Kena ada ilmu tauuuu ..

Ok.. ni tips dan petua bagi mereka yang punya ada masalah bintik hitam di muka ..

image

Camana nak pakai ? Tonton video yang aku jadi model ni haa.. Hehehehe atau klik terus di SINI.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk keluaran Cosmoderm, boleh beli samada di farmasi farmasi terpilih atau juga melalu online di www.cosmoderm.com.my.

Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan produk , boleh saja ke fan page Cosmoderm .. Cosmoderm (Halal Personal Care Products).

Persaingan antara anak lelaki dan anak perempuan , bermula !

 

Ahh , pening ! Tiap kali aku nak keluar rumah.. Yang lelaki nak ikut.. Yang perempuan dah pandai dahhhhh jugak nak ikut ! Fuhhh… Daddy kena keluar sorok sorok ..

Nak usung kedua dua , tak mampu lagi woo ..

image

Di Times Square semalam.. aku terpaksa tinggalkan wife dan Zahra di satu tempat yang selesa .. sebab aku nak kena ke Sony Service Center untuk amik telefon pintar aku.  Jangan lupa baca kisah Dimana timbangrasa anda, wahai anak muda ! ni jugak yer.. Ada kaitan gak.. hehe..

Aku nak bawak Zahra , aku risau wife tak terkawal Qhaliff yang dah semakin berani berjalan sorang sorang ! Hurmmm.. Maka aku bawak je la Qhaliff dan tinggalkan Zahra sekejap.

Dah sampai kat sana , ada mesej masuk.. Dari wife.. Dia bagi Zahra. Katanya Zahra buat muka boring tunggu daddy !

image

Adehhh… buat daddy rasa bersalah pulak ! Haihhhh.. Budak kecik ni dah pandai mengoda daddy dia ! Nak suruh dukung dia jer memanjang. Si abang pon bila aku dukung adik dia , dia pon mintak dukung.. Adehh…

Rasanya lebih pada nak menyakat aku je tu ! Si Qhaliff memang lindung adik dia .. cuma dalam bab tertentu je Qhaliff akan ‘menolak’ adiknya .. hahaha .. Penat daddy nak jadi pengadil !

image

Ketika ni , akan nampak si ayah akan lebihkan sapa , kan ? Antara adik atau abang ? Biasanya.. abang dimintak beralah.. kan kan ? Terasa abang.. hehe.. apa nak buat ? Abang dah besar…

Hurm…

Telefon Pintar : Pentingnya waranti !

 

Ada antara kita bila beli telefon pintar ni , amik tau pasal waranti. Katanya dia akan jaga elok elok punyaaaa… Yang penting harga ada diskaun atau lebih murah dari beli di francais yang terpilih ! Hurmm..

Ada kawan aku kena dah. Baru beli , pastu problem. Bila dah problem , hantar balik .. banyak pulak alasan. Pastu tempoh masa repair sangatlah mengarut ! Hurmm..

Aku pernah guna HTC.. Banyak kali rosak dan tiap kali rosak , antar ke service centre rasmi , segalannya mudah jer.. Yang penting , waranti kad tu wajib ada ! Tunjuk je pastu bagitau apa problem ! Tau la apa diaorang nak buat apa..

Begitulah juga Sony Xperia Z3 aku yang baru baru ni masuk air ! Aku ke Plaza Berjaya dan antar untuk claim kerosakan. Perlu diingatkan , kita jangan langgar syarat seperti yang termaktub di Term And Condition. Jangan memandai mandai repair sendiri. Jangan antar kedai biasa selagi ada dalam tempoh jaminan.

Semalam aku gi amik telefon aku. Tempoh repair adalah 7- 10 hari bekerja. Saja aku biarkan dalam tu beberapa hari sebab takde masa nak ke sana. Hehehee..

image

Siap ! Kelihatan seperti baru sangat ! Aku tanya camana air boleh masuk walhal Z3 adalah kalis ais ! Katanya berkemungkinan masuk dari back cover. Hurmm..

Satu lagi pesanan .. bila beli telefon pintar , korang kena tanya di mana pusat service andai telefon tu rosak ! Pastikan korang tau lokasinya sebab bila berlaku kerosakkan , korang dah tau mana nak hantar !

Jangan persiakan waranti atau jaminan. Silap silap dapat hp baru wooo ! Aku rasa , aku punya hp baru ni.. hahaha… Dan selalu buat backup ! Bila hp rosak.. bye bye data !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI