Selasa, 14 April 2015

Qhaliff Iman : Minat sama dengan daddy !

 

Jam ! Dia minat pakai jam.. Teringat aku sewaktu kecik yang mana ayah aku didik aku pakai jam dari kecik lagi.. untuk aku belajar hargai masa ! 

Dan aku turunkan pada Qhaliff.. Dia akan bukak jam tangan dia , bila nak mandi saja ..

Nak dijadika cerita.. di Giant Nilai tadi , dia bersungguh sungguh nak naik ‘car’… ala , troli yg ada kereta kecil tuu haa ! Adeh.. tak pasal pasal nak berjalan jalan dalam supermarket Giant tu..

Aku tak nak .. cari la idea camana nak kasi dia lupa akan keghairahan dia tu .. Dan aku ternampak booth jual jam ni.. Terus aku panggil Qhaliff.. Terdiam dia dan.. nampak teruja sangat . Dia terus tunjuk jam yang dia nak..

image

image

image

image

Dan.. dia pilih BEN 10 .. Hahahaha.. nak jugak ada BEN tu haa.. Harga , RM8.. Tak kisah la.. mahal sikit untuk didik anak hargai masa .. Pasni leh menabung dari kecik untuk beli jam yang lebih mahal yer.. Jangan guna duit orang tau !

Bil Elektrik : Bagaimana nak elak dari kena GST ???

 

Katanya ..

image

Owh.. patutlaahh aku kena bayar lebih kali ni.. GST 78 hengget !

image

Nampak gayanya.. banyak menda aku nak kena buat ni ! Antaranya , tanam sayuran sendiri.. masak di rumah .. kurangkan makan di luar ! Sayur amik dari kita tanam sendiri.. Jangan beli kat penjual sayur. Biar diorang rugi ! Pastu jangan jual sayur dah ! Padi , aku nak tengok mana mana kawasan lapang , nak buat sawah padi ! Choppp , kat Putrajaya banyak ! Harap diorang tak larang sebab ini cadangan dari orang besar kerajaan yer !

Ikan.. kena beli akuarium besar ni.. letak belakang rumah ! Bela ikan keli dan ikan bilis .. ikan sardin pon ok gak kan ? Ayam ? Haa… Best best ! Bela kat belakang rumah gak..

Camana lak ngan elektrik ? Hurm… air cond pakai seminggu sekali. Pastu guna kipas atau buat sendiri !

image

Tak mustahil satu hari nanti Malaysia akan ada lebih ramai rakyat seperti  McGyver berbanding Menteri berCgpa 3.85 !! Jangan pelik nanti kalau nampak budak budak bawak pisau serbaguna tu.. Alaa, pisau yang ada macam macam kegunaan tu ..

Qhaliff Iman : Tetiba panas ..

 

Kul 3 pagi , wife kejut aku.. Katanya  badan Qhaliff panas. Aku yang seharian tak rehat , memang tak mampu nak bukak mata. Untung wife leh handle sorang sorang.. Dia kasi mandi dan makan ubat. Qhaliff tak banyak karenah dah skang. Makin matang lak nampak..

Dan tadi selepas solat subuh , bagi mandi sekali lagi. Masih panas lagi badan.. Apakah sebab cuaca ? Ada jugak kawan bagitau anak mereka malam tadi kepanasan dan terpaksa dibukakkan baju..

image

Projek hari ni… terpaksa aku batalkan. Terpaksa ! Takkan nak biar diorang dalam keadaan gitu kan ? Zahra pon panas gak badan dia .. Hurmm ..

image

Hurrm… .

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI