Isnin, 13 April 2015

Zahra Nur Iman : Makin manja !

 

Tergugat dah abang dia.. Patutlah orang kata anak perempuan ni akan melekat dengan ayahnya ! Dan memang pon !! Tiap kali gi mana mana , dia akan tunggu aku dukung dia ! Kalau tak amik , terpancar kehampaan di wajahnya.. Huhuh..

image imageimage

Qhaliff tak jeles ? Nehh.. Qhaliff dah mula jadi pelindung dia.. Kalau ada sesiapa datang tegur Zahra terutama budak budak sebaya , memang abang dia akan sound ! Hahahaha.. Garang wooo Qhaliff.

Dah boleh harap abang long ni.. Alhamdulillah… Seronok tengok perkembangan anak anak ni walaupun adakalanya sedikit tertekan.. tapi sebenarnya kan , takde tertekan mana pon kalau kita tau bagaimana nak handle mereka ni.. Kena ada ilmu tentang keibubapaan ni.. bukan main belasah je jaga.. Hurm..

GST : Perlukah aku sekeluarga turut menderita ?

 

Harijadi Qhaliff .. Plan nak gi Sunway Lagoon tapi terpaksa dibatalkan sebab dia punya besday jatuh sehari selepas GST dilaksanakan ! Pergh.. macam hukuman lak bunyinya yer ?

Nak tak nak.. beli kolam dan berenanglah hari hari kat rumah ! Nak g sana , tiket nak masuk pun dah mahal… tu belum part makan dan GST !! Makan kena GST.. Tiket kena GST.. Ini bermakna , hanya orang benar benar kaya jer leh masuk dalam tu.. Aku , ikutkan dah dikira kaya sebab aku kena bayar GST !

image

Hurm.. sian anak anak aku .. Tak merasa la nak masuk Sunway melainkan Sunway Lagoon nak sponsor .. hahaha .. Auwww…

Dan tadi , gi Alamanda.. Teringin nak makan ayam panggang.. Kenny Rogers.. GST ? Masak sendiri ? Rasanya rasa kalau masak sendiri , lagi murah atau sama je ??? Setiap bahan tu confirm la kena GST kan ? Hurmm..

Takkan la gara gara GST aku kena buang abis apa aku teringin ? Dah tu , diorang  yang berduit je leh masuk makan ? Rakyat tak beberapa kaya macam aku ni , kena masak sendiri je semua bila teringin nak makan itu ini ?

image

Sian kat mereka yang benar benar tak berkemampuan. Nak makan , tapi kena catu.. Duit cukup cukup jer untuk sebulan.. tu pun kalau sampai sebulan.. Kalau tak , sahih berhutang dengan kawan kawan.. Hurmm..

Bil letrik baru sampai ! Tengok GST.. Pergh.. garu kepala .. Apakah aku perlu catu penggunaan elektrik ? Kurangkan guna aircond ? Ini kita duduk kat Paris ke ? Hurmm..

image

Dah bila rakyat banyak bunyi.. dibagi jalan penyelesaian yang luar biasa tapi ‘diorang ‘ naik gaji sebab kerja teruk .. berkhidmat untuk rakyat alasannya !

Hahahahahhahahaha …. Aku rasa diorang ni kena gi amik kursus berfikir kat luar negara la.

“ Dengan ini.. kita luluskan gaji kita dinaikkan .. “ .

Erk… entahlah.. Tiap kali lalu bangunan kerajaan di Putrajaya ni , aku pandang tepat tiang bendera tu haa.. Kat mana aku sebenarnya ni ??? Dan macam duduk kat Paris lak.. Nak beli air mineral pun kena pikir masak masak ..

Blogger : AMAN PALESTIN , suatu penghargaan buat kami !

 

Alhamdulillah.. sapa sangka kan ? Satu pengiktiran dari sebuah badan NGO yang punya dipandang tinggi di dalam negara ni.. AMAN PALESTIN semalam secara rasmi semalam melantik blogger KELAB BLOGGER BEN ASHAARI sebagai blogger Aman Palestin.

image

Siapa sangka kan ? Sebelum ni , ramai je kritik dan pandang sinis penubuhan kelab komuniti blogger ni ! Sekarang terbukti .. ianya memberi manfaat pada masyarakat sekeliling amnya ! Eceh..dah dah aku tulis macam wartawan.. hahaha ..

image

Disokong oleh team Projek Travel juga , semalam ramai blogger terutamanya dari Kelab Blogger Ben Ashaari turun ke Majlis Perjanjian Persefahaman Rakan Korporat, Duta, Penyerahan Sumbangan, Pertemuan Rakan Blogger dan Media Sosial bersama Aman Palestin Berhad di Hotel Bangi-Putrajaya , Bangi.

Satu pengalaman dan penghargaan tak ternilai buat aku dan juga rakan rakan.. Maklumlah , kami turun sana atas tiket Blogger ! Yang mana rasakan blogger ni cumalah pandai cari isu panas utk lariskan blog.. Hehehe.. kan ? Tapi bukan semua macam tu… kan kan ?

image

Dan menariknya.. eceh.. menarik eh ? Hahaha.. Razi dari blog www.razzwey.com diamanahkan untuk mewakili team memberikan ucapan ! Hehehe.. Aku tak nak naik sebab nak semua orang merasai detik terindah bergelar blogger ni.. Dan dia berjaya menjalankan tugasnya dengan berjaya walaupun agak gugup seketika.. Hahahaha.. Acaner nak jadi artis neh ???

imageimageimageimage

image

Terima kasih buat semua rakan rakan blogger yang turun beri sokongan dan juga yang tak dpt turun tapi turut memberi sokongan pada Aman Palestin. InsAhallah , tugas kita akan bermula nanti !

image

Heliza Helmi : Diari Seorang Mujahidah | Kembara Syria

 

Kali terakhir aku bekerjasama dengan dia , Ramadhan tahun lepas tapi tu pun tak sempat bertentang mata. Sebelum tu , ada gak.. Projek Vlog yang diusahakan oleh sebuah syarikat tempatan.. pastu berkubur saja projek tu.. sayang sungguh !

Semalam , aku kembali berpeluang bertentang mata dengan gadis yang cukup bersemangat waja ini.. Sayangnya , dia tak perasan kehadiran aku.. Hahaha.. walhal aku di depan dia ketika dia berucap dan membuat persembahan. Ternyata dia menjaga matanya.. Alhamdulillah.

image

Apa yang aku perasan ialah dia sangat matang sekarang ni. Cara dia berkomunikasi dengan tetamu yang hadir dan setiap butiran yang keluar dari mulutnya adalah pengalaman hidupnya. Bukan sekadar omong kosong ! Satu perubahan yang menakjubkan , yang aku rasa berpunca dari PALESTIN dan SYRIA !

Semalam juga menyaksikan gadis anggun ini merasmikan buku yang bertajuk Diari Seorang Mujahidah | Kembara Syria. Buku ini ditulis oleh dia sendiri dan Roziyah Mahamad.

imageimageimage

Sebelum tu , dia berkongsi sebuah kisah yang menyayat hati mengenai mengenai pelarian Syria yang membuatkan tetamu hampir mengalirkan air mata.. termasuk berjaya mengusik hati kecik aku dan melonjakkan semangat aku untuk turut ‘ berjuang  ‘ dengannya membantu Syria dan Palestin !

Ternyata perlantikannya sebagai Duta Aman Palestin amat tepat sekali ! Dia memang layak untuk jawatan itu ! Tahniah buat Heliza dan teruskan perjuangan anda !

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan buku tu , bolehlah menempahnya secara online di Tempahan Buku Diari Seorang Mujahidah ini.

Sebelum balik semalam , aku sempat menegur sapa dan ajak bergambar beramai ramai dengan team #kelabbloggerbenashaari yang telah dilantik sebagai Blogger Aman Palestin. Tu nanti aku cerita lain eh..

Boleh dia cakap aku baru sampai ke ? Huwaaaaa… Walhal aku kat sebelah dia dari awal majlis .. Mesti aku kacak benar hingga dia segan nak tengok kan ? Hahaha.. Gurau je Ija..

imageimage

Aku nampak gemuk ? Ok.. tu isu lain..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI