Selasa, 21 April 2015

Qhaliff : Jangan main main sama kami !

 

Ngan daddy , daddy diayam-ayamkan jer ! Tapi dengan ibunya ? Berani ke dia nak main main ? Huhuhu.. Mana berani diaa ! Mesti kena balik punyaaa .. Haaaa ..

Apa kes ? Qhaliff ni laa.. suka suka je mintak itu ini.. Bila dah buat untuk dia , dia tak nak.. Malas makan la.. nak tidur la.. Nak menda lain !

Nak dijadikan cerita , satu hari tu .. Qhaliff ngadu lapar. Nak nasik dan wife buatkan la nasi goreng sodap kt dia.. Siap air milo lg.Bila dah siap , Qhaliff kata tak nak makan.. dia nak tdo !! hahaha

Wife tak kira dahh..tu kena paksa makan gakkk.. Dan dia dipaksa makan gak ! Hahahaha ..

image

Anak : Sanggupkah kamu mengemis ?

 

image

Aku ada 2 orang anak kecil. Selalu terfikir andai aku hidup bertiga dengan mereka .. Aku bersyukur kerana punya isteri yang berkerjaya. Tapi andai ditakdirkan aku hidup bertiga , apakah mampu aku sara hidup keluarga aku ni ? Bertiga , aku .. Qhaliff dan Zahra saja !

Masih teringat satu kejadian berlaku di KL Sentral tahun lepas.. Ketika tu , aku baru keluarkan duit sebanyak RM200 ( kalau tak silap aku ) untuk beli susu dan lampin Qhaliff . Plan nak beli di Putrajaya.

Tiba-tiba datang seorang lelaki muda bersama anak kecilnya yang didukungnya. Tidur budak tu.. bergerak gerak di dalam dukungannya.. Sayu hati aku..

“ Assalamualaikum bang.. Saya nak mintak tolong .. Saya ..bla bla bla.. “.

Menurutnya , dia baru je kerja di sebuah hotel .. baru seminggu dua.. Gaji lambat lagi. Duit yang ada , dia dah bayar sewa rumah. Nak makan , takde duit.. Dia tak kisah diri dia.. tapi anak dia , dah menangis nangis nak susu..

Alahai… Aku tak kisah la dia tipu atau tak…tapi bila dah sentuh bab anak ni , aku tak leh nak kata apa dah .. Terus bersangka baik.. Aku ada anak dan aku selalu fikir apakah aku akan mengemis satu hari nanti  asalkan anak takkan lapar ?

Bukan pemalas atau tak nak kerja rakyat Malaysia ni.. tapi bukanlah mudah nak cari kerja di KL ni.. Takkan nak main sauk semua kerja asalkan ada kerja ! Hurm.. yang cakap pandai tu , mudah la.. Tu bangla , indon boleh je kerja kat Malaysia ni.. kan ? Jangan cakap gitu.. Rakyat Malaysia bukan semua pemalas. Bayangkan ditawarkan cumalah gaji kecik tapi kerja serupa lembu atau dikerah tenaga seperti gajah ! Camana tu ? Kalau kita terima , level gaji buruh akan jatuh. Maknanya diorang akan amik kesempatan terhadap rakyat Malaysia yang benar benar perlukan kerja ! Ini tidaklah adil buat kita , kan ? Dengan rakyat luar , lain la.. tengok la kos sara hidup diorang camana.. Hurmm..

Sambung.. aku bagi je duit aku tu… dan aku keluarkan lagi duit. Tak pe la.. hari ni hari dia.. esok lusa , sapa tau kan ? Dia tipu , tu antara dia ngan tuhan.. Antara aku dengan dia .. dah selesai ! Aku dah buat tanggungjawab aku..

Anak : Sudah mula bergaduh !

 

Adeh.. adik kuat menyakat abang.. Abang pulak suka nak ajak adik bermain.. Tapi bunga bunga nak bergaduh tu , ada dah … hahaha .. Tak lama lagi daddy akan jadi tarzan rimba laaa !

image

Ni baru 2 orang.. camana nak 4 orang eh ??? Hurmm…. Kalau antar gi taska , ok la.. tapi dengan ekonomi serta GST yang mencengkam jiwa ni, camana nak antar ? Perghh.. guna banyak duit !

Nak tak nak.. kena duduk rumah dulu la kan ? Daddy kena jaga semua.. nak antar taska terutama yang sulung , buat masa sekarang tak mampu la..Daftar saja dah berapa.. pastu bulanan ? Hurmm..

GST: Kenapa kau pun ada gak ??

 

Tempat kegemaran aku di Ayer@8 , Putrajaya.. Tom Yum Kung ! Sewaktu GST diperkenalkan , situ takde pulak charge GST ! Wahhh… dasat… Apakah dia serap segala GST ?? Baiknyaaa .. Dah la makanan pon sedap ! Kan kan ?

Kalau gi tengahari , lagi banyak pilihan !! Perghh.. terliur tengok… Tapi selepas jam 3 petang .. takde dah lauk pauk pilihan… semua ala carte jer.

image

image

Dan kali ni , aku tengok resit.. Gulp.. Dah ada GST ??? Nyesal aku tengokkkkk resit ! Arghhhhh… Apakah aku akan kembali ke sini atau cari restoran baru untuk lepak ???

image

GST oh GST .. Apakah anda membantu atau semakin menyukarkan hidup kami ???

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI