Jumaat, 10 April 2015

Sony Xperia Z3 vs Oppo Find 7 : Masa untuk Selfie !

 

Mana lagi best ?? Apakah Sony Xperia Z3 atau Oppo Find 7 ?

DSC05533DSC05531DSC05530

Bagi aku , gambar dari Sony Xperia Z3 lebih realistik berbanding Oppo yang ada auto filter.. Bagi mereka yang gemar selfie pastu nampak kacak senantiasa , Oppo memang sesuai , cam bawah ni haa..

image

Namun kamera  depan Oppo Find 7 masih belum mampu lawan Sony Xperia Z3 yang berkualiti DSLR .. Clear dan tak pecah bila zoom.. Penting tuuu ! Ahaaa…

Satu masalah Oppo Find 7 bila nak selfie ialah , payah benar nak pegang ! Dengan size yang besar dan berat tu, memang sukar sedikit nak pegang.. Kena hati hati wooo … Aku sendiri berapa kali nyaris nak jatuh..

Masing masing ada kelebihan. Setelah 2 minggu lebih aku guna Oppo Find 7 , aku rasa aku lebih selesa dengan Sony Xperia Z3.  Dan akan kembali gunakan Sony Xperia Z3 yang baru aku amik dari service centre.. hehe.. Terasa kehilangan sungguh !

image

Tak sabar tunggu Sony Xperia Z4 keluar ! Huhuh.. apakah mampu cabar Iphone 6 Plus yang dibanggakan oleh peminat Iphone itu ??? Jeng jeng jeng …

GST : Tabiat orang sekarang !

 

Abang.. jangan lupa yer.. Gi Aeon kang. Beli dypers drypants anak anak. Qhaliff , size XXL dan Zahra , size M. Pastu beli telur dan pisang.. Terima kasih. “.

Ok.. Alamanda.. Hurm.. Berapa pulak GST kali ni .. Automatik kepala dah pikir GST. Harga ? Aku tak pasti la naik ke turun. Tapi yang pasti tak kurang dari RM25 ! Gi Mydin ? Gi 99 Supermarket ? Aku naik basikalkah ?? Guna minyak gak kan ? Masa lagi..Semua tu berbayar tauu !

image

Amik barang Qhaliff .. barang Qhaliff .. barang Qhaliff dan Zahra je.. Aku punya deodrant.. sebesar ibu jari aku.. dah RM4.50 tuuu ! Giler babas punya harga !

Settle.. Masa untuk bayar ! Aku malas nak tengok berapa kena.. Mesti cecah ratus punya ! Dan memang pon ! Tabiat terbaru aku dan pasti ramai pun cam aku iaitu  lepas bayar .. check id GST dan cukai yang dikenakan..

Aku cuma mampu geleng kepala ! Sian anak anak aku nanti ! Zaman aku , nasi lemak RM1 dapat ayam. Sekarang RM2.50 – RM3.00 untuk ayam..

Wajib letak dalam kereta !

 

Balik Kelantan ari tu.. Aku dah memang akan jangka berjam lamanya aku akan memandu. Antara yang wajib aku letak dalam kereta ialah Pati Batook Ori ni haaa ! Bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit kepala yang berpunca dari.. kejap kejap , tidur.. tapi baru nak lena , wife dah ajak sambung perjalanan ! Hehehe.. Sapu kat leher , hidung dan dahi.. lega la skit !

image

Satu lagi persediaan untuk Zahra atau Qhaliff meragam dalam kereta. Dengan size yang mudah dibawa dan ringan , bagi aku Pati Batook Ori ni wajar ada dalam simpanan.. biar lebih skit !

Bau ? Bagi aku , bau dia ok .. budak takde masalah dengan bau dari Pati Batook ori ni.. sapu je kat tempat sepatutnya dan tunggu kesannya.. InshaAllah…

Nak order ? Sila ke page Pati Batook Ori. Jadi agen pon bagus.. beli , letak je atas meja pastu… ada la kawan tanya punya… hehe.. tapi kena la promote dan terangkan kelebihannya..

Berbaloikah tonton filem melayu , sekarang ini ?

 

Berdiri depan poster filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.. Tertanya pada diri sendiri …Apakah berbaloi aku mengeluarkan RM15 untuk menonton filem yang .. hurmmm.. Tergaru kepala aku yang tidak gatal..

Ada dua filem seram atau seram kelakar yang bakal ditayangkan nanti dan satu lagi tu menarik minat aku kerana ianya menghimpunkan kisah kisah seram..

imageimage

Yang atas ni macam menarik ! Ahaaaa.. Tapi belum mampu buat aku ke panggung untuk tonton.. apatah lagi keluar duit membeli tiket ! Takut kecewa beb ! Dah tak larat aku nak kecewa dengan filem melayu sekarang ni..  Jalan cerita awal , best tapi bila penghujung.. hurmm..

Dapat jemputan untuk ke satu filem melayu… filem cinta komedi aku rasa.. Masih dok fikir.. nak gi ke tak ? Hurmm… Aku bukanlah anti filem melayu tapi aku tak nak la diperbodohkan seperti sebelum sebelum ni.. Keluar duit tapi cerita ? Haihh…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI