Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 16 April 2015

Qhaliff Iman : “ Nak susu , daddy ! “

 

Baru nak baring.. tetiba Qhaliff bersuara ..

Nak susu.. “..

Hurm… Aku bangun semula dan berjalan ke dapur. Aku berenti dan tanya semula kat dia ..

Qhaliff nak susu ke ? “.

Dia jawab.. “ Tak nak.. “.

Haihhh… dia ni kan.. Aku tanya sekali lagi..

Qhaliff nak susu ke tak ? “.

Nakk.. “. Jawab dia.

Aku terus dapur.. Dia pun ikut sama.. Dia nak bancuh sendiri.. Dia nak bubuh tepung susu kambing tu ke dalam botol susu. Dan aku yang masukkan air panas. Siap !

Taknak susu.. “. Terus dia berlalu tanpa berpaling pada aku ! Arghhhhhhhh !! Ya Allah.. berikan aku kesabaran …

Zahraaa… nahhh susuuuu.. Abang tak nakkk .. “. Jerit aku.

Nak susu .. nak susuuuu.. “. Qhaliff cepat cepat gi amik..

Heh.. main main sama aku !

Dan dia pon mula hisap botol susu tu… Tapi.. sekali lagi untuk hari ini ..

image

Tak abis ! Haihhhhh …

EPHYRA : Kejelitaanku terserlah

 

image

Zaman ni , dah kena serlahkan kejelitaan untuk elakkan muka yang  dirundung GST ! Hahaha.. aku gurau jer.. Hehehe.. Tapi serius , aku dan wife mengamalkan Ephyra setiap pagi. Kenapa ? Ni testimoni dari wife aku..

Ephyraaaaa.....wajib minum lps bangun tido and sebelum gosok gigi..hahah. Kalo ikutkan, bab-bab nak telan collagen ker makanan kesihatan atau jamu2 ker..saya boleh dikategorikan antara org yang paaaaling susah nak telan.  Takut rasa xsedap, xleh nak telan.  Tapi bila first time try ephyra...tros tersuka, sbb rasa dia mmg best pastu kalo bagi ibu yang masil breastfeed baby, benda paling penting utk dia consume ialah make sure benda tu xmenjejaskan supply susu utk anak.  Kalo bleh jadi cantik jelita pon, tapi effect susu...rasanya still tamo kot.  Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah, bila try minum ephyra ni, suply utk susu still macam biasa even hari tu saya puasa n tak makan satu hari pon.Syukur...

lagi satu, macam biasa kalo ibu lepas bersalin ni, confirm rambut pon akan gugur kan.  macam saya, dah macam2 shampoo try, tp skang sy perasan rambut x gugur macam dulu.  Kalo dulu, sure sekali leret jari jer,..tuuu dia...skang ni terkawal dah, xderlah xgugur langsung kan. xlogik lak, kan anak dok bf dok serap zat dari kita, so benda ni normal la.  Pasni nak try minum 2kali sehari plak, nak tgk hasilnya, sbb selalu lupa nak minum sblm tdo...harap hasilnya lagi baik... “

Testimoni aku ? Hehehe.. Banyak kali dah aku buat tapi yang pasti la kan.. setiap pagi aku minum sebelum mulakan tugas.. jaga anak ! Hehehe..

Nak beli mana ? Cuba tanya rakan blogger aku ni , DKna.. Dia agen sah ! Haaaa…  boleh watsup 017 2217 636 ! atau boleh ke Facebook , EPHYRA - Serlahkan Kejelitaan .

image

ZIKRA 2015 #1 : Daerah KLANG

 

Tak sangka sebenarnya sebuah jabatan kerajaan negeri yang amat dikenali ni berminat nak gunakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari untuk membantu mereka mewarwarkan aktiviti wajib mereka ni.. Ahaa.. wajib yer ! Hehehe..

ZIKRAH 2015: Jelajah Kasih Bersama Asnaf

Bertempat di ibu pejabat Lembaga Zakat Selangor , Shah Alam ..seramai 15 orang blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari berkumpul di sini untuk menyertai aktviti ziarah rumah asnaf dan sebagainya.

image

image

Ok.. ada polis iring. Baru tau camana rasa kereta dipandu laju yang mana depan belakang ada polis jaga ! Pergh.. tetiba rasa nak jadi Perdana Menteri.. Hehehe.. tapi tak layak ! Berat sungguh amanah tu..

Sebelum bergerak , baca doa dulu agar aktiviti ni mendapat keredhaan Allah dan segalanya dipermudahkanNya. InshaAllah.. Dan menariknya , kali ni Mufti Selangor serta orang besar Lembaga Zakat Selangor sendiri turut serta.. Waduhh..

imageDSC05544

Lokasi , Klang. Dan destinasi pertama adalah…

imageimage

Asrama ni kalau tak silap aku dengar.. ada dua kategori.. 50% yang cemerlang akademik serta ko kurikulum dan baki adalah yang biasa biasa jer. Tujuan buat begini adalah untuk keseimbngan dan mewujudkan persaingan sihat agar mereka mampu bersaing dengan insan insan lain di luar sana. Asrama ini adalah hasil wang zakat anda kepada Lembaga Zakat Selangor.

imageimageDSC05563

Panjang kalau aku nak ceritakan pasal asrama ni.. Setelah melakukan lawatan ke beberapa tempat dalam asrama ni , boleh dirumuskan yang wang zakat anda salurkan ke pihak yang diamanahkan , alhamdulillah.. telah dimanfaatkan sepenuhnya !

Nanti sambung lagi eh ? Kang panjang berjela .. boring korang !

image

Jangan lupa download aplikasi E-Zakat untuk anda laporkan terus pada Lembaga Zakat Selangor andai anda ternampak atau punya jiran yang perlukan bantuan Zakat..

image image

GST : Cadangan tidak masuk akal !

 

Gelak ? Tidak lagi ! Marah ? Takde selera pon.. Geram ? Dah bosan ! Aku dah takde apa apa perasaan bila melihat atau membaca satu persatu idea yang datangnya dari mereka yang digelar ahli bijaksana negara ni.. Dah naik gaji , makin meroyan pulak idea mereka ! Aku rasa la , dah patut bersara menteri menteri ni ..

image

Tarikf siang mahal , malam murah ? Ni punya idea , budak sekolah pon leh bagi ! Serupa idea suruh bercucuk tanam mahupun memasak sendiri sebelum gi kuliah atau makan malam..

Aku takde pulak dengar cadangan dari pihak diorang ni yang mana akan jual aset aset mereka untuk membantu membayar balik hutang piutang yang mereka buat ! Ni balik balik , rakyat jugak yang kena ! Dah tu diorang ? Terus kumpul harta ? Di kala rakyat derita bayar GST , diorang up gaji ! Apa ni ???

Dah sekarang suruh berpeluh di siang hari.. malam hari yang dah sejuk tu , baru nak pasang aircond ? Agak agak la kot idea tu  ! Mentang mentang la korang yang keluar idea ni , duduk di pejabat ! Sejuk !! Aircond rakyat bayarkan ! Kalau nak adil , tutup aircond dan pasang je kipas siling ! Baru la adil dan saksama bagi mereka yang duduk di rumah seperti aku ( suri rumah bersama anak anak ).

Tolonglah yer.. tolong.. pasni kalau nak keluar idea , bagi idea yang mana , pihak atasan berkorban untuk orang bawahan.. Bukan orang bawahan dikorbankan lagi untuk memastikan negara terus selamat walhal apa yang berlaku adalah berpunca dari kesilapan sendiri !

Tun M , saya bersama anda ! Sila letak jawatan kalau dah tak mampu memimpin ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI