Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 11 April 2015

Teringin makan besar dengan berjimat ?

 

Wife punya idea.. Beli je voucher dekat Groupon ! Semalam dia ajak makan kat Fish Manhattan , Alamanda Putrajaya. Voucher dia beli cuma RM54 untuk set makanan berharga RM100++ ! Jimat banyak dah kan ? Cuma kalau nak menda lain tu , tambah lain la kat sana..

image

image

Bagi aku yang suka makan kat Fish Manhattan ni , harga ni amat berpatutan ! Sebelum ni memang bayar lebih dari RM70 ! Dan semalam , baru bayar RM54 ! Tak ke tu menjimatkan ?

Dah kena bijak berbelanja sekarang ni ..

Takde duit atau kedekut ?

 

Stress ! Setiap kali nak sampai Alamanda , aku pasti akan rasa geram giler ! Rasa nak langgar terus je kereta kereta yg parking tepi jalan tu ! Terutama yang parking semata mata nak gi tengok wayang ! Kedekut sangat ke nak masuk dalam parking berbayar ? Dah susah susah orang buatkan bertingkat , nak juga susahkan pengguna lain dengan parking tepi jalan tu !

Dari dua lorong , gara gara pemilik kereta yang malas nak parking kereta di tempat yang disediakan , terus jadi satu lorong ! Ini adalah antara punca punca kemalangan ! Sepatutnya ini tak perlu berlaku !

image

Aku tertanya gak.. mana pergi polis trafik ketika ni ? Mana gi pegawai perbadanan ? Takkan nak tunggu ada yg mati baru ada tindakan kot ? Jangan gituu..

Yang parking tepi jalan tu.. Setahu aku dalam banyak parking.. Dah takde duit sangat ke nak bayar parking ? Gi tengok wayang ada duit pulak ? Haihh.. Tak ke sedar sikap MALAS anda tu merbahayakan orang lain !

Aku harap VVVIP tak guna ramai polis trafik untuk escort mereka dah pasni .. Aku rasa polis trafik kurang sebab dok kena ikut VVVIP ni haaa.. Mintak tolong turun dan saman kereta yang parking mati tepi jalan terutama di Alamanda ni ! Diorang bukan takde duit… ni masanya nak tambah pendapatan negara ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI