Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 22 April 2015

Kesihatan : Kembali berdiet ?

 

Kembali makan ala ala jer.. Tak nak dah amik melimpah ruah isi kandungannya ! Hahahaha .. Dan tak sangka lak , sejak dua tiga hari ni bersenam .. selesa makan turun skit.. Makan skit pon dah kenyang sangat !

Makan tengahari.. ni jer !

image

Apakah ini tanda berakhirnya zaman boroi aku ? Apakah aku tidak akan lagi boroi ? Hahahahaha … Tak kisah la.. boroi atau sado .. janji sihat kan ? Kesihatan mau jagaaaa !

Maka , aku nak start diet mulai hari ni.. Yessss !!

Hurm.. sedap la pulak bau.. Wife masak apa lak tuuu ??? Ni aku malas ni.. Asal aku bersemangat jer .. mesti ada sesuatu tarikah untuk blogger !

Stokke : Tak perlu dukung lagi !

 

Zahra cukup selesa bila aku dukung dia tapi.. aku memerlukan perut yang boroi untuk memastikan dia selesa bila aku dukung ! Mana tahan kan ? Aku nak buang boroi dah ni ! Hahahaha ..

Maka , aku perlukan baby carrier yang lebih selesa ! Dan jawapannya ? Ke MotherCare laa kan. Sejak Qhaliff ada , MotherCare menjadi pilihan membeli barangan baby..

Kali baby carrrier berjenama Stokke jadi pilihan aku. Kenapa ? Nampak selesa untuk aku dan juga Zahra.. Qhaliff ? No no noooooo !

image

image

Nak pakai kat depan boleh.. nak pakai kat belakang pon boleh !! Haaa !

image image

Depan best.. Belakang ? Macam tak dukung apa apa ! Hahahaha.. Selesa dua dua .. Nanti aku cerita lagi pasal baby carrier ni eh.. Kalau tak sabar tunggu aku punya cerita , boleh ke www.stokke.com untuk dapatkan info mengenainya ..

image

Mr.Mama : Gelagat anak membesar !

 

Keuntungan bekerja sendiri dan membesarkan anak anak di depan mata , memang menyeronokkan ! Aku berpeluang tengok dan nikmati segala pengalaman bersama mereka seawal usia mereka..

Qhaliff.. dari seusia sebulan hingga tiga tahun.. Bila tanya nama dia , dia bantai sebut nama aku ! Bukan dia tak tau tapi saja nak menyakat ! Bila dah sebut nama bapak dia , dia ketawa berdekah dekah.. Hampehhh tul !

Zahra.. dah pandai menyakat abang dia.. Aku suka tengok Zahra bila dia memandang abang dia.. Macam orang bercinta lak.. Dia pandang abang dia dengan penuh kasih sayang.. Lembut serta terukir senyuman di bibirnya.. Hurmm..

Setiap hari , aku mandikan diorang bersama.. Hahahaha.. Qhaliff pon dah reti malu tu.. hahahaha ..

image

Dan bermain bersama..

image

Qhaliff dah boleh jadi pendamai.. Sesekali aku saja create suasana tegang dalam kereta.. Aku nak tengok apa reaksi dua dua ni.. Qhaliff akan jadi PBB..

“ Abannggggg… taknak la marah marah…. Ibuuu… taknak laaaa.. “.

Dan dia akan menepuk bahu aku perlahan lahan , berkali kali.. Hurm.. Budak dah mula kenal dunia.. Hati hati dengan apa yang kita berikan pada mereka.. Mereka akan serap !

COSMODERM : Hilangkan parut di tangan aku !

 

Hurm.. Segan pulak sengok parut di tangan aku ni ! Nampak sedikit tak cun.. hehehe .. Camana nak hilangkan ? Aku tanya kawan aku di Cosmoderm.. katanya boleh guna dua produk mereka yang memang bertujuan untuk perbaiki sel kulit mati dan juga rosak..

Macam tangan budak budak main pasir lak ! Huhuh.. segan ok !  Ni gambar beberapa selepas luka tu sembuh. Dan dah letak beberapa kali Vitamin E Oil dan Vitamin E Cream dari Cosmodem.

image

image

Alhamdulillah.. ada sedikit pengurangan pada parut tu. Nak terus hilang tu , mengarut la.. aku tak berani nak pakai ubat yang cepat nampak kesan ni.. huhuhu..

image

Mana nak beli ? Berapa harga ? Hurmm.. Jap tengok kat web Cosmoderm. Beli online je senang..

image

Nak order ? Sila klik SINI .. Diorang pos terus atau kalau tak sabar , leh gi ke farmasi yang berdekatan ngan korang.. Er , bukan semua farmasi yer.. hehehe..

image

Selain dari produk yang aku tunjuk tu , ada banyak lagi produk yang mampu korang beli kat sana.. Ni masanya untuk berjimat cermat.. Beli mahal mahal pun nak wat pe kan ? Yang penting , berkesan dan selamat !

Aktiviti : KBBA BLOGGER’S DAY OUT 2015

 

Beberapa lagi untuk menjadi kenyataan. Ini merupakan aktiviti terbesar yang pernah diuruskan oleh team #kelabbloggerbenashaari sendiri dengan tajaan oleh KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA , CYBERJAYAVIEW SDN BHD.

image

Serba sedikit mengenai KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA ( KKTTC ) ni.. ada yang tau dan ada yang tak tau langsung kewujudan taman riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dan juga orang perseorangan.. Terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia ,  KKTTC telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range , gelanggang tennis , paintball , sirkit go kart , kolam mandi , gelanggang futsal , gymansium , studio menari , gelanggang badminton , squash , dan basketball. Disini juga anda boleh membuat tempahan untuk mengadakan majlis majlis tertentu seperti perkahwinan dan mesyuarat perniagaan.

Bagi mereka yg ingin menempah atau mengadakan perkahwinan di sini , amatlah bersesuaian sangat sangat. Keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa..  Catering juga boleh terus ditempah disini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi  03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC , @kelabkomuniticyberjaya.

Ok , berkenaan dengan KBBA BLOGGER’S DAY OUT  ( KBDO) ni .. Seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball. Tapi menariknya , ianya bukan sekadar golf atau badminton tau ! Ianya telah diubah konsep agar lebih menarik dan mencabar ! Hehehehe.. Nak tau ? Kena turun tonton sendiri..

Ramai blogger bertanya camana nak join KBDO ni.. Ini merupakan aktiviti pertama yang terbesar kami dan tidak dibuka orang ramai lagi.Maaf yer. Tapi anda dijemput hadir untuk memeriahkan..dapat berkenalan dengan blogger blogger baru.. InshaAllah , andai program ni berjaya .. kami akan rancang untuk buat lagi besar dari ni.. Segalanya bergantung pada sambutan dan kelancaran projek ni ..

Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :

Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my
Cosmoderm www.cosmoderm.com.my
Yeos Malaysia www.yeos.com.my
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com
Natalia www.natalia.my.

image

Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan aktiviti yang julung julung kali diadakan..

Sentap : Boroi atau sado ?

 

Aku plan nak gi gym pagi tadi.. tapi tetiba aku teringatkan satu kajian yang dibuat oleh seorang blogger .. Hurmm.. Aku kembali berfikir mengenainya..

Kajian membuktikan lelaki boroi lebih romantik dari lelaki bersix packs ..

Buktinya ?

Lelaki boroi akan keluar dating anytime..makan apa saja bersama kekasihnya..

Lelaki six packs akan cari restoran yang tertentu jer..

Lagi bukti ?

Laki boroi akan tlg abiskan makanan kekasihnya.. membazir kan tak bagusss..

Laki six packs nk tlg abiskan tak ?? takde maknanyaaa..

Nak lg bukti ?

Lelaki boroi akan senantiasa abiskan masa bersama kekasihnya berbanding lelaki bersix packs yg byk abiskan masa dengan besi di gym..

Dan lagi ??

Lelaki boroi bila buat lawak , kekasihnya terbahak bahak ketawa.. Lelaki six packs control macho memanjang sampaikan nak ketawa pun tunjuk segala muscle yang ada ..

sumber : benashaari dot com

 

Ok.. sebenarnya aku reka sendiri je ni tapi ada la pulak yang share di FB malah siap bagitau lagi ianya kenyataan.. hahahahah .. Apakah mereka juga sebenarnya seperti aku.. mencari alasan untuk tidak bersenam menjaga badan serta  kesihatan ? Hahahah ..

Namun begitu.. aku kuatkan azam aku kembali. Gi Alamanda .. rembat menda alah ni.. Dah 3 tahun aku idamkan menda ni dan hari ni aku tekad membelinya.. Harga ? RM900++ .. Campur GST.. Lusa sampai rumah.. hehehe ..

Dan terima kasih pada wife sebab support aku jaga badan kembali.. Bukan mudah nak lawan perasaan malas ni ! hurmm.. Go beben , goooo !

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI